Serunding ikan atau di negeri Kelantan di panggil je 'sambal ikan', sama glamour nya dengan serunding daging juga. Di makan bila-bila masa pun lebih-lebih lagi lah dalam bulan puasa ni. Seolah macam makanan yang patut ada dan di buat spare pulak, mana tahu bila bangun sahur tak lalu nak telan nasi, cuba gaul dengan sambal ikan ni, jeliralah sikit.
Samalah juga dengan aku lebih-lebih lagi hubby, serunding ikan ni kena ada dalam bulan puasa ni dan bersambung masa hari raya juga. Bulan-bulan lain pun ada juga aku buat, tapi bulan puasa ni wajib bagi aku untuk membuatnya. Pilihlah satu hari yang tak banyak kerja sikit kerana untuk menyiapkannya akan memakan masa yang berjam-jam.
Dulu masa di Malaysia, sebelum aku datang Adelaide ni, pernah aku berguru dengan ma (mak mertua aku), tentang cara nak memasak dan membuat serunding ni, samada ikan atau daging. Tetapi belum pernah aku mempraktiskannya. Buku resepi yang aku salin pun, aku tak bawa ke sini. Jadi bila nak buat dekat sini, aku studylah balik dari internet, cedok sana sikit dan sini sikit, buat rumusan semua tu dan terhasillah serunding ikan buatanku di sini. Biasalah kan.... nak ikut resepi semua tu tak berdaya, adjust lah sikit-sikit bersesuaian mana yang ada.
Teramat senangnya bila aku buat menggunakan ikan tuna dalam tin ni. Tak payah nak rebus ikan dulu dan nak asingkan tulang lagi. Buka aje tinnya terus boleh pakai isi ikannya. Ada juga pernah aku buat serunding daging, cuma prosesnya lagi lama kerana nak kena rebus dan siat-siatkan daging tu dulu. Pastu harga daging pula mahal sikit.
Terus masukkan ikan ke kuali yang dah disiapkan rempah blendnya yang terdiri dari cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, ketumbar, jintan manis dan putih juga santan. Nak masukkan gula melaka terus pun boleh. Terus juga masukkan garam dan gula. Aku masukkan juga ketumbar kasar yang disangai terlebih dahulu. Biasanya ia hanya di masukkan ke serunding daging, tapi tak apalah, kerana aku suka bila tergigit biji ketumbar bila makan sambal ikan ni.
Ini pula bila dah lebih dua jam mengacaunya. Tangan dah mula lenguh dah, tapi sambal ikan ni masih belum kering pun. Bila sampai tahap nak kering gini, jangan meralit buat benda lain, nanti sambal ikan tu hangus, cuma yang bagusnya bila aku pakai kuali non-stick je. Itu yang bestnya kuali non-stick ni. Request masa nak beli dulu pun, alasannya supaya senang nak buat sambal ikan ni, supaya tak hangus.
Tambah lagi pula 3 jam. Baru lah nampak 'sering' nya (kering). Jadilah sambal atau serunding ikan ni.
Jika nak tahu, sebab membuatnya secara tradisional, kacau, kacau dan kacau tak berhenti, selama dua tiga hari tu pasti berada dalam keadaan lenguh bahu, belikat, sakit urat dan lenguh kaki kerana lama berdiri. Pengorbanan kaki tangan kerana nak makan sambal ikan. Memang patut jika kita nak membelinya pun, harganya sangat mahal. Memang kesian kepada orang yang membuatnya. Sambal ikan boleh bertahan lama sampai berbulan-bulan bila di simpan di dalam peti ais.
No comments:
Post a Comment