Total Pageviews

Tuesday, 20 December 2011

Rumah Baru Abe Kie


Alhamdulillah sudah tersurat, aku dapat kenal dan tengok rumah Abe Kie dan K Ngah serentak dengan mak ayah serta adik-beradik yang lain juga. Satu program lagi dirancang untuk bertandang ke rumah baru K Ngah dan Abe Kie yang terletak di 1465, Taman Bator Harmoni, Kg Seneng, Jelawat pada petang sabtu tu. Kira berderet lah program makan-makan ni. Rumah Abe Kie dan K Ngah letaknya bersebelahan je. Cuma K Ngah lebih dulu mendapat kunci, jadi perancangan bertandang ini diadakan di rumah K Ngah.
Menu Glamour K Ngah adalah mee kari. Di masak dirumah Kg Chap dan dibawa ke sana. Kat rumah baru masih belum ada apa-apa. Cuma kosong. Kerana nak bagi kami kenal je, maka buat perjumpaan di sana.
Hidangan dah siap, semua tetamu dah ada, K Ngah pun dah bersedia untuk mula mengambil order.
Tetamu tengah khusyuk menikmati hidangan mee kari.
Rumah ni mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berhampiran dengan asrama Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Jadi boleh lah kalau buat rumah sewa nanti jika tak mahu duduk sendiri. Dapat juga buat simpanan untuk hari tua nanti.
Apa pun semoga perancangan Abe Kie & K Ngah berjalan sebagaimana yang dikehendaki. Semoga jalan kesenangan sentiasa di permudahkan Allah Taala. InsyaAllah..........

Posted by Picasa

5 comments:

  1. Assalamualaikum, kak, saya pelajar umk yg duk sebelah tu je nak tanya psal rumah sewa ni sbb kita semester depan dah duk luar doh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... akak akan cuba tanya abang akak samada dia nak sewakan ke atau tidak...

      Delete
  2. Replies
    1. Salam dik... akak dah tanya abang akak... tapi dah ada penyewanya, student UMK juga... minta maaf ya dik.. cuba lg mencari ya... terima kasih menyinggah di ahwaalulhayah ni... :-)

      Delete