Total Pageviews

Monday, 5 December 2011

Bertemu Kak Jun & Ryan, Mummy & Daddy

 
Masih mempunyai kesinambungan dengan cerita perjalanan balik ke Tanah Air, selepas je bangun tidur, baru ada masa untuk aku berkemas barang sedikit sebanyak dan yang utamanya aku dah rimas dari petang semalam berpenat-penat, lalu aku menyegarkan diri dengan membersihkan badan.

Aku ada merancang nak ke Kompleks Bukit jambul. Dari mula-mula masuk bilik hotel tadi, aku dah nampak Kompleks Bukit Jambul tu dari pandangan melalui tingkap bilik. Memang dekat je lah dengan Vistana ni, boleh jalan kaki je.
Pemandangan kawasan perumahan teres, flat dan kompleks dari tingkap bilik.
 
Inilah dia Kompleks Bukit Jambul tu, Nanti nak gi window shopping.
Tiba-tiba terlintas difikiran nak telefon K Jun, segan juga mulanya, mana tahu kot-kot dia sibuk atau tengah bercuti kat mana-mana. Maklumlah tengah cuti sekolah sekarang ni. Tapi boleh cuba call dulu, biar fresh sikit dia tahu aku baru sampai tengahari tadi. Dah call tu, tak boleh nak tolak lah bila dia nak datang jemput kami untuk ke rumah mummy & daddy. Rupanya dekat-dekat Vistana ni jugak rumah dia.
K Jun sampai dalam pukul 6 lebih ambik kami kat hotel, dia kata nak buat surprise pada mummy & daddy. Rupa-rupanya dia masih belum bagi tau mummy tentang kedatangan kami. Memang surprise betullah mummy ngan daddy, mana nak sangka, aku tiba-tiba je sampai Penang. Yalah mummy kebetulan Pyan ada conference. InsyaAllah sampailah kami. Meriahlah suara mummy menyambut kami.
Meriah cerita kami susah nak tamat. Tapi insyaAllah kami datang lagi. Selepas makan-makan dan minum-minum, K Jun hantar aku ke Kompleks Bukit Jambul tadi, ada beberapa barang keperluan di sini yang aku nak cari.
Terasa happeningnya Malaysia dimalam hari. Ada kedai yang dibuka sehingga jam 10 malam, 11 malam, malah ada yang 24 jam, kedai mamak la tu.Jauh bezanya dengan suasana di Adelaide yang sunyi dan sepi tapi... damai............

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment