Total Pageviews

Friday 31 August 2012

Selamat Hari Merdeka 2012



Gambar dari Mr Google

Semoga rahmat kesejahteraan, keamanan, keadilan dan kemajuan sentiasa melimpahi tanah air kita...

Wednesday 29 August 2012

Besarnya Batu Karang

Setelah lebih 3 minggu menanggung sakit, malam tadi hubby mengalami kencing berdarah. Mengejutkan aku dan kami juga. Tak lena tidur aku mengingatkan kesakitan hubby. 

Tapi pagi ini, lebih mengejutkan... batu karang yang sekian lama tersekat pada saluran kencingnya telah keluar. Agaknya sebab itulah amat terasa sakitnya dengan perjalanan batu karang yang bergesel dan melukai saluran kencing hingga menyebabkan pendarahan yang keluar bersama air kencing.  

Paling besar setakat ini. Bersaiz 6 ke 7 kali ganda dari saiz yang pernah keluar sebelum ini. Agaknya kerana itulah lama hubby menanggung kesakitan dan ketidak selesaan yang panjang.

Semoga Allah menyembuhkan segala kesakitan yang ada.... InsyaAllah....


Tuesday 28 August 2012

Welcome To Sydney

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Bermula dengan menaiki flight yang menjadualkan perjalanan pada jam 1.00 tengahari. 

Kami menginap di 'Malaysian Hall' Sydney. Serta merta rasa seperti sedang berada di Malaysia sahaja, dengan suasana dan keadaan di sini. Mereka mengekalkan cara dan peradaban melayu. Tiada kedengaran aussie punya slang lagi. 

Malam : Penat dan kami berehat dulu. Nak keluar ke City, tapi tak jadi. Esok sajalah....

Monday 27 August 2012

It's My BirthDay ToDay


Alhamdulillah...Hari ini dapat sekali lagi aku menyambut hari lahirku. Allah maha besar...! dan kepada- Nya segala puja dan puji. 

Birthday card dari hubby. Tiada ucapan pun dari Malaysia...uhu...uhu...uhuuuu.....
 

Pagi-pagi on the way drive hubby ke Uni, hubby minta singgah di fuel station... rupanya untuk belikan cenderamata rutin untuk aku.... Many thanks....



Kali ni aku memang tak sempat langsung nak buat apa-apa, masak apa-apa ke yang special untuk birthday aku sendiri. Last minute punya preparation untuk ke Sydney esok hari. Tapi malamnya hubby belanjalah aku makan kebab kegemaran aku tu.... Jadilah.....
Terima kasih segala ingatan "I LOVE YOU FOREVER......"

Posted by Picasa

Sunday 26 August 2012

Lamb Stew


Pada minggu kedua dalam bulan Ramadhan baru-baru ini, aku diundang untuk berbuka di rumah salah seorang rakan senegeri ku. Masa tu dia masak menu timur tengah. Maklumlah suaminya orang sana. Serba serbinya makanan middle east mestilah dia kena tahukan....

Salah satu masakan yang aku berkenan ketika itu ialah lamb stew. Teringin pulak nak mencuba buat sendiri. Segan aku nak bertanya dia. Aku cari je sendiri resepi melalui Mr Google. Bertimbun resepi yang ada. So study lah sikit, adjust sikit, bukan semua patut kita ikut, sesuaikanlah sendirikan. Kecapannya aku dah dapat agak, jadi pandai-pandailah mencampur bahan.

Alhamdulillah hasilnya aku suka, insyaAllah lain kali, bila aku buat lagi, aku nak adjust bahan dia supaya dapat menyerupai menu 'dapanji', menu yang pernah aku makan di restoran Uighur bersama home made noodle nya. Tapi bila ya.....? InsyaAllah.....
Posted by Picasa

Saturday 25 August 2012

Kuzi Ayam pula


Testing, testing, testing.... banyak kali percubaan bila pertama kali membuat sesuatu. Bukan apa... nak pastikan supaya kita berpuas hati dan mendapat apa rasa dan target yang kita inginkan. Aku dah buat kuzi daging... dah rasa kuzi kambing... haaa... kali ini aku cuba pula pada rasa ayam. Sama je caranya yang aku buat... hasilnya alhamdulillah... ayam pun sodaaaap....

Aku suka jika ayam 'buku besar', maksudnya ayam tu jangan di potong kecil. Jadinya aku pakai ayam maryland dan tidak dipotong. Teringat pada kenduri dulu-dulu. Masa tu jika kenduri kat kampung, makanan di hidang untuk tetamu, bukan makan buffet. Satu hidangan akan dinikmati oleh empat hingga enam orang tetamu. Kebiasaannya pada menu ayam, seekor ayam akan dibelah empat. Setiap hidangan akan diletakkan satu perempat ekor ayam. Makan ramai-ramai, awak cubit sikit, saya cubit sikit. 

Itulah kisahnya yang mengingatkan aku pada cara lama-lama dan orang dulu-dulu....
Posted by Picasa

Thursday 23 August 2012

Selepas Raya


Dah seharian beraya...kenalah berkemas balik pulak. Segala kerja di buat sendiri. Petang tadi on the way balik dari Thorndon Park di mana majlis raya di adakan di situ untuk Persatuan Pelajar Postgraduate Malaysia, aku drop hubby di Uninya. Dia kena siapkan kerjanya yang masih banyak dan sentiasa banyak. Nak buat macammana... hari raya pun kena ke Uni. Aku kena faham keadaanlah. Kena banyak berkorban juga.

Jadi selepas drop hubby aku terus balik rumah, mengemas segala dengan kepenatan dan mata yang bagai tak boleh ditongkat-tongkat lagi. Dengan keadaan batuk aku pun yang semakin menjadi-jadi. Tapi aku belum boleh tidur lagi, nanti nak kena tunggu panggilan hubby untuk ambil dia balik dari Uni. Aku kan driver.

Lega rasanya bila semua dah selesai...... 
Posted by Picasa

Tuesday 21 August 2012

Di Aidil Fitri


Selamat Hari Raya dari kami buat semua..... (selepas solat aidil fitri)

Di subuh hening pagi raya.....
 

Sebelum berangkat ke masjid untuk solat sunat Aidil Fitri. Makanan telah siap tersedia di meja :-)

Nasi minyak zaitun, aku punya style

Kuzi goat bersama hati lamb dimakan samada dengan nasi atau roti dan salad.

Set nasi himpit, kuah kacang dan sate goreng serta timun dan bawang juga tersedia.

Special edition....Tapai biasa dan tapai pandan bergabung.

Rojak buah penghilang muak di hari raya.

Ambun kukus

Set kunyahan dihari raya.

Sesampai di masjid sebelum solat sunat Aidil Fitri.

Bersama kawan dari Lous.

Turut menjemput dia datang rumah.
 

Tidak ketinggalan Alaa dari Iraq ini yang sentiasa happy dan tidak melepaskan peluang dengan jemputanku. Dia adalah penggemar masakan Malaysia terutama kari dan juga kuzi ini.

Adik-adik undergrad dan juga rakan satu pejabat hubby di Uni. Masih ada yang tidak dapat menghadirkan diri.

Jiran terdekat dengan rumah aku Faisal dan Aqilah dari UKM Bangi yang menjadi tetamu akhir aku petang ini.  Kedua-duanya belajar di sini.

Dan ada lagi tetamu yang tak sempat untuk kami snap gambar. Mungkin bila dalam kekalutan melayan tetamu, ada yang aku lupa. Tapi alhamdulillah raya kami meriah juga di sini. Penat masak juga terbayar dengan kehadiran tetamu yang datang menceriakan rumah kami. Ok petang ni ada dua tempat lagi yang aku kena hadir. Terima Kasih kepada semua yang sudi hadir.
Posted by Picasa

Monday 20 August 2012

Persiapan Sebelum Raya

Semua orang pun ada urusan masing-masing. Masing-masing sibuk dengan urusan dan perancangan sendiri. Aku juga tidak ketinggalan. Banyak benda yang perlu dibereskan. Dahulukan mana yang penting. Kekadang aku punya problem suka bertangguh walaupun aku sendiri tidak suka dengan sikap itu. Semua kerja siap dalam masa last minute orang kata. Ok.... apa yang aku sediakan sebelum raya tahun ini.....
Berkenaan nak menjahit dan membaiki baju raya. Padahal aku dah terima kiriman baju raya lama dulu. Tapi punyalah sikap bertangguh aku tu... hingga dua tiga hari nak raya barulah aku buat. Itupun kerana ada salah seorang kawan hantar baju dia untuk aku repair sekali. Masa tu aku masih dalam keadaan demam tapi kenalah gagahkan juga diri untuk buat.

Ini ok... Ini persediaan membuat tapai. Yang ini standardlah. Dekat Adelaide, raya tahun ini masih jatuh dalam musim sejuk, jadi tapai perlukan suhu untuk masak atau akan ambil masa yang lama sikit. Jadi aku kena buat tiga empat hari lebih awal berbanding hanya dua malam sahaja jika dibuat di Malaysia. Kali ini aku buat sedikit pembaharuan atas permintaan Mr Hubby. Dia minta buatkan tapai pandan. Yang bewarna hijau itulah tapai pandan.
Kuih tradisi aku kala raya. Ambon yang dikukus.
 
Sate goreng dan kuah kacang juga menu tradisi aku setiap kali raya.
Persedian untuk masak goat kuzi bersama sedikit hirisan hati lamb. Pertama kali menjadikannya menu raya aku tahun ini.
 
Pada tengah malam raya, siap sedia aku mengatur segala tempat dan bekas yang akan diisi dengan menu-menu raya pada esok pagi.

Punyalah teruja nak raya, segala penat dan lelah diharungi. Hati terasa lega dah dapat menghubungi Family kat Malaysia walaupun hanya sebentar kerana talian begitu sibuk di malam raya. Di rumah mak & ayah, adik-beradik aku sibuk juga memasak kari kambing untuk santapan pagi raya. Manakala di rumah ma pun agak sibuk dengan urusan kemas mengemas. 

Ok ESOK HARI RAYA....
Posted by Picasa

Sunday 19 August 2012

Salam Aidil Fitri 1433H (2012) Di Rantauan

Salam Aidil Fitri buat ayah bonda, ma, semua keluarga, sahabat, rakan taulan dan semua muslimin dan muslimat yang dirahmati. Ampun dan maaf dipinta atas salah silap yang tercipta. Andai ada...harap tidak didiamkan. Sebagai manusia, tidak sempurna segala perbuatan...

Maaf Zahir dan batin....
Dari kami Nani & Pyan di bumi kangaroo...

Friday 17 August 2012

Buah Melaka

 
Salah satu kuih yang menjadi kegemaran aku dalam bulan puasa.

Buah Melaka atau aku mengenali namanya sejak kecil sebagai kuih 'kekah cha' atau 'ondei-ondei' (ondeh-ondeh) juga. Kenapa dipanggil 'kekah cha' di Kelantan adalah kerana perkataan 'kekah' tu bermaksud 'gigit' dan perkataan 'cha' tu bermaksud sifat kepada 'terpancar' atau 'terpancut'. Bermaksud bila kuih tu digigit, akan terpancut air gula melaka yang di letak di dalamnya.

Sebab itu jika memakan kuih ini, lebih baik masukkan sebiji terus dalam mulut dan terus kunyah untuk mengelak daripada air gula di dalamnya terpancut dan terkena muka atau pakaian kita atau orang lain.

Itulah kisahnya.....
Posted by Picasa