Total Pageviews

Tuesday, 20 December 2011

Ganti Baru Peti Buruk Mak

Selepas beberapa hari berada di rumah ma kat Wakaf Bharu, tiba pula giliran untuk balik rumah mak. Pada petangnya, aku ke dapur untuk masak dan menyediakan makan malam. Aku nak ambik sesuatu dari dalam peti sejuk. Tiba-tiba.... pintu peti tercabut terus.... bila dalam keadaan tertutup pula, tak kan rapat tutupannya, udara sejuk akan keluar dan ini membuatkan kos eletrik mungkin bertambah.
Rupanya kata mak, pintu tu memang macam tu entah berapa lama dah, aku pun tak tahu dan aku tak nak tanya. Cuma ada air mataku menitis ketika itu. Kesian mak dan ayah............... Aku berazam nak cuba carikan satu peti baru buat mak walaupun dia tak minta, tapi aku tahu dia memerlukannya.
Esoknya... aku cuba ke beberapa kedai untuk servey peti sejuk ni. Kira nak cari yang simple je lah. Kalau boleh yang satu pintu juga. Tapi kata jurujual, semua yang satu pintu ada frost. Lastly bila dia offer yang dua pintu dengan harga yang hampir sama je dengan yang satu pintu, aku pun terima tawarannya. Yang penting janjinya untuk terus hantar pada hari tu juga.
Peti sejuk ni berjenama 'sanyo' je... 'Apa yang ada pada jenama'... kata jurujual tu. Sibuk pula cucu-cucu mak ni nak bergambar dengan peti sejuk baru ni.
Oleh kerana peti sejuk ni baru je diangkat, dia tidak boleh terus dipasang. Kena tunggu dulu selepas 4 jam. Semoga dengan adanya peti baru ini dapat menyenangkan dan menggembirakan hati mak. Cuma itu je yang termampu aku lakukan.......

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment