Total Pageviews

Tuesday, 13 December 2011

MeMory BerSaMa FaMiLy Kak Jun

Beria-ria Kak Jun mempelawa aku jalan-jalan pada petang tu. Aku bukannya apa, takut lah Kak Jun tu keletihan. Yalah seharian bekerja, balik-balik je ofis, nak bawa aku gi jalan-jalan. Kebetulan petang tadi, hubby dah mengakhiri sesi conferencenya.
Kak Jun kata nak bawa kami pergi ke Queensbay. Ada shopping complex baru kat situ. Taklah jauh sangat kalau dari hotel Vistana ni. Tapi bagi aku yang tak biasa pergi, perjalanan tu rasa jauhlah. Kat situ ada Jaya Jasco. Bukan nak bershopping pun, window shopping je. Memang betullah, buktinya aku tak beli apa-apa pun.
Jalan-jalan bersama K Jun, Bibik dan Ryan.
Dah malam tu kami ke pergigian pantai Queensbay bagi menikamti makan malam di situ. Menurut kata K Jun, dia pun belum pernah datang ke situ. Best rupanya. Aku macam biasalah order mihun tomyam udang kegemaranku. Hubby pula mencuba nasi goreng USA manakala KJun, Bibik dan Ryan makan nasi paprik. Kami order kerang bakar dan ikan jenahak masam manis sebagai menu tambahan untuk di ratah.
Alhamdulillah masakan di sini memang sedap dan boleh dipuji.


Lampu melintang yang kelihatan nun jauh dibelakang sana tu adalah jambatan Pulau Pinang.



Semasa di rumah K Jun. Pada hari terakhir di Penang, aku bermalam di rumah K Jun. Kebetulan Vistana dah penuh, biasalah musim-musim cuti sekolah ni.

Pada petang terakhir aku di penang, Kjun bawa lagi aku dah hubby ke Balik Pulau. Mahu makan 'Laksa Janggus' katanya. Untuk ke sana, kita perlu seolah mendaki Bukit Jambul, manakala Balik Pulau ni apabila tempatnya terletak selepas kita menuruni Bukit Jambul tu balik. Oooo... agaknya pasal itulah namanya pun Balik Pulau. Jauh juga perjalanannya. Tambahan kereta pulak banyak kerana waktu pulang kerja.

KJun tengah beratur untuk mengorder laksa. Kat sini stylenya kita kena beratur untuk memesan makanan, bukannya kita datang, cari meja dan pekerja datang ambik order. Sebab tu lama sikit masa menunggu tu. Tambahan pula masa nak beli goreng pisang. Lamanya... hinggakan laksa dah sejuk. Maka di sini, kita perlukan sedikit kesabaran. 

Cuba tengok, menurut  cerita KJun, asal laksa janggus ni sebenarnya dari sebuah gerai satu meja yang kecil sahaja. Masa tu meja kecil diletakkan di bawah rimbunan sepohon pokok janggus. Laksa nya boleh diterimalah kesedapannya. Bila makin orang suka bertambahlah besar sikit kedainya. Hinggalah disuatu masa, gerai kecil ni di lawati oleh kru-kru kerja 'Jalan-jalan Cari Makan' TV3. Apalagi bila tersiar je cerita pasal gerai ni kat TV, ramailah yang tertarik dan orang-orang jauh pun datang untuk mencubanya. Sekarang gerainya dah bertukar jadi satu tempat yang besar. 



Kami mengorder laksa, ABC dan Goreng pisang + ubi.

Plan makan kami belum habis di situ. Ini kira macam minum petang je kata KJun, kerana pada malamnya pulak, Daddy dah plan nak ajak kami makan. Kenyangnya masih belum hilang, kena gi santap lagi nih.

Lepas maghrib Kami ambil Mummy & Daddy untuk ke satu restoren yang terletak di Batu Maung. Malam ni pulak Daddy yang belanja. Memanglah mahal sikit sebab tempatnya pun dah nampak mewah. Aku tak mampu datang selalu. Menunya pun ala-ala seafood juga. Rasa masakannya memang tak kalah.






Ucapan terima kasih tak terhingga pada KJun, Abang Azhar, Mummy & Daddy. Abang Azhar tak dapat join kami kerana out station dekat KL masa ni. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi....



Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment