Total Pageviews

Monday, 16 June 2014

Bila Siakap & Bawal Masak Stim

Pertanyaan untuk sendiri, bila la aku nak kembali masak ni? Lama sangat dah rasanya bercuti dari kerja-kerja di dapur. Aku sendiri pun hampir tak ada buat apa-apa. Selalunya bila tak buat apa-apa itu lah yang lagi penat dari ke sana ke mari. 

Seluruh anggota fizikal dan mental sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga, standby terhadap apa-apa kemungkinan. Eh pelik bunyinya. Tapi biarlah aku dengan kepelikan ini... tak ada orang nak kisah pun. Cuma rindu sangat dah bila dapur dah dekat sebulan tak berasap, berhabuk tu ada lah.... 

Bila aku terkenang kisah mengukus ikan..... 

Dua ikan kegemaranku yang digunakan samada siakap atau bawal. 
 Mentah
 Masak
 Sebaiknya ikan direndam beberapa minit dengan air yang diperah dengan limau nipis atau lemon selepas disiang.
Bahan-bahan yang aku gunakan ; fleksibel, apa-apa yang dah ada di dapur dan di sukai; boleh masukkan :
  1. Sedikit air (semestinyalah sebagai sup)
  2. Garam & gula
  3. Lada sulah
  4. Bawang besar merah & putih
  5. Serai
  6. Halia muda
  7. Cili padi or merah
  8. Sos tiram
  9. Minyak bijan
  10. Asam boi
  11. Perahan limau nipis or lemon
  12. Daun limau purut
  13. Daun ketumbar 
  14. +++ atau apa lg yang kita minat.
Caranya simple :
  1. Letakkan ikan yang telah dibersihkan ke dalam loyang pengukus.
  2. Masukkan segala bahan
  3. Panaskan pengukus
  4. Kukus ikan selama 10 hingga 15 minit lebih kurang.
  5. (Penambahan)... Dekat-dekat nak angkat tu, masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung yang pastinya untuk memekatkan kuah ikan tu sikit.
Boleh dihidangkan dengan menabur hirisan daun sup, daun bawang juga dengan sedikit lagi serbuk lada putih. 

*** Best dimakan panas-panas *** :-)

No comments:

Post a Comment