Total Pageviews

Monday, 13 August 2012

Welcome To Dr Zara


Berbuka puasa bersama Dr Zara, teman yang datang ke Adelaide ini lebih awal dulu. Kira-kira selepas setahun aku di sini, dia telah kembali ke Malaysia for good setelah berhempas pulas selama 4 tahun dalam pengajian PhD nya. Dia sebenarnya juga adalah salah seorang pensyarah UiTM Shah Alam. Suaminya pernah belajar bersama hubby di UiTM suatu ketika dulu. Secara tidak sengaja terjumpa di sini. Dulu... akulah guru mengaji kepada anak sulungnya Balqis. Berkebetulan pula dia datang ke Adelaide kali ini pada bulan ramadhan untuk menghadiri majlis konvokesyennya. Dia datang bersama Dekan Jabatannya Dr. Intan. 

Tidak melepaskan peluang aku telah menjemputnya untuk berbuka puasa di rumah aku. Sekali lagi menu nasi kerabu dan ayam percik menjadi hidangan utama berbuka. 
Hidangan yang belum lengkap....


Ulam-ulaman....

Ayam percik...

Solok lada tidak ketinggalan....

Perisa utama...Budu...

Tumis budu.... 

Sesaja membuat air lemon berbiji selasih....

Suasana berbuka....
 
 
 
 
 

Suami isteri ini juga adalah penggemar nasi kerabu....

Sibuk nampaknya tuan rumah men top-up air minuman yang hampir habis....

Sebenarnya hati gembira bila ada kawan-kawan yang sudi datang berbuka puasa kat rumah. Meriah dan ceria. Hilang penat bila melihat tetamu menjamu selera... InsyaAllah ada rezeki boleh sama-sama berbuka lagi...
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment