Total Pageviews

Wednesday 26 October 2011

Sambut Tn Syed Di Adelaide Aiport & BiRThDay ADdiNiE



Setelah lebih sebulan balik ke Malaysia kerana menghadiri conference di Sabah dan collect data, hari ini abang Syed akan datang balik ke Adelaide menyambung kembali perjuangannya sebagai student PhD, sebagai suami dan sebagai bapa kepada 3 anak yang merinduinya…….
Aku dan hubby menerima amanah K Yatt yang meminta jasa baik kami untuk menjemput Abg Syed pada pagi sabtu itu. Flight landing pada jam 8 am. Selepas kira-kira sejam lebih dengan urusan kastam dan sebagainya baru Abg Syed dapat keluar. 


Seperti selalu yang kami kenal Abg Syed, masuk je dalam kereta, terus saja bicaranya petah bercerita dengan perjalananya dan perihal gelagat2 guard dan kastam sebelum dia dapat lepas dari mereka. Sesekali gelak besar kami mendengarnya. Menurut cerita abang Syed, dia mulakan rayuan sebelum timbang barang kat KLIA. Dia mengaku dulu barang tu memang terlebih. Ya lah dekat-dekat 28 kg daripada 20 kg saja yang sepatutnya. Alhamdulillah semua barang dia dapat lepas.
Sampai2 je rumah K Yatt, anak2 abg Sayed berlari keluar dan Atikah memecahkan ‘bottle pop’ tanda menyambut abahnya pulang. Masuk dalam rumah rupanya, ada surprise untuk abg Syed. Kami dah tahu cuma K Yatt pesan jangan beritahu abg Syed.


Rupanya hari ni juga adalah hari lahir kepada Addinie. Look…semangatnya dengan ‘Carrot Cup Cake’ yang K Yatt buat tu... Dini pulak siap pakai topi tu…sambutan simple dulu pada tarikh sebenar. InsyaAllah sambutan akan dibuat lagi secara rasmi dan besar-besaran pada minggu depan. Tunggu la ya…..
Kami pun bersarapan pagi kat situ selepas penat dan tak larat dah nak pusing garage sale. Lebih-lebih lagi aku dan hubby sama-sama demam masa tu…. Hanya kuat kerana ada semangat garage sale je, hi hi hi……. Balik rumah, lepas solat zohor je, terus tidur sampai petang……..



Posted by Picasa

Tuesday 25 October 2011

SuPPer KU SteaMBoat SiMPLe

"Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang", itu sunnah nabi kita, yang mana kita ikut? Selalunya separuh ayat je iaitu "makan ketika lapar" je, atau semasa masih belum lapar, yang selebihnya...? selalunya sampai selepas kenyang atau sehingga makanan licin. Itulah kita manusia. Nafsu makan sentiasa datang mengundang.

Sesekali aku menonton movie sampai larut malam. Faham2 sajalah bila lewat tidur tu, kadang-kadang perut berbunyi dan terus mengundang rasa lapar. Masa tu pula kekadang datang pula keinginan nak makan tu dan nak makan ni. Itu yang bahayanya bila lewat tidur ni. Jika diamalkan selalu, lama-lama boleh jadi gemuk ni. 

Sekali tu terlintas keinginan nak makan masakan panas yang boleh dihirup-hirup. Ini bukan macam kat Malaysia ni, boleh je cari restoren masakan panas sehingga larut malam pun. Banyak benda yang terlintas di fikiran ku ketika itu. Nak masak maggie? Hubby tak bagi. Nak hirup sup ke, hirup tomyam ke apa ni? Lepas tu teringat pada sayur bokchoy segar yang baru aku beli dekat Gepps Cross Market pagi tadi dan pada udang yang ku beli dekat woolworths tengahari tadi. Apa lagi kesimpulannya, aku nak buat steamboat simple. 

Aku pun mulakanlah operasi ringkas ni, masak 3 cawan air dan masukkan perencah tomyam, dah mendidih tu letak gula dan garam sikit. Daun limau dan serai...? Tak payahlah sebab nak ringkas je. Masuk pula bunga kubis diikuti udang tadi dan last sekali sayur bokchoy. Tak payah lama sebab aku suka macam celur sekejap je benda tu. Baru ada rasa manis dan rangupnya kan. 

Ambillah bihun sikit sebanyak yang mahu dan celur je dengan air panas sekejap. Tak nak pun tak apa, tapi aku seolah nak wajib ada bihun bila ada kuah tomyam. Sanggup tolak nasi tu.....

Tak nak bahan terendam lama dalam kuah, yang bahagian aku ni, aku keluarkan awal sikit. Terpelihara kesegarannya.

Ini peringkat yang belum dimasukkan mihun dan kuahnya. Bila nak makan nanti baru masukkan.

Ini pula saja tambahan makanan. Di makan ketika sedang masak steamboat simple ni. Ini kira nak licin dah ni.

Inilah supper ringkas ku dan hubby. Sekarang dah bersedia untuk dimakan. Bismillahirrahmanirrahiiiim....... Dapatlah hirup tomyam panas-panas kan. Alhamdulillah dengan kurniaan Allah ini......

Teringat pulak suatu masa dulu aku pernah ke restoren nelayan yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa bersama hubby, K Chik dan EG. Nikmat sekali kami makan set sea food buffet yang di hidangkan di situ. Balik Malaysia nanti rasa nak pergi lagi.  Inilah kenangan.....














Posted by Picasa

Dinner Di restoren Uighur


Sesekali jika hubby mempelawaku makan di luar, aku tersenyum lebar. Senyum tu adalah jawapanku. Jika hubby pelawa melalui telefon, aku gelak. Gelak juga adalah jawapanku. Lebih-lebih lagi kepada makanan kegemaranku. Untuk berkata ya, kekadang aku malu……kenapa ya? Malu tapi mahu……… Kata pepatah; ‘malu-malu kucing’……….

Salah satu tempat makan yang menjadi favourite ku ialah restoren Uighur. Masa mula2 datang dulu Fahmi Zara lah yang memperkenalkannya kepada kami. Dia bagi alamatnya dan kami pergi sendiri. Seingat aku, itulah first time aku makan di luar (restoren) semenjak berada di Adelaide ni. Itu yang dekat Port Road.

Restoren Uighur yang pernah aku lawati ada tiga. Pertamanya dekat Port Road tulah. Yang kedua dekat Prospect. Aku kenal yang dekat Prospect ni kerana Alif (Saudagar Shipping) yang jemput serta belanja aku dan hubby makan. Masa tu, bila aku buat perbandingan kepada makanan favourite aku iaitu Kebab; kebab yang Port Road punya lagi sedap. Itu dulu tapi sekarang tidak lagi. Mungkin dia dah tukar tukang masak, dah tak sesedap dulu rasaku. Lagi pun aku dapat rasakan kuantitinya makin kurang dan harganya makin naik.

Tempat ketiga ialah yang agak baru dibuka selepas itu iaitu Uighur Nava yang terletak bersebelahan dengan Salvos Store. Itu pun kira ok. Yang ni kira aku tahu sendiri dan nak mencuba di tempat yang baru. Rasanya not bad lah. Daripada menjadi pengunjung setia Uighur Port Road, dah bertukar kepada Uighur Nava, lebih2 lagi ia beroperasi 7 hari seminggu bermula dari jam Sembilan pagi hingga jam 10 malam.

Nak dijadikan cerita, suatu hari time aku teringin nak makan kebab kat situ (Uighur Nava), tukang masaknya tak ada kat kedai dan aku diminta datang dalam masa sejam lagi kalau nak. Laaaa……..frustnya………. mana boleh gitu kan….. So hubby ajak gi try kat Uighur yang sebelah Chemist Warehouse tu. Kami dah lama tak ke situ. Sekali rupanya dah berbeza sikit dari dulu, kebabnya lebih murah daripada tempat lain. Dahlah kiub lambnya lebih besar. Boleh order paling kurang tiga skewers sahaja berbanding 4 skewers kat Uighur lain. Dan yang penting bila makan puas hati.

Inilah menu wajib aku dan hubby setiap kali bertandang kat sini Kavap’ (lamb kebab). Pilihan kami selalu yang spiecy. Baunya amat mencabar taste kami. Sedap dimakan panas2 tau. Jangan tunggu lama2, bila sejuk dah tak sedap. Kavap ni harganya Aud 2 perskewer. Kena order satu dish paling kurang 3 skewers. Lebih? Lagi tak apa lah..........

Ini selalunya menu sampingan yang wajib. Kami suka ‘hand made noodles’ nya. Hidangan ni diberi nama 'Laghman', iaitu hand made noodle goreng campur dengan sayur dan lamb. Harganya Aud 11 bagi small dish ni. Mula2 makan mengumpat, “kenapa liat dan pejal sangat mee ni"…? Haaa itulah, lama-lama dah jadi favourite pulak mee liat ni. Ada satu keistimewaan pada rasa mee dan masakannya.

Kadang2 kami order juga hidangan yang besar ni. Namanya 'Dapanji', Selalunya dengan chicken tapi hari ni kita minta dia tukar bubuh lamb. Ia dimasak berkuah, ada capsicum, ada potato dan spring onion. Lepas tu ada hand made noodle juga di dalamnya. Dekat Uighur Nava ada small dish, tapi kat sini tak ada. So kalau berdua je nak makan, aku dah prepare satu bekas Tupperware untuk diisi baki yang tak dapat dihabiskan. Harganya pula ialah Aud 26. Selalunya habis makan akan jadi kenyang sampai ke dada. Eeeeiiiii….Tak baik macam tu kan…

Ada juga kadang-kadang aku order nasi polo Uighur. Gambarnya tak ambik pula. Nantilah lain kali kalau aku snap gambar dia, aku show sini ya. Nasi polo ni pun favourite aku juga. Hai semua favourite ni apa hal…..?

Keistimewaan makan kat sini, bila makan, akan dapat teh ‘o kosong atau air kosong free. Air kosong free tu biasalah kan...... Teh ‘o kosong tu maksudnya teh ‘o tanpa gula. Baguslah untuk hilangkan lemak dan toksin selepas makan lamb kan. Cuma yang peliknya kenapa pulak dekat Uighur Nava kena bayar Aud 3 untuk seteko? Dah la kosong, tak ada gula pulak tu, tak tahulah.

Hai cerita bab makan-makan ni tak habis ya, sebab kita makan macam-macam setiap hari . Nantilah kalau ada cerita makan yang best2 lagi ya…….


Monday 24 October 2011

Lunch di Afghan Cuisine

Buat pengetahuan  keluarga  ku, dekat Adelaide ni kira banyak juga restoren yang halal dan menyediakan pelbagai pilihan makanan kepada penghuninya. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dan kegemaran yang pelbagai. Halal yang ku maksudkan di sini ingin ku kategorikan kepada dua bahagian (maaf ya kawan-kawan); pertamanya halal makanannya yang disediakan oleh pengusaha atau chef Islam dan yang keduanya halal makananya tetapi dimasak oleh orang bukan Islam. Semoga kita dapat menilai sendiri keadaan ini dengan akal yang Allah kurniakan kepada kita. Wallahu a’lam.

Kerap kali aku melihat kepada satu restoren halal setiap kali aku melalui South Road dan setiap kali itulah hati aku ingin mencuba rasa masakan di situ. Restoren ini diberi nama Afghan Cuisine & Chicken Charcoal Kabab’. Salah seorang kawanku Yun telah pun mencuba menu yang disediakan dan menurut katanya sedap dan murah. Ada beberapa hidangan yang dicadangkan olehnya.

Di suatu tengahari, dapat juga aku singgah di restoren itu bersama hubby setelah penat bergarage sale. Aku tak boleh sewenang-wenang makan di luar, kena tunggu lampu hijau dari bos dulu. Disebabkan baru first time ke situ, buntu kami nak pilih yang mana. Ambik masa juga untuk meneliti setiap satunya. Tapi belum cuba, belum tahukan….
Ini ialah hidangan yang diberi nama ‘Kabuli Rice with BBQ Chicken’. Hubby pilih yang ni. Harganya ialah Aud 10. Kira murahla kan dengan ayamnya yang separuh. 

Yang ini pulak ialah order pilihan ku. Namanya ‘Kabuli Rice with Lamb Kabab’. Kebabnya ada dua skewers dengan harga aud 11. Aku memang suka makan nasi berempah yang nampak kering gini. Setengah orang suka yang berkari. Yalah cita rasa manusia kan berbeza-beza.

Ini masa pergi kali kedua, ada menu baru yang aku order. Ini namanya ‘Beriani Rice With Lamb’. Banyak ni pun harganya kira murah lagi iaitu Aud 6 sahaja. Walaupun lauknya nampak macam sikit tapi sedap kerana nasinya pun dah ada rasa. Aku suka juga yang ni.

Aku memang suka minum teh o’ panas selepas makan kebab. Lebih-lebih lagi teh arab ni. Aroma cardamonnya memang aku suka. Kerana kami makan berdua, dia buat terus seteko yang jika dituang, dapatlah 4 cawan. Harganya Aud 3. Ok lah tu kan……..


Masa makan ngan Alaa. Alaa ialah kawanku yang berasal dari Iraq.“Amaaaazing......” jawabnya bila ku tanya tentang rasa masakan dan hidangan di restoren ini.

Kiranya bolehlah di perkenalkan kepada kawan2 yang belum datang dan ingin mencuba masakan Afghan ni. Alhamdulillah…….. ada rezeki, aku nak datang lagi……

Posted by Picasa


Friday 21 October 2011

SAraPaN PaGi INI


Salam jumaat sekali lagi buat semua....... 

Semoga hari yang agung ini bakal membawa rahmah kepada kita. Minda ku melihat keceriaan di hati mereka yang bekerja (kecuali yang bekerja sendiri) kerana esok adalah hari minggu dan kita akan bercuti. Tapi tidak sekali keceriaan itu terpancar di mata mereka yang bergelar penuntut PhD, kerana setiap hari yang berlalu itu menandakan semakin pendek masa untuk mereka menyiapkan tugasan yang sentiasa ada. Itulah dia namanya kehidupan........


Kerap kali aku menjadi buntu tentang apakah menu yang akan dimasak setiap hari. Ya lah, dah lah aku ni bukan orang yang terror sangat masak, selalu buat yang ringkas dan simple2 je. Alhamdulillah kerana suami ku bukan orang yang cerewet tentang makanan. Pagi ini hubby mencadangkan untuk sarapan kami dengan menu nasi goreng simple, pakai apa yang ada. So aku pun masak nasi kosong pakai microwave je. Cepat dan mudah, tapi jangan amal selalu kata orang. Nanti tugas lain hubby yang buat.


Cadang hubby, dia nak masak nasi goreng cina, tapi tak ada carrot, sayur campur pun tak ada. Apa lagi....konsep caca marba lah dia buat. Kubis tu adalah, cuma dia masukkan ikan bilis jugak. Tak apalah...apa yang ada pada nama............?



Haaa..... tengah masak tu.....Hubby memang terror mengacau. Mengacau nasi goreng..............



Tintong...tintong...tintong..... dah masaklah nasi gorengnya................ Nampak ok..... rasanya macam mana pulak ya............




Regu nasi goreng kali ini dengan teh tarik. Teh tarik ni adalah minuman favourite ku. Teh serbuk ni, Koy yang bagikan pada kami. Dia beli kat Malaysia. Aku rendam je serbuk teh tu dengan air panas jap, bagi dia pekat dan warna tua sikit, mudah kan.... Kalau nak buat dengan uncang punya, kena rajin rebus dulu uncang teh tu, biar "kaw" sikit. Lepas tu tapislah pakai penapis teh tarik mamak tu......Selalu hubby yang buat teh tarik ni, tapi kali ni aku buat sendiri kerana dia dah goreng nasi tadi. Ooooh ada pembahagian tugas pulak...... itulah kami. Kalian pun gitu jugak kan..............



Lepas tu tuang pulak susu kotak yang telah dipanaskan sekejap. Aku tak pakai susu pekat pun, tapi rasa tetap ok, sihat sikit kan.... Buh lah garam sikit bagi rasa lemak-manisnya....Gula macam biasalah, ikut citarasa kemanisan masing-masing.
Hai........ minta kalian jangan marah ya, maaf aku ngajar orang cara buat teh pulak. Kalian memang dah tahu pun..........


Inilah dia sarapan kami, simple je lah..... ready to eat now......... lapar dah ni, jom makan.... lepas ni nak hantar hubby gi Uni pulak. Tugas sentiasa menanti..............Assalamualaikum..................



Tuesday 18 October 2011

Se Pagi Di Christies Beach


Tak semena-mena, dari semalam tiba2 saja teringin nak pergi lagi ke christies beach, satu tempat peranginan yang banyak aktiviti boleh dilakukan. Antaranya boleh fishing, picnic dan mandi, main bola tampar dan macam2 lagi. Jadi pada pagi ahad yang lepas aku pun buat lah persiapan yang simple saja. Saja nak pusing2 bukan nak beria2 picnic pun. Jika berdua je pergi, makanan tak perlu sangat pun, ada biskut kering dan air kosong pun jadilah buat alas perut. Kat rumah dah sarapan dah. Pergi pun ingat nak sekejap je. Lebih kepada nak menikmati pemandangan dan pusing2 je.

Aku memulakan perjalanan kira2 jam 8.30 pagi. Jarak untuk ke Christies Beach dari rumah ku yang terpapar pada skrin GPS kira-kira 36 km. Pemanduan santai2 je..... 

Pernah pada musim panas yang lalu kami telah ke sana beramai2. Seolah satu Adelaide rombongan kami termasuk pelajar Post Graduate, adik2 undergrad dan juga PR. Masa tu bukan main seronok dapat mandi beramai2. Airnya sejuk sekali dan jernih membiru warnanya. Teringat lagi betapa merahnya mukaku selepas mandi kesan dari 'sunburn'.



Dekat2 nak sampai pantai tu, nampak ada carboot sale, so apa lagi aku pun singgahlah, pusing2 pasar dulu. Luas juga kawasan carboot sale ni. Pasar ni diberi nama 'The original Market'. Macam2 juga barang ada cuma sayur ngan buah tak banyaklah. Alah..... lebih kurang yang anda semua tengok carboot kat Brighton dan Marion tu laaa... Satu lagi macam carboot sale dekat Gepps Cross tu...... Lebih kurang lah... alah anda dah tahu pun.... saja je ni nak isi cerita. Pusing2 pasar tu, adalah juga beli beberapa benda yang berkenan di hati.



Dah puas pusing carboot sale, aku teruskan perjalanan dengan motif sebenar nak menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini. Nun dari jauh dah nampak kecantikan air laut yang membiru dan ombak yang menghempas lembut ke tepian pantai, langit dengan awan yang bergerak perlahan dan angin yang laju menerpa dengan keriangan burung2 yang sekejap terbang dan sekejap singgah ke bumi.


Beberapa foto kenangan yang dapat di siarkan di sini...................














Sekali imbas, teringat pada pemandangan yang di nikmati di 'Great Ocean Rd' dalam perjalanan balik dari Melbourne.


















Bunga-bunga ros yang bermacam warna seperti merah, kuning dan pink....







Berehat seketika.....berlatar belakang kan pemandangan yang indah......







Selamat tengahari Australia........... Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada penduduk bumi mu.............


Dah tengahari tu, mula la rasa penat dah jalan2 dan posing2. Tadi k Yatt ada sms... bila aku call, dia jemput makan tenghari kat rumah dia. Alhamdulillah rezeki sentiasa datang. So balik ni singgah rumah K Yatt la.

Dah sampai tu, belum masuk rumah lagi Adini dan Syakirah dah berlari-lari keluar dan minta bawa diaorang gi play ground yang aku pernah bawa dia orang hari tu. Kesian pulak. Tapi K Yatt kata, hai...... Cik Nani masih penat tuuuu.... jom makan dulu......

Kat Yatt masak simple je, kuah sup sayur dan daging masak kicap berhalia, tapi sedap.... lebih2 lagi perut dah mula lapar bila terbau masakan. Lepas tu makan lagi buah loquat yang dibawa balik dari rumah Yun. Kekeyangan la pulak.......



Dah habis makan dan solat, Kami pun pakat gi play ground yang paling dekat dengan rumah K Yatt. Semua pergi. Tak muat kereta. Jadi budak2 naik kereta dengan Cik pian, manakala aku dengan K Yatt jalan kaki. Budak2 riang sekali bermain dengan puas. Masa ni angin kuat juga bertiup, pedih pulak rasanya mata ku.




Setelah budak2 penat bermain dan kami pun penat dah menunggu, semua pun balik semula. K Yatt menjamu pulak kami dengan kek coklat yang dia buat sendiri. Cantik dan menyelerakan. Syakirah dan Atikah berebut-rebut masing2 nak buat decoration cake tu.



Dah selesai pasal kek tu, aku pun nak balik lah sebab dah lama dah lepak dan main dengan anak2 Kyatt. Tapi tiba-tiba Adini macam nak nangis sebab nak ikut Cik Pian balik rumah. Katanya nak tengok cerita 'Gnomeo and Juliet'. Alaaah cerita kartun tuuu..... Jadi kami pun bawa balik Adini dan kakaknya Atikah. Syakirah daripada nak ikut tak jadi sebab dia baru jatuh dan tengah sakit pipi.



Kat belakang rumah Kyatt..... rajin dia tanam bunga kubis ni. Dah nak boleh tuai dah.



Berlatar belakangkan kebun kecil K Yatt di back yardnya.........................

Posted by Picasa