Total Pageviews

Monday, 19 December 2011

Nasi Dagang Wakaf Bharu

Nasi dagang je yang tertera, tandanya itu yang paling special. Jika anda berkunjung ke kedai nasi ni pagi-pagi, anda bertuah kerana dapat menikmati nasi dagang yang sungguh enak. Bukan itu saja, sebenarnya ada beberapa menu lain lagi yang dijual di sini seperti nasi kerabu, nasi berlauk ikan ke, ayam bandar dan ayam kampung, nasi lemak, lontong serta pelbagai jenis noodles seperti mee, mee hoon dan kway tiaw di samping pelbagai kuih muih samada yang dibuat sendiri atau yang di letak oleh peniaga lain. 
Harganya amat berpatutan. Anda boleh memilih untuk bersarapan atau minum pagi di kedai ini atau boleh dibeli bungkus. Begitu juga dengan minuman yang berbagai ada di sediakan di sini. Juga jika anda ingin membuat tempahan bagi sesuatu acara, anda boleh berunding dengan pengurus kedai ini iaitu Muhammad Ridzuan Bin Hasim atau ibunya Siti Hasiah binti Hussain juga adiknya Siti Shazwani binti Hasim. Kedai makan ini terletak di hadapan klinik Wakaf Bharu dan di tepi kedai telur telur ayam berhadapan dengan Tadika al-Munir.
Kesibukan Ma dan ahli kelab bisness ini bermula seawal jam 3pm setiap hari, menyiapkan segala peralatan dan bahan mentah untuk masakan. Bahan di bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut kategori dan jenis masakan.
Antara yang sempat dirakamkan sewaktu proses memasak bermula. Yang dalam kuali besar ni adalah gulai ayam kampung.
Seawal jam 6.30am, segala masakan mula diangkat ke kedai. Ada beberapa perkara juga yang perlu disiapkan dikedai seperti masak nasi putih, goreng ayam, goreng kuih, potong ulam dan beberapa lagi. Maka kesibukan pun bermula.....
Bila pembeli dah ramai menunggu giliran, yang ingin makan mula membuat pesanan, rasa tak cukup tangan masa tu......
Ini K Gie, turut sibuk digerai pada musim cuti sekolah. Mana tangan untuk goreng kuih dan ayam? Mana lagi tangan untuk masak nasi dan cuci pinggan? Tapi K Gie dah cekap dengan semua tu.
Hubby pun masa ni turut kalut membantu goreng jemput-jemput. Kebetulan hari ni pula Syazwani yang merupakan orang kuat kedai tidak dapat hadir bekerja kerana kurang sihat.
Kesibukan dibahagian pembancuh minuman juga dapat disaksikan. Ini Dura, isteri taukeh kedai. Dura pun ringan tulang membantu suaminya di musim cuti sekolah.
Apapun pelanggan tidak merasai kekalutan yang berlaku disebalik tabir. Mereka meriah saja menikmati dan menjamu selera dengan makanan yang terhidang. Semoga kedai ini semakin maju dan berjaya serta dapat menjadi satu kedai contoh di Wakaf Bharu ini yang bermula dari bawah sehingga berkembang menjadi sebuah restoren yang berjaya di suatu hari nanti, insyaAllah......


Posted by Picasa

2 comments:

  1. Assalam akak..warung ni dah buka cawangan baru di Kota Bharu ke. Ada kawan bagitau..namanya Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu 2...pemilik sama ke? Harap sedap macam di warung ni jugalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, terlebih dahulu diucapkan terima kasih sudi singgah sini.
      Ya benar, ada cawangan baru dibuka di Kota Bharu beralamat di dalam Wisma MGU, Jln Pintu Pong Kota Bharu.
      Pemiliknya adalah org yg sama (barula dinamakan cawangan) hehe...
      InsyaAllah rasanya tentu sedap sebagaimana yg saudara/ri nikmati di warung NDWB 1.

      Delete