Total Pageviews

Thursday, 8 December 2011

JeRuK MaDu PaK Ali

"Ingat Penang ingat Pak Ali", motto kedai yang aku baca. Aku baru je diperkenalkan dengan jeruk madu Pak Ali ni. Jika beberapa tahun yang lalu, setiap kali aku mengunjungi Penang, pasar Chowrasta yang terletak di Penang road, George Town pasti aku kunjungi hanya semata-mata kerana ingin membeli jeruk-jeruk buah untuk dijadikan buah tangan buat family dan kawan-kawan.
Tapi itu bertahun-tahun dulu. Tapi semalam aku dibawa oleh Kak Jun ke kedai jeruk Pak Ali untuk membeli beberapa jenis jeruk yang boleh aku bawa pulang ke Kelantan sebagai buah tangan dari Penang. Sebenarnya masa hubby pulang dari USM selepas majlis pre-conference pada isnin hari tu, ada pemandu tu bagitau tentang jeruk Pak Ali ni. Sebab tu aku tanya pada K Jun dan K Jun janji nak bawa aku ke situ.
Jeruk madu Pak Ali ni adalah satu-satu jeruk yang dapat pengiktirafan halal dari JAKIM. Ia dijeruk pakai cuka epal, madu dan gula biasa, bukan pakai cuka makan dan pemanis tiruan. Air jeruk boleh diminum dan bila makan buah jeruk Pak Ali ni dijamin tidak batuk. Dengan sebab itu, harganya pun lebih mahallah sikit dari yang dekat pasar Chowrasta tu. Beza lebih kurang rm4 untuk sekilo. Itulah antara beberapa kelebihan jeruk Pak Ali yang aku dapat tahu.
Inilah antara beberapa jenis jeruk buah yang kubeli. Tak banyak seperti jika aku ke Penang dengan kereta sendiri. Aku takut terlebih muatan bila nak naik flight nanti. Jadi tak bolehlah nak beli banyak-banyak. Cukuplah bagi rasa-rasa sikit sorang. Aku pun suka makan juga. InsyaAllah jika ada rezeki, lain kali boleh beli lebih sikit.


Posted by Picasa

7 comments:

  1. nak dapatkan di kl dan n9 boleh order dengan saya 0133538602 ustaz taufiq

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. macam mana nak order? saya di johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika gitu... Try call Ustaz Taufiq melalui no phone yang diberikan :-)

      Delete
  4. Tolong beritahu di mana saya nk oder jika saya area Johor Bahru.
    vrmega.blogspot.com
    vrmega@yahoo.com
    0177304678
    https://www.facebook.com/vrmega

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Saya dapat tahu jika Tuan berada di Johor Bahru, jeruk ini boleh didapati di Giant Hypermaket Tampoi JB (Kiosk Ceria Fara). Tuan boleh juga mengorder dar maklumat yang saya dapati dari laman berikut : ( http://usahawanbistari.blogspot.com/2013/07/jeruk-madu-pak-ali-semakin-mendapat.html) Cubalah ya.... :-)

      Delete