Total Pageviews

Wednesday 29 February 2012

Kembung Tiga Rasa


Hari ni nampaknya adalah hari terakhir summer. Esok dah masuk Autumn. Kebetulannya pula hujan turun sejak dari pagi tadi mungkin untuk menyejukkan hari-hari pada musim luruh. Tahun ini bulan februari ada 29 hari, dapat lah sesiapa yang lahir pada 29 februari ini menyambut hari lahirnya pada tahun ini. Empat tahun sekali tu....

Pagi tadi, hubby ke klinik, ada appointment. Aku cuba telefon dia pada tengahari bertanya khabar. Alhamdulillah semuanya ok. Kata doktor, biasa-biasa. Hubby minta nak makan ikan lagi hari ni. Sekali pun hujan, rela aku ke satu kedai yang terletak hampir 5 KM dari rumahku untuk mencari ikan kembung frozen. Mujur ada, selalunya kedai tu jual borong. Tapi nasib baik dapat untuk aku beli dengan 5KG. Penuh peti ais aku dengan ikan kembung ni.
Hubby dah order nak makan menu 3 rasa. Ok... kebetulan hampir cukup perkakasnya. Menu aku selalunya simple je....

Bahan-bahannya :

4 ekor ikan kembung saiz sederhana (lumur garam, kunyit dan halia)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 biji kentang ( potong dadu)
1/2 cawan sayur campur
1 biji cili merah
2 biji cili padi
1 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
1/2 cawan sos cili manis
1 sudu teh black papper
1 sudu teh white papper
garam dan gula secukup rasa
Sedikit air dan tepung jagung
Minyak untuk menumis
bawang goreng dan daun sup untuk hiasan

Cara-cara :

Ikan di goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang merah, putih dan halia. Selepas agak garing, masukkan kentang dan sayur campur hingga agak empuk. Masukkan segala sos, black papper, white papper dan garam gula. Rasakan masam masin dan manisnya bagi balance. Masukkan sedikit air. Masukkan cili merah dan cili padi. (Kalau ada nenas, sedap juga di potong kiub dan masukkan). Bagi memekatkan kuah, letak sedikit tepung jagung ke air sejuk dan tuang ke dalam sos. Kacau cepat. Rasakan dan bolehlah diangkat.
Tuangkan sos ke atas ikan yang di goreng tadi, hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup atau bawang. Siaaaap......!

Bolehlah di hidangkan dengan nasi putih panas-panas.
Selamat mencuba.....
Posted by Picasa

AdeLaiDe FriNGe FesTiVaL NiGhT

Telah beberapa hari masa aku hantar hubby ke Uni, ada tanda amaran yang jalan di King William Street akan ditutup pada petang jumaat bermula jam 6.00 pm. Ada beberapa program yang bakal dijalankan pada upacara 'Adelaide Fringe' nanti seperti pertunjukan pentas dan perarakan berbagai tema nanti. Sepanjang-panjang jalan di Rundle Mall di gunakan.
Aku cuba menggunakan peluang yang ada untuk melawat City pada malam itu. Nasib baik dapat satu parking yang berkebetulan ada orang nak keluar. Itu pun selepas dua kali pusing. Walaupun jauh tapi biasalah di sini, orang berjalan. Selalunya jika jumaat malam sabtu pada musim panas ini, kerap juga kawan-kawan sebelah Salisbury menyinggah untuk solat maghrib di rumahku jika mereka dari City. Hari ini tiada pula yang menelifon. Aku pulak yang nak berjalan-jalan kat City malam ni. 

Begitu ramai orang sehingga sesak. Meriah juga sambutan 'Adelaide Fringe' ini. Jika dulu ianya disambut dua tahun sekali tapi kini aku rasa dah disambut setiap tahun. Perarakan yang ku lihat begitu meriah, cuma aku yang tak dapat duduk depan. Kurang nampaklah, aku kan rendah berbanding mat-mat salleh ni. Tapi dapatlah snap beberapa gambar yang tak seberapa ni. Jom layan.....
Ini orang Aboriginal Australia, mengambil bahagian dalam perarakan.
Silent disco... :-) :-) :-)... soo funny....
Tarian 'La Bomba'

Penutup upacara dengan letupan bunga api................
Pemuzik jalanan....

Habis je program, aku jalan-jalan kejap. Riuh rendah dengan suara jerit-pekik dan hilai-tawa muda-mudi yang berpakaian aneka ragam dengan tingkah laku yang agak menjengkelkan. Merdeka mereka pada malam ini. Kebanyakan mereka aku rasa adalah pelajar-pelajar sekolah menengah. Sesak jalan di buatnya. Oklah aku tak boleh lama, takut juga dengan gelagat mereka yang macam-macam. Cukuplah sebagai pengalaman untuk malam ini....
Posted by Picasa

Monday 27 February 2012

DaPaT MaKan IKan Dah....!


Alhamdulillah.... selepas lebih seminggu menunggu nak makan ikan, akhirnya tercapai juga pada hari minggu ni. Itu pun kena rajin ke pasar ahad (Gepps Cross Sunday Market). Lagi pun banyak barang basah yang nak di beli di sini seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Beli kat sini lebih murah berbanding di supermarket. Terasa suasana macam pasar pagi kat Malaysia pula.

Sampai je di tempat Pak Cik Vietnam peniaga ikan tu, aku cari ikan kembung yang dipanggil "Jack Mackerel" kat sini. Tapi yang macam selalu aku beli tu tiada hari ni. Yang ada semuanya yang dah di packing. Kalau di packing pun aku tak kisah, cuma saiz ikannya keci-kecil sahaja. Aduuuuh... ni yang tak best ni, dalam hati kecewa betul. Tapi untuk mengubat hati yang nak juga makan ikan, aku pilih juga seekor ikan siakap sederhana besarnya untuk dibuat lauk petang ni. Boleh lah... aku hanya nak makan ikan bakar cicah kicap pedas.... jeliranya meratah.


Masih tak puas hati, stok ikan tiada dalam peti ais, hari jumaat lalu aku ke Foodland (mini market), aku nak makan ikan lagi. Kat sini selalunya aku beli isi ikan yang di panggil fillet. Selalunya "Basa Fish Fillet". Basa tu adalah nama sejenis ikan. Dah disiang dan tiada tulang dah. Aku selalu dapatkan Basa fish fillet kat foodland ni kerana ianya jauh lebih murah berbanding supermarket lain. Aku pun tak tahu kenapa harganya berbeza sangat. Tapi itu tak pentingkan... yang aku happy bila aku dapat fish fillet kat sini dengan harga yang murah.
Ada satu perkara yang tak berapa best dengan fillet ikan basa ni. Ianya ikan besar, dah di buang tulang tapi tak ada rasa sangat. Macam tawar je. Kalau nak makan buat lauk, kena ada cicah apa-apa sambal. Jarang aku buat lauk. Selalunya aku goreng celup tepung je. Buat macam fish &chips. Goreng tepung KFC ikan basa fillet ni, juga goreng ubi kentang. Ala-ala western gitu.....
Ini pula aku buat sup sayur berkrim. Selalu buat mushroom sup aje, tapi sebab mushroom tak banyak, jadi aku gabung mana-mana sayur yang aku ada untuk buat sup sayur berkrim ni. Boleh juga tayang resepi aku kat sini ya.

Bahan-bahan :

1 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih
2 biji kentang
1 biji carrot
1 batang leak
1 biji capsicum
7 ketul mushroom
dan apa-apa sayur yang kita nak letak.
(semua potong kecil-kecil)
Secawan susu segar
1 ketul kiub ayam
black papper
white papper
garam
Sedikit minyak dan butter untuk menumis

Cara-cara :

Panaskan minyak dan butter, tumis bawang putih dan merah tapi jangan lama. Masukkan sedikit air (jangan banyak seperti kuah), kiub ayam dan semua sayur. Hampir mendidih, masukkan garam, black papper dan white papper. Tak lama selepas semua dah ada rasa, masukkan susu dan biar seketika. Tutup api dan biarkan sup suam.
Bila dah suam boleh di blanderkan sup tadi. Sedia untuk di hidangkan.
Sup ni boleh di hirup begitu saja sebagai hidangan minum petang, atau boleh di cicah dengan garlic bread atau boleh jadi regu dengan fish & chips simple ni. Suka hati kita lah, makanan kita kan.....

Ok... Selamat mencuba ya....

Posted by Picasa

Thursday 23 February 2012

Nasi Berempah Simple

Selama seminggu pada minggu lepas, hari-hari asyik duk masak lauk ayam je. Itu je yang sempat di beli. Itu pun hanya sempat ke gourmet (kilang proses ayam halal) je. Hubby kata hari minggu nanti, bila ke pasar Gepps Cross, kita akan beli ikan. Ok tak apalah, minggu ni kita pulun ayam dulu. Sampai tak tahu dah nak masak cara mana. 

Sampai hari ni, rasanya dah dua kali aku masak ayam bakar berempah kebab. Itu memang kesukaan aku. Aku suka ratah je dengan sos masam dan pedas. Hari ni aku buat resepi tu lagi, tapi aku ingat nak masak nasi berempah ala-ala arab yang pernah Alaa ( kawan dari Iraq) ajar kat aku. Cuma aku ingat-ingat lupa. Aku tak salin pun, cuma aku try buat ala kadar ikut rasa aku je. Adjust la sikit-sikit berdasarkan apa bahan yang aku ada je. Aku buat pun tak adalah pakai sukatan, main agak-agak dan congak-congak je. Memang itu pun cara aku.

Bahan-bahan :-

2 pot beras
Sebiji kentang (potong dadu)
Setengah batang carrot (potong dadu)
Sedikit isi ayam ( hiris nipis / dadu)
Sebiji bawang besar (potong dadu / hiris nipis
Seulas bawang putih (hiris nipis)
Sedikit halia
Rempah empat sekawan
Sehelai daun salam
1 sudu teh serbuk zafrani garam masalla
1 sudu teh serbuk garam masalla
Sekotak kecil susu segar
Sedikit garam
Sedikit Gula
Sedikit pewarna kuning
Sedikit minyak zaitun untuk menumis. Kalau ada butter lagi ok.

Cara membuatnya :-

Beras direbus dalam air hingga mendidih. Toskan dan ketepikan seketika. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan macam biasa. Masukkan ayam, kentang, carrot, daun salam, zafrani, garam masalla, susu, garam dan gula. Gaul seketika. Masukkan beras yang ditos tadi dan gaul seketika bagi sebati. Masukkan ke dalam periuk pengukus. Masukkan sedikit demi sedikit berselang-seli dengan renjiskan pewarna kuning. Kalau ada air mawar atau daun pandan boleh letak, bagi wangi. 

Panaskan air dalam pengukus dan kukus nasi tadi dalam kira-kira 20 hingga 30 minit. Boleh tengok nanti samada sudah empuk atau belum. 

Nasi boleh di hidangkan dengan ayam berempah kebab di samping salad campur juga yogurt bercampur timun. 

Inilah lebih kurang rupanya....Ini adalah hidangan ala-ala timur tengah yang tidak boleh dimakan selalu. Takut muak nanti. Tapi sebab itulah ia di makan dengan salad yang diperah lemon (alaaah... macam acar kita tu lah...) dan boleh juga di cicah yogurt yang juga rasanya masam-masam sikit. 

Selamat mencuba......
Posted by Picasa

Tuesday 21 February 2012

TerKenaNg-KeNanG

Baru saja hampir 3 minggu aku terbang ke sini, masih basah ingatan terhadap suasana dan kemeriahan ketika bersama keluarga. Beberapa perkara yang melekat di memori.......


 Sambutan tahun baru 2012 di rumah K Chik. Kami lunch sama-sama.
 Menikmati sate kajang bersama keluarga K Chik... 

Mengunjungi rumah EG dan E-1 di Felda Pemanis 2, Segamat dan  makan 28 kilogram durian.
 Keluargaku SAYANG....

BBQ semasa family gathering 2, semua ahli keluarga ada, adik-beradik semua dapat balik bercuti.
Jamuan ringkas tanpa dirancang, mihun sup simple....

Tiga menantu ayah berusaha bergilir-gilir membuang tunggul nangka di tepi rumah.

Arahan ayah.... Berusaha menarik sebatang buluh tumbang yang masih terlekat pada belitan akar berotan. Gotong-royong dan aktiviti santai family di suatu pagi.... sedia...!!! mula....!!! satu....!!!!

Dua....!!!!!
Tiga.....!!!!! Gedebuk.... :-)  :-) :-)
Perjumpaan keluarga di rumah baru K Ngah di Taman Bator Harmoni, Seneng yang belum di duduki.
Pagi satu Rabi'ul Awal.... Persediaan maulidurrasul.... family mengadakan maulud bersama ahli keluarga.
Jamuan sempena maulidurrasul bersama keluarga selepas Solat berjamaah, solat hajat dan berselawat.....
Mengambil angin di Tok Bali.....
Bersama Azimullah ke Pantai Irama Bachok yang dah berubah rupa.

Semoga aku dapat mengulagi lagi nostalgia indah ini.......
Posted by Picasa