Ketika masih mampu menunaikan, ketika masih berdaya atau ketika masih mempunyai waktu, bila aku di minta untuk dibawa ke sini, tidak sampai hati pula membiarkan impian insan ini berlalu begitu saja. Impiannya bukanlah sebesar mana pun, hanya ingin ke tempat yang sudah lama tidak dikunjungi. Asal usul ceritanya, aku lah juga yang pernah membawanya datang ke sini. Lamaaaaa sangat dulu... di suatu masa yang sangat lama dulu.... yang pasti dah lebih 5 tahun dulu. waaah... memang lama sangat pun aku sendiri tak pergi.....
Adik aku yang request nak memperkenalkan pada Mr. Hubbynya makan kat sini. Ya lah kan tempat kenangan sendiri suatu masa dulu, tentu rasa nak bawa orang tersayang juga merasa makan kat sini. Katanya teringat masa makan mushroom soup dalam roti bulat yang ditebuk kat tempat ni. Dah dia sebut gitu, tahulah aku, restoran 'Big Plate' ini lah yang dia maksudkan. Big Plate Restaurant yang aku datang ni terletak di Subang Permai, jalan nak ke Kg Melayu Subang dan Kelab golf Monterey. Alamat penuhnya di 27 Jalan Alfa F U6/F, Subang Permai, 40150 Shah Alam. Lebih kurang gitu lah ringkasnya.
Apa yang paling aku perasan dari langkah pertama masuk ke restoran ini ialah dari segi saiznya yang semakin kecil. Jika beberapa tahun dulu, ianya bergabung dalam 2 atau 3 ruang kedai. Tapi malam ini aku rasa macam hanya satu ruang sahaja yang tinggal. Apa dah jadi ni...?
Masing-masing meneliti menu yang terpapar dalam buku menu. Bukan senang nak buat keputusan. Kami pilih 4 menu yang berbeza.
Minuman juga berbeza. Bukan saja plate yang bignya, gelas minuman pun big juga, dalam triple gelas saiz kecil tu.
Inilah entry, menu yang diidamkan oleh adik aku tu. Alhamdulillah masih sama. Sebelum datang tadi risau sangat aku, mana tahu menu atau trade mark mushroom soup dah berubah, bukan dihidang dalam mangkuk roti lagi ke...mungkin dalam mug biasa ke.... mana tahu kan. Bukan apa, cara hidang sup dalam roti itu lah yang buat adik aku teringat-ingat tu..... tak nak la dia kecewa nanti....
Makan yang ini pun dah buat perut penuh. Sebab tu kena share. Share dua orang dah ah....
Main menu yang dipesan....
Kambing Banting......
Haaa.... yang ini diberi nama 'Mix Grill'. Ikut namanya kerana kandungannya terdiri dari chicken, lamb, beef dan cocktail sausage. Yang ini paling mahal antara 3 menu yang atas tu. Ingat-ingat lupa, dalam RM26.90.
Bagi aku, peribadinya menu di restoran ini agak mahal. Satu lagi yang dapat aku lihat perbezaan kini dengan dulu. Dulu, jika order menu-menu ni, akan disertakan sekali dengan selambak salad campur penuh pinggan tu. Barulah real big plate dengan big dish juga. Tapi kini, lihat sendiri dalam gambar setiap plate tu. Sayurnya seketul dua je. Jika nak order salad campur, kena order asing. Satu perbezaan yang jelas dan nyata... :-)
No comments:
Post a Comment