Total Pageviews

Saturday 24 October 2015

Petai Dan Resepi Menjeruk Petai

Bila sesekali balik kampung.... samada yang dibeli atau dibekalkan... 
Dalam gambar ni, dokong tu dari pokok yang ayah tanam, pisang tu pun mak ayah yang bekalkan... masa start perjalanan masih belum masak tu tau... hijau2 lagi... sampai2 rumah terus jadi kuning masak dah. Jauh perjalanan biasa la kan... panas duk dalam kereta jugak... rambutan tu pulak mak sedara yang bagi, bila pokoknya membuahkan hasil yang sungguh menjadi tahun ni, katanya la. 

Oh ya... petai tu pulak aku beli dalam perjalanan balik KL... Dalam kes ni, bila tengok pada kuantiti petai tu, nampak sangat yang aku ni 'hantu petai', hehehe... nak buat cammana, dah itu favourite aku. Walaupun awal-awalnya cuba bertahan tak nak beli, konon nak berpantang la dari makan petai. Bukan apa... kesian kat diri sendiri la nanti. Bersin, selsema, gatal muka, hidung, telinga dan tekak semua dah sinonim dengan aku bila bergomol makan petai ni. Makan sikit ke banyak ke sama je kesannya. So... baik makan sungguh2 terus bila dah teringin sangat nak makan tu. Lepas tu tanggungla sendiri.... uhu hu hu sob3... 

Tak kira apa cara makan pun, aku tetap suka dengan petai ni. Masing2 ada godaannya, samada mentah, bakar, celur dan juga jeruk. Semuanya mampu membuatkan aku rasa tak cukup nasi... bertambah2 makan tu... Pastu pulak, aku ni bukan jenis yang boleh makan sikit2... Jika yang jeruk atau celur rebus tu, rasanya semangkuk tak cukup... kena makan untuk ratah macam kacang lagi... issshh bahaya jika dimakan selalu.... he he he...

Cuma kali ni aku nak abadikan dan share di sini cara aku menjeruk petai ni. Aku tahu macam-macam cara orang buat. Tapi aku pun ada cara sendiri yang simple dan mudah saja. Jom... 
Bahan-bahan :-
  1. Petai
  2. Garam
  3. Gula
  4. Cuka makan
  5. Cili padi ikut nak pedas


Cara-cara yang aku buat :-

1. Papan petai tu aku buang bahagian tepinya dan potong pendek2. Asal muat periuk untuk mencelur / merebus nanti. 

2. Rebus petai sehingga mendidih airnya. Aku tak biarkan air mendidih tu lama. Nampak mendidih je aku terus tutup api. Terus toskan petai tu dan siram dengan air paip singki dengan tujuan menghentikan proses petai tu masak. Tujuan aku buat begini adalah supaya petai jeruk tu nanti akan rangup bila dimakan. Aku suka yang begitu.

3. Kupas biji petai tu. Masukkan ke dalam bekas yang kita nak peram jeruk tu.

4. Sediakan air suam, masukkan secukup rasa garam. Kena agak2 la ya jangan sampai termasin pulak. Jadi, kenala rasa dulu...

5. Masukkan cuka secukup rasa. Yang ini kena masing2 rasa ikut suka. Masing2 ada citarasa sendiri kan. Kalau aku... aku suka rasa masam tu lebih sikit. So aku lebihkan cuka tu. Pastu aku pakai cuka apple. 

6. Dah rasa ok tu... biarkan air tu sejuk sikit. Kemudian bolehlah tuangkan air garam dan cuka ini ke dalam bekas petai tadi. Tuang hingga tenggelam petai tu ya. 

6. Masukkan cili padi. Siap.....

Nak cili padi hijau atau merah pun boleh, janji ada rasa pedaskan...

Ok... nak makan terus pun boleh... nak makan esok pun boleh... Simpan kat luar pun boleh... lepas 2, 3 hari tu selalunya aku simpan bekas petai ni dalam peti sejuk. Tahan lama sikit.
Sesimple lauk sesedap sangat rasa... nyum nyum nyum...ummppph...

Ok now cerita petai jeruk dah habis ya...

Yang ini aku nak frozen kan dia. Kupas siap2....
 
Kemudian masukkan ke plastik kecil2 kira sekali kita nak makan. Senang nak ambik dari freezer nanti.
 
Banyak jugak ni....insyaAllah tahan lama ni... dah pack kecik2 tu, bolehlah masukkan dalam freezer. Bila rasa nak makan, ambiklah satu pack tu dan rendan kejap dalam air sebab nak defros kan dia...

p/s :- Hubby dulu tak suka makan petai... tapi masa aku makan, aku turut PAKSA dia ikut makan... hingga sekarang, dia pun dah makan petai dan tempoyak... hehehe... jahat tak aku... tapi tak ada la dia jadi 'hantu petai' macam aku... :-)

Thursday 8 October 2015

Restoran Putera Ayu

Salam ukhwah buat semua yang menjengah. Minta maaf terlalu lama aku menyepi, bukan dengan sengaja tapi mengumpul kudrat yang kurang cemerlang sejak kebelakangan ini. Apa saja yang boleh di ceritakan, aku cuba cungkilkan kembali semangat ini walau dengan cerita kosong, janji ada kenangan dalam ahwaalulhayah. 

Terus dengan semangat jalan2 cari makan, biar badan terisi tenaga, baru ada kekuatan kan. Betul ke gitu.... boleh la kan....

Sajalah hari tu pusing-pusing area Padang Jawa. Jika tak silap masa tu menghantar seseorang ke station komuter. Dah petang masa tu, perut pun dah bagi isyarat dan selayaknyala untuk ambik dinner. Aku jarang sebenarnya lalu sini. Bila terpandang satu restoran yang agak menarik dan lapang tempat letak keretanya, tergerak hati nak bertandang. 

Restoran ni terletak di lot 34486/2, Jalan Besar Padang Jawa, Shah Alam. Restoran Putera Ayu ini dimiliki oleh Berkat Raudhah Services. ermm islamik bunyinya.

Mungkin operasi hari tu baru je bermula, kawasan parking masih lapang.

Keadaan dalam restoran. Luas dan lapang.

Meneliti menu yang tertera, macam2 pilihan. Lebih kepada menu masakan siam jugak sebenarnya. Harganya..? Harganya agak tinggi berbanding kedai makan ala Thai biasa.
Disebabkan masa tu customer belum ramai, cepatlah sikit hidangan yang kami pesan tu sampai. ermm... nampak menarik jugak. Agak berbaloi la dengan harga yang tertera.
Udang tepung... rm15 dengan 9 ekor udang bersaiz besar.
Sup ekor rm10
Nasi goreng USA rm7.90
Mihun tomyam udang rm7.90
Teh O dan Teh O halia panas, masing2 rm2.00
Tentulah harganya tinggi sikit, presentation pun ala-ala hotel. Tapi tanggapan mahal pada awalnya tidak lagi bagi aku. Tapi masih berbaloi juga. Rasanya pun berbaloi. So boleh la mencuba sendiri.


Friday 8 May 2015

Harapan Pasti Ayah & Ibu

Sekadar paparan memori apa yang menyentuh hati ku... 
Terima kasih kepada penggubah video yang menyentuh perasaan ini... mohon izinkan aku untuk kongsikan dan abadikanya di ruang ahwaalulhayah ini... 

Thursday 29 January 2015

Kisah Anis Dan Peragut Yang GAGAL

Seringkali dan terlalu kerapnya kita mendengar tentang kejadian ragut dewasa ini. Berleluasa dan bermaharajalela. Tidak pernah serik atas apa yang telah banyak menimpa kepada rakan sepekerjaan mereka yang telah ramai menerima bermacam-macam balasan dan akibat, kesan dari kemarahan dan kebencian masyarakat kepada sampah bumi ini. Malah yang sering mengigau ketakutan dan diselimuti trauma adalah mereka yang benar-benar telah mengalami dan melalui sendiri pengalaman bagaimana rasanya menjadi mangsa ragut. Aku percaya seluruh manusia yang mencapai akil baligh di dunia ini tahu pasal ragut, tetapi tidak semua kita ini mengalami sendiri suasana, keadaan dan situasi ketika kejadian, maka itulah pengalaman bermakna yang bakal disemat kukuh dalam ingatan agar kejadian yang sama itu tidak berulang lagi dalam hidupnya. Na'uzubillahi min zaalik.

Apa yang akan aku ceritakan ini adalah salah satu kisah realiti... kisah benar yang telah berlaku kepada jiwa yang paling dekat dengan diri aku. Tidak kisahlah siapa dia kerana identitinya ingin dirahsiakan kerana apa yang bakal diceritakan ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang terbaca kisah ini, agar lebih sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. 

Firman Allah dalam surah al-A'raf :179 :-
Maksudnya :- "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahnnam itu, kebanyakkannya dari jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan mereka yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan mereka yang mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai".
Gambaran atas... di suatu penempatan yang kelihatan jalannya masih sunyi, dapat anda lihatkan, bagaimana dari hujung jalan sebelah sana ke sebelah sini, terutama di waktu kerja. Di sinilah Anis tiba-tiba diserang oleh peragut yang sudah tentu tiada setitik pun iman di hati mereka. Ya lah jika masih ada sepercik pun iman dan masih ingat Allah, mereka tidak akan berbuat kekejaman sebegitu, kemaruk sangat mereka ini berkehendakkan hak orang. Maafkan aku kerana dalam kisah ini, aku mungkin kasar kerana ingin membahasakan mereka yang zalim ini dengan gelaran 'binatang peragut'.

Kesian Anis, masih trauma dengan kejadian 2 hari lalu. Masih ternampak-nampak dan terasa-rasa lagi bagaimana dia bergelut dengan binatang peragut itu demi sedaya upaya mempertahankan dirinya. Aku yang dapat menyelami, merasai dan memahami 100 % jiwa raganya. Aku bukannya bomoh atau kasyaf seperti orang-orang yang sufi, tapi aku berada di jiwanya. 

Cerita Anis, petang itu, dalam jam 5.40pm, Anis menerima panggilan dari suaminya. Seperti selalunya, suami Anis akan menelefon memberitahu akan bertolak balik dari tempat kerja. Jadi Anis pun menunggu di laman depan sambil bermain dengan kucing-kucing kesayangannya. Sambil kucingnya bermain-main dan adakalanya menggigit rumput, orang kata sebagai penawar bagi mereka untuk memuntahkan hairballnya, Anis membelek-belek majalah lama kegemarannya di ruang santai. Sesekali matanya meninjau kucing bermain. 

Tetiba kucing yang paling dewasa bernama Yellow hilang dari pandangan. Seperti biasa agakkan Anis tepat. Dia telah terlepas keluar dari pagar Anis. Ini lah permulaan kepada kejadian yang tertulis dalam qadar Allah dalam takdir Anis untuk petang itu. Tidak mahu menunggu lama, Anis mendukung 2 kucing yang masih bermain di laman dan disuruh masuk bermain dalam rumah. Lalu keluar ke jalan tepi rumah untuk mencari Yellow. Anis dah dapat agak ke mana Yellow pergi. Dia masuk ke pagar belakang rumah jiran Anis yang selang 2 rumah dari rumah Anis. Seolah faham dengan perintah Anis, Yellow terus berlari pulang. Lalu Anis pun ikut lah berjalan pulang. Yellow pula memasuki pagar rumah jiran yang paling tepi. Laluan shortcut bagi dia la tu. 
Anis kembali semula ke rumahnya melalui jalan tepi yang sama juga dilalui tadi. 
Semasa berada di area bertanda hijau tu, Anis nampak satu motorsikal yang dinaiki oleh 2 penunggang malayu dari arah bertentangan (arrow merah). Anis tidak mengesyaki apa-apa yang buruk. Tidak terlintas sedikit pun dalam hatinya. Mungkin ketika kita tidak bersangka itu lah, Allah ingin menguji hambanya. 

Demi mencari Yellow, Anis berpaling ke kiri dan mengintai-ngintai melalui pagar rumah sebelah kirinya. Tiba-tiba, Anis terkejut yang amat bila mana dia dipegang oleh tangan kasar lelaki dari belakangnya. Bila masa orang ni turun motor..? Silapnya Anis berpaling ke arah lain. Rupanya orang tadi memang ada memasang niat jahat. Tiba-tiba je berlaku... sepantas kilat... dan Anis tidak bersedia langsung untuk menghadapi kejadian itu. Dalam kebingungan seketika, hati Anis tertanya-tanya, "kenapa orang ni pegang aku...???" Seketika kemudian barulah Anis seolah dapat mentafsir kejadian yang berlaku bila binatang peragut itu merentap sesuatu dari tangan kirinya. Tapi sepantas daya, Anis juga cuba melindungi tangan kirinya. Seorang lagi gang binatang peragut ini sedang bersedia di atas motor. Konon-konon dan berangan nak lari dengan happy bila dapat hasilla tu... Uuuweeeekkk.... Penulis pun sangat geram ni....

Bayangkan pergelutan telah berlaku di antara wanita lembut bertudung, berkain skirt labuh dan berselipar dengan lelaki ganas berhelmet, berseluar jean dan berkasut. Anis cuba sedaya tenaga yang ada pada kudratnya. Sekalipun di tangan kanan Anis tergenggam serangkai kunci rumahnya... dan kunci itu tidak sedikit pun terlepas dari tangan Anis. 

Dalam waktu yang pantas, terdesak dan getir itu, Anis sempat tertanya-tanya dalam hati... "ini ke namanya ragut... Ya Allah ini ke namanya ragut???" "Ya Allah, aku sentiasa perlu dan mengharapkankan pertolonganmu"....Sepantas kilat lintasan hati dan akal Anis masih boleh beridea. Sempat terbayang dalam kepala Anis kepada satu video yang disebarkan melalui whatsapp, yang pernah dilihatnya, yang mana ada di antara mangsa yang terpaksa bertindak berani melawan binatang peragut ini selagi mana tiada senjata yang mereka gunakan. Entah dari mana.... ada bisikan yang datang ke hati Anis supaya tetap berusaha melawan binatang peragut ini kerana dia tidak bersenjata. 

Dalam masa pergelutan itu, satu ketika Anis sempat bertentang mata dengan binatang peragut itu, bisikan ke hati Anis datang lagi... "kau mesti lawan...! kau mesti tetap lawan...!!!" Anis dengan geram ingin menumbuk muka binatang itu, tapi tak kesampaian sebab cermin helmet dia terjatuh dan menutupi mukanya. Dia lebih tinggi dari Anis... Anis cuba memusingkan badannya supaya membelakangkan binatang ini dengan harapan memayahkan lagi usaha binatang peragut itu dalam usahanya merebut tangan kiri Anis. Masing-masing berebut tangan kiri Anis. Dalam usaha memayahkan binatang itu mencapai targetnya, Anis tersilap langkah lalu terjatuh ringan sambil berpaut pada tangan binatang peragut itu. Aku mengharapkan Allah sengaja hendak mempermainkan binatang peragut ini....apabila dia diumpan pula dengan rantai Anis yang sedikit kelihatan apabila tudungnya terselak. Dia cuba merebutnya tetapi Anis berjaya menggagalkan tindakan rakusnya.... Sekali lagi "PADAN MUKA KAU BINATANG"... Opps... sorry.... :-p

Binatang peragut terus dengan sifat kedarahnya nakkan hasil. Dalam keadaan begini Anis terus mengambil langkah lebih kepada usaha mempertahankan diri daripada bertindak menyerang. Allah memberikan Anis tenaga untuk mengeluarkan suara kuat dengan terus menjerit meminta bantuan. Alhamdulillah ya Allah... Jiran lelaki Anis yang sedang menyapu di laman rumah telah mendengar jeritannya lalu terus berkejar ke tempat kejadian. Jiran itu berdiri di simpang jalan dan menjerkah. Namun hanya dengan jerkahan pertama, binatang peragut itu masih belum berpuas hati. Masih cuba merentap tangan kiri Anis yang tetap bertahan. Namun alhamdulillah jerkahan kedua dari jiran Anis membuatkan binatang peragut itu mengundur dan memecut melarikan diri... alhamdulillah ya Allah... Anis melihat jam selepas itu. Kejadian berlaku pantas antara jam 6.10pm hingga 6.15pm. 

Anis cuba mengagak, pergelutan ini berlaku dalam 2/3 minit atau lebih. Dengarnya singkat, tapi bagi yang sedang bersabung tenaga untuk mempertahankan diri disaat-saat cemas dan berisiko tinggi terhadap nyawanya, Anis merasa begitu terseksanya. Malah penulis sendiri pernah terbaca akan kisah benar yang berlaku ke atas seorang mangsa ragut yang lain, kejadian berlaku dalam masa kurang dari 10 saat. Sedangkan dia menyedari bakal diragut malah dapat menyaksikan setiap gerak-geri peragut itu satu persatu. Sangat geram mendengarnya kan.

Cuma yang Anis hairannya sepanjang-panjang kejadian ini berlaku, tiada sepatah kata atau suara pun yang terkeluar dari mulut kedua-dua ekor binatang peragut ini. Kenapa agaknya ya..? Mungkin supaya slangnya tidak didengar oleh Anis, bimbang Anis tahu samada dia itu Melayu atau Indonesia... ya mungkin juga...
Area bulatan hijau merupakan tempat berlakunya pergelutan, manakala tompokan merah itu adalah tempat binatang peragut yang sorang lagi (atas motor) menunggu rakan yang sama-sama  berhati iblis untuk lari apabila mendapat hasil yang haram nanti.... baaaanyak hasil engkau.... :-p

Apabila binatang peragut yang gagal mendapat hasil itu melarikan diri, Anis sempat menoleh ke nombor plate motorsikal mereka tetapi hanya separuh yang dapat dihafal dek silaunya cahaya matahari ke mata ketika itu. MasyaAllah... tidak mengapalah Anis, yang penting Anis dah terlepas dari tangan mereka yang bakal jahanam itu. Anis dan jirannya tadi cepat-cepat beredar dari tempat itu kerana ada kebimbangan mereka akan datang lagi. Maklumlah mereka macam tak puas hati... PADAN MUKA KAU BINATANG....!!!
Pandangan dari depan ke belakang...

Perasaan Anis agak lega bila mana drama yang berlaku adalah betul-betul di hadapan CCTV perumahan tersebut. InsyaAllah rakaman kejadian itu dapat disaksikan oleh AJK Taman untuk tindakan yang lebih jelas.
Pandangan dari belakang ke depan... dan seperti tadi, area hijau tempat pergelutan dan merah adalah tempat penunggang motor yang sedang menunggu.
CCTV yang ada di setiap penjuru jalan.... 

Kesan lebam dan calar ringan yang dialami Anis. Kesian Anis... :-(

Atas rasa tanggungjawab dan supaya kejadian ini ada dalam rekod pihak polis, Anis telah membuat report di balai polis berdekatan. 

Aku dapat menyelami perasaan hati Anis. Anis meluahkan perasaannya pada aku, betapa dia sangatlah rasa bersyukur yang amat atas pertolongan yang Allah berikan. Tak tahu sebanyak mana, tapi terlalu banyak sehingga Anis menggelengkan kepalanya kerana tak terkira banyaknya rasa kesyukurannya.
* Anis bersyukur kerana Allah  menutup pintu hati binatang peragut itu daripada menggunakan senjata, pisau contohnya...
* Anis bersyukur kerana binatang peragut itu tidak dapat bertindak dengan lebih ganas ke atas Anis seperti samada menendang ke, menumbuk rusuk ke, menolak supaya jatuh longkang ke (kejadian berlaku di tepi longkang dan di sebelah jalan satu lagi ada parit)... atau sesuatu yang mungkin Anis tidak dapat bertahan....Allah membantu dengan menutup fikirannya untuk berbuat begitu.
* Anis bersyukur kerana seorang lagi binatang peragut yang menunggu di atas motorsikal tidak turun membantu rakannya. Allah jugalah yang membantu serta mengunci langkahnya dari menghampiri. ALLAHU AKBAR...!
* Anis bersyukur kerana bisikan demi bisikan motivasi  yang Allah hantar ke hati Anis semasa pergelutan berlaku...
* Anis bersyukur kerana Allah hantarkan jiran Anis yang dapat mendengar jeritan yang Anis laungkan... Berbanyak terima kasih kepada jiran Anis tu. Anis akan melakukan sujud syukur setiap kali mengingati pertolongan Allah ini. ALLAHU AKBAR...!!! WALILLAHIL HAMD...

Namun Anis ada juga meluahkan rasa pada aku..... yang hatinya tidak dapat menipu dirinya sendiri. Dalam rasa kesyukuran Anis, ada juga satu dua perkara yang Anis amat terkilan dengannya. Anis rasa terkilan bila mana jiran yang datang menjerkah binatang peragut itu, hanya berdiri jauh darinya. Dia berdiri di simpang jalan sebelum tiang CCTV. Dia tidak mendekati area kejadian. Jika dia cepat datang dekat, awal beberapa saat dia pasti dapat meringankan risiko kebahayaan yang sedang menimpa Anis. Katanya bimbang jika binatang peragut itu berpisau. Tapi ya lah, jika berpisau, dah lama Anis yang kena dulu. Anis berkata, jika dia datang dan berlawan dengan 2 ekor binatang peragut tu, Anis tidak akan membiarkan dia sendirian, Anis akan turut membantu, alang-alang mandi, biarlah basah kata orang. Namun Anis memujuk hatinya melupakan keterkilanan itu untuk terus bersyukur. Yang penting kejadian itu telah berlalu dan Anis pun telah Allah selamatkan.

Seperkara lagi Anis merasa terlalu kecewa bila pada sebelah malamnya dia mendapat tahu yang CCTV yang diharapkan dapat merakam kejadian petang tadi, rupanya telah seminggu lebih tidak berfungsi. Aduh... amat-amat kecewa. Rosak tanpa disedari AJK yang bertanggunjawab mengenainya. Ada juga dengar kata macam disabotaj. Susah Anis nak terima kerosakan sebegini atas apa yang berlaku ke atasnya. Apalah gunanya terletak selama ini jika tiada maintenance dan sepatutnya benda tu diperiksa sentiasa. Nak dijadikan perhiasankah? Atau saja letak supaya orang saja-saja gerun... Rosak pada ketika dan saat-saat kita amat memerlukan kecanggihan teknologinya. So bad.... Anis kecewa.

Moga-moga seluruh binatang peragut ini mendapat balasan dan pengajaran yang boleh mereka jadikan iktibar. Moga mereka sempat bertaubat dan insaf serta menyesali perbuatan mereka seumur hidup. Maafkan penulis kerana menggelarkan kalian dengan gelaran 'binatang peragut'. Penulis juga bagi pihak Anis memohon maaf sekiranya ada perasaan yang terguris ketika membaca kisah Anis ini. Tapi ini adalah hakikat sebenar dalam kisah Anis. Anis seperti masih tidak percaya apa yang telah berlaku ke atas dirinya, masih seperti mimpi, tidak disangka langsung. SUNGGUH JAHAT BINATANG PERAGUT INI, tapi ingatlah kalian pasti akan mendapat pembalasannya. Akan menyesallah kalian nanti dengan sungguh-sungguh perasaan menyesal yang tiada kesudahannya. Tunggu dan rasalah...

Anis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada jiran-jiran dan sahabat handai yang datang dan bertanya khabar. Sebenarnya dalam hati aku sangat-sangat kagum dengan Anis. Sekali pun dalam keadaan trauma dan masih terkejut, namun sehingga ke hari ini, tiada setitik pun air mata yang jatuh ke pipinya. Adakah mungkin kerana apabila seseorang itu terlampau dalam kejutan, dia sukar untuk menangis... sekadar tubuh yang rasa menggigil dan hati yang berdebar. Dari manakah kekuatan itu datang jika bukan dari kurniaan Allah jua. Namun Anis masih terasa-rasa keadaan ketika kejadian.

Kepada yang bukan dari kalangan peragut yang membaca kisah ini, moga mendapat sedikit pengajaran agar sentiasa berwaspada. Ingat, di sekeliling kita hanya ada 2 keadaan, samada keamanan atau kejahatan... 

Sekian kisah Anis...
270115

Parking Tanpa Izin

Jangan salah parking, pinjam tanpa izin, ambik tanpa minta.....
Jika di ambik begini, patutnya tinggalkan no phone agar mudah urusan. Pemilik senang nak call bagitau minta alih kereta sbb awak dah ambik parking orang kan. Pemilik pun tak ada lah kecewa sangat bila awak terpaksa ambik sekejap pun, sebab fahamlah kawasan ni payah parking, dan parking ni khas untuk KPP ... bermakna bertuan...
Terpaksa kena minta khidmat security. Minta maaf la ya... Harap tidak mengulangi lagi atau sila tinggalkan no phone atas dasboard anda untuk mudah dihubungi...

Wednesday 28 January 2015

Kraf Tangan di Apple, Quilting @ Apple

Ketika dalam kerajinan belajar suatu ketika dahulu, balik dari sekolah, lupakan stress dengan segala tugasan, dalam ketelitian mungkin terselit kedamaian dek kerana kekhusyukkan yang ada... Kenangan projek @ Apple yang berjaya disiapkan masih dalam koleksi ku....
Sebulan tu kira cepatlah jika dapat menyiapkan 2 projek. Membelek satu persatu, memotong satu persatu, menggosok, menampal dengan gam, menekap corak, menggunting, jahitan tekap sorok... semuanya perlukan kesabaran dan kehalusan dalam menyiapkan semua kraf ini... 

Antara sukatan pada tahun itu yang berjaya aku siapkan ialah :-
Rumah sebagai tempat mengisi majalah-majalah atau bahan bacaan di ruang tamu.
Pandangan sisi
Projek hiasan gantung, flower basket gitu
Nampak macam 3D jika dilihat pada jarak dekat, kaedah quilt diguna pakai.
Tudung saji. Aku dah pakai sekarang sebab bila fikir, jika asyik nak simpan bertahun-tahun pun tak ada gunanya juga sebab tiada fungsi pulak jadinya.
Membuat kelopak dan kuntum bunga ni pun sudah mengambil masa berhari-hari.
Bunga matahari kecil
Ini sarung bantal untuk hiasan pada sofa... Sarungnya aje ni, bantalnya belum ada yang ngam. Ya lah sebab tak cari pun...
Bunga dan daun tu dibuat sekeping-sekeping, lepas tu gamkan pada kertas pengeras, tampal serta ironkan dia, kemudian jahitkan pada kain tu... uhuhu... banyak peringkat proses menyiapkannya. Bila dah siap tu, puas hati sangat bila tengok hasil tangan kita kan.
Ini pula alas meja bulat kecil. 
Proses nak menyiapkannya hampir sama. Hasilkan bunga dan daunnya dulu, lepas tu jahitkan pada tepi-tepi alas meja tu. Meralit buat ni tau, sampai lenguh-lenguh urat leher tu nanti.
Nak menyiapkan semua ni memakan masa berbulan-bulan jika dalam part time. Full time aku tak pasti la pulak. Semestinya lagi cepatlah... semimggu mungkin. Cuma ada 2 ke 3 projek lagi yang belum sempat aku buat. Kad keahlian belajar dah lama luput. Nak memperbaharuinya pun takut tak berbaloi untuk aku kini, dalam rm300 juga tu... ermmm nantilah...