Total Pageviews

Monday, 5 December 2011

ImBaS KemBaLI KeSiBuKaN

Hidup kita sentiasa disibukkan dengan hal-hal dan urusan yang sentiasa memerlukan penyelesaian. Setiap hari asyik je ada perkara yang perlu disettlekan. Lebih-lebih lagi bila jadi macam aku nilah. Untuk meninggalkan penginapan kita dalam jangka masa yang lama, hati perut sentiasa berdebar-debar. Apa pun moga Allah sentiasa memelihara. Antara kesibukan dan kekalutan yang ku hadapi.....

Pertamanya, orang sibuk-sibuk packing nak shipping barang, tapi aku sibuk juga packing nak simpan barang. Tak berniat nak shipping pun, saja menyimpan. Tapi nak jadi satu cerita, hubby dihubungi melalui sms tanya pasal nak shipping barang ke tak. Dah orang offer, ambik jelah ya. Tapi dalam masa tiga hari, aku kena siapkan. Sedangkan persiapan nak balik pun belum settle lagi.
 Kalut ribut aku menyiapkan satu meter kiub ni. Aku tambah je beberapa kotak lagi sebab sebelum ni aku dah standby sesaja membungkus barang. Kalut juga gi cari tape fragile. Gi cari 'Burning Ware House' tak de. Nasib baik masa on the way balik, nampak 'Office Work' belum tutup lagi. Dah dekat pukul 8pm masa tu. Dia tutup pukul 9pm.
Keduanya, sibuk packing barang nak balik nilah. Ini hanya 3 daripada 9 bag. Kecil besar, ringan dan berat semua ada. Kami dapat 46 kg dengan 'Virgin Blue'. Jadi isi sampai cukup timbangan. Beg sebelah kanan ni adalah luggage yang paling besar.



Lepas tu, aku dan hubby teringin nak jemput family dan kawan A Syed yang baru datang dari Malaysia bertandang dan kenal-kenal rumah kami pada pagi jumaat, sehari sebelum kami balik. Kami jemput makan sarapan. Menu mudah kami buat ialah nasi goreng. Itu je stok kami yang masih tinggal.
Sup ayam bersama sayur bunga kobis.
Telur mata kerbau dengan air lada.
Hubby menyediakan teh tarik macam biasa.

Malamnya pula A Syed suruh kami datang rumah dia makan roti canai fresh. Maklumlah sebelum ni kami makan yang frozen je. Abang ipar dia pandai buat, aku makan 3 jenis roti; roti biasa, roti pisang dan roti telur malam tu. memang sedap, dia pun memang ada pengalaman bisnes roti canai sebelum ni. Memang pun aku ada berniat nak ke rumah K Yatt malam ni untuk serah kunci dan hak penjagaan rumah kami sepeninggalan kami berada di tanah air nanti.
 
Tengah menebar roti canai

Anak dia pun dah boleh harap menggoreng roti canai separuh masak.

Yang ni siap untuk dipackingkan dan difrozenkan. Nanti sapa-sapa nak beli boleh order.
K Yatt tengah buat packaging roti canai sambil diperhatikan oleh K Nana dan Yun

Dah dekat tengah malam tu, selepas serahkan kunci pada K Yatt, aku pun minta diri untuk balik rumah. Tak boleh lewat-lewat sangat, banyak lagi urusan-urusan last check kat rumah.
Esoknya, pada tenghari hari akhir tu, aku masukkan kereta ke dalam garage. Ini lah first time kereta aku dapat merasa duduk dalam garage. Sebelum ni parking kat luar je. Garage ni aku pakai buat stor dan simpan ruang. Lepas tu bateri kereta dibuka. Yalah nak tinggal lama kan. Aku dan hubby pergi juga jumpa tuan rumah, cakap nak balik dan kami bagi dia orang pegang kunci pagar untuk masuk ke ruang backyard kami.
Memang penat berkemas ni. Dah siap semua last check, kami ready dan menunggu kedatangan Lin & Suhaizan untuk menghantar kami ke Airport.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment