Total Pageviews

Friday, 9 December 2011

ToUr HaRi Ini


Seperti mana jadual asal pada conference hubby, pada hari khamis, kami akan ada tour yang di anjurkan oleh pihak USM. Cuma aku kurang bernasib baik kerana plan itu terpaksa dibatalkan ekoran dari kekurangan peserta yang ingin mengikuti. Yalah dah habis conference, kebanyakan yang international tu mungkin terus nak balik. 
Hampa juga mulanya, tapi tak lama... ada lagi rakan yang ingin meneruskan lawatan simple ini. Jadi dia sendiri yang uruskan semuanya dari A sampai Z.
Kami hanya berlima, jadi kami hanya menyewa van sahaja menurut kemampuan rombongan kecil. Lebih kurang sejam menunggu, baru van yang disewa muncul, kira terlambat sikitlah dari jadual asal. 
Mula-mula sekali kami ke Bukit Bendera. Nak naik train, tapi kerana kena beratur dan menunggu giliran yang lama untuk naik, kami batalkan. Hanya pusing-pusing tengok kat luar je. Sekarang dah banyak kelainan. Aku pernah naik train yang lama kira-kira 7 tahun yang lalu. Tambangnya pun dah bertambah sekali ganda rm30. Jika aku tak silap, dulu aku naik dengan tambang rm15 je. Maklumlah dah banyak pembaharuan yang dilakukan. 




Lepas tu kami ke Kuil Kek Lok Si, The Largest Chinese Temple di Penang. Pemandangan yang dilihat amat menakutkan aku. Astaghfirullah... hamba mohon ampun dari Mu ya Allah... hamba ke sini bukan untuk menderhakai Mu, hamba cuma ingin melihat dengan lagi jelas akan kesesatan mereka yang tidak mengetahui. Nauzubillah... hamba tidak mahu terpesong dari jalan Mu Ya Allah....Ampunilah hamba Mu ini dan peliharalah hamba dari sebarang kerugian dan kesesatan....
Aku dapat melihat Masjid Negeri Pulau Pinang. Kami hanya melalui dan melihat dari jalan sahaja. Tidak menyinggah.

Ini pula adalah Coco Boutique. Aku tak pernah tahu pasal butik coklat ini sebelum ni. Tapi baru aku dapat tahu antara percaya dengan tidak bahawa ini adalah 'Malaysia's Largest Chocolate Paradise'. Betul ke...? Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah kunjungi website dia di alamat : www.cocoaboutique.com.my.
Apa pun ia mungkin disukai oleh pelancong dan penggemar coklat. Ada macam-macam perisa dan rupa seperti kelapa, pedas cili malah rasa kari pun ada. Tapi bagiku... harga coklat macam tu, berat lah sikit nak membeli. Bukan kemampuanku. Lagi pun coklat bukan my favourite. Memang cantik-cantik tapi tengok-tengok je lah...
Dari kiri : Isha, Sherly dan anaknya Ifi serta aku dan hubby

Aku juga ke Penang Butterfly Farm. Bayaran masuk ialah rm18 bagi warganegara dan rm 27 bagi bukan warganegara. Namun bagiku, masih terasa mahal lagi. 
Hubby bersama Pak Vishnu, rakan satu conference dari Salford, UK
Iguana besar dan aktif.
Kaki tangan dah lenguh semuanya jalan-jalan. Kami pergi makan lepas tu dekat dengan Esplanade. Ingat nak gi satu tempat lagi iaitu ke pasar Chowrasta. Tapi sebab dah terlebih masa, dan ada antara rakan kami yang dah nak naik flight pulang petang ni, jadi setakat ni dulu tour kami. Aku pun balik hotel lepas tu.
Selepas berehat seketika dan membersihkan diri, kami pun cari tempat untuk dinner malam tu. Dah pusing-pusing tu, dekat kompleks Bukit Jambul juga jadi pilihan. Macam biasa kegemaranku mihun tomyam udang dan hubby pula mencuba nasi goreng daging black papper. Perut dah kenyang, mata pun dah mengantuk. Esok dah nak check out. Kena berkemas sikit mana-mana yang patut. Ok jumpa lagi...

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment