Total Pageviews

Thursday 28 February 2013

CarPet SteaMing

Sebelum di gulung untuk di shipping, harap-harap bersihlah dengan cara steam (wap) ni.... kurang-kurang matilah kuman-kuman dan bakteria yang ada tu....


Makan masa berejam juga... steamer nya pun tak besar, kena alih-alihkan sikit-sikit serata dan kena biarkan beberapa saat pada setiap tempat tu....

Selepas kering lembapan steam... Gulung dan ikat...

Dah lama ada double layer carpet, bila buka yang atas, nampak dogol (kosong) je.....
Posted by Picasa

Sunday 24 February 2013

TeLur BungKus


Bila aku masak sup, apa-apa sup pun terutama sup tulang atau sup ekor.... andai kata terlebih selera dan rajin, aku cuba fikir apa lagi lauk yang sesuai untuk diregukan dengan menu sup tadi. Kali ini terlintas nak buat telur bungkus. Telur bungkus versi aku lah.... 

Bahan-bahan yang aku pakai :- (sukatan agak2 sendiri ya)
Telur (wajib)

Bahan inti :-
Bawang besar
Bawang putih
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Sayur campur yang frozen
Lada hitam
Lada putih
Cili merah jika nak lagi pedas
Garam dan gula secukup rasa sendiri
Minyak untuk menumis

Cara-cara yang aku buat :-
Pecahkan telur dalam satu mangkuk dan kacau.

Untuk Inti :-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih hingga wangi. 
2. Masukkan sayur campur dan dikacau sebentar. 
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, lada hitam, lada putih, cili merah. Kacau rata.
4. Perasakan garam dan gula sesedap rasa sendiri.

Cara bungkus telur:-
1. Panaskan minyak dalam kuali leper kalau boleh. 
2. Tuangkan telur tadi dan biarkan dia melebar serata kuali.
3. Letaklah inti telur bungkus ke atas telur, ratakan sedikit tetapi jangan sampai penuh permukaan telur.
4. Lipat lah telur tadi menjadi bentuk kesukaan samada bentuk 3 segi atau 4 segi.
5. Boleh angkat telur dengan cara ditelungkupkan ke pinggan hidang. 

Alamak....! Nampak pulak kehangusan hitam pada telur tu... Tak cantik la pulak.... Ini yang aku nak mintak maaf, sebab aku pakai kuali yang sama dengan kuali untuk masak intinya tadi tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Nak jimat tenaga la tu.... Jadi yang hangusnya bukanlah telur, tapi saki baki inti yang masih melekat di kuali.... cheeeiii... membela diri ni.....
 
Ok... bila di potong dengan sudu, jadi macam ni lah rupanya....

Ala-ala masakan Siam yang sesuai dimakan dengan hidangan nasi putih bersama sup atau tom yam panas, sayur kailan, kemudian di join juga sambal belacan. Amat mewah jika ada lagi siakap atau pun paling tidak kembung tiga rasa.... waaaau......! 
Bagi yang belum try, silalah mencuba, ringkas saja membuatnya.


Posted by Picasa

Tuesday 19 February 2013

PiTa BreAd


Menu yang sesuai di makan pada bila-bila masa sahaja asalkan suka dan berselera.... samada untuk sarapan pagi, minum pagi ke, makan malam ke.... I promise you... roti ni sedap yang penting kena pada ramuan intinya.

Bahan-bahan ringkas yang aku pakai :-
1. Beberapa keping roti pita pemberian kawan
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Daging samada yang seketul (potong kiub halus) atau yang mince meat / lamb
5. Bahan salad seperti lettuce, timun, tomato (potong macam kiub kecil) dan olive.
6. Grated cheese (pastikan yang halal)
7. Fetta cheese
8. Cendawan (slice kan halus)
9. Sos cili
10. Sos tomato
11. Mayonis atau yogurt
12. Lada hitam 
13. Sedikit daun parsley
14. Sedikit minyak untuk menumis
15. Garam dan gula secukup rasa

Cara- cara :-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
2. Masukkan daging dan gaul sebati. 
3. Masukkan sos cili, sos tomato, lada hitam, garam gula. 
4. Masukkan daun parsley
5. Masuk sedikit air supaya tidak terlalu pekat. Sesuaikan rasa. Bila dah masak, angkatlah.
6. Masa nak makan tu, ambil lah roti pita yang berbentuk bulat tu dipotong dua ke, empat ke.... aku potong dua je...
7. Sapu sedikit mayonis atau yogurt pada roti pita bahagian dalam.
8. Selepas tu isilah inti-inti yang lain seperti daging, bahan salad, cendawan, olive slice dan cheese tadi. 
9. Dah siap isi tu, silalah makan....dah boleh makan dah....

Apa yang penting nak aku kongsikan di sini ialah pasal inti roti pita ni atau apa-apa inti kebab yang kita nak buat. Untuk membuat inti tak semestinya kena ikut 100% resepi yang dibaca. Kita yang buat dia dan selera kita yang kita nak ikut. So boleh buat ikut bahan dan selera kita sendiri.... mudah kan.....

Sekian dan selamat mencuba.....
Posted by Picasa

Monday 18 February 2013

Santai Di Opening Ceremony Adelaide Fringe 2013

Jumaat malam sabtu 15/2/2013

Ini adalah rombongan kecil aku masa sama-sama ke program perasmian dan pembukaan 'Adelaide Fringe' di King William St Adelaide CBD pada jumaat malam sabtu lepas. Asalnya aku memang plan untuk bertolak dari rumah seawal jam 6 petang supaya nanti aku senang mencari parking yang mungkin masih banyak kosong memandangkan pra pembukaan dia bermula seawal jam 7 petang. Yang rasminya aku kira jam 8.30. Nanti aku akan solat maghrib di Uni hubby serta terus jumpa dia kat situ.

Tiba-tiba masa aku tengah bersiap tu, hubby call bagitau ada kawan kami nak datang juga dan dia akan singgah untuk ambil aku kat rumah serta sama-sama pergi dengan kereta dia. Aaah... lagi senangla cam gitu.... aku tak payah la nak kena drive.... 

Adelaide fringe berlangsung setiap tahun yang setakat aku hadir ini bermula setiap pertengahan februari. Tapi ini baru kali ke-2 aku menyaksikan program ini. Maksud aku program pembukaannya sahaja. Itu saja yang free. Aku tak pernah pulak menghadiri program berbayar mahal-mahal yang lain seperti konsert ke, teater ke atau apa-apa yang terkandung dalam program Adelaide Fringe nilah... Dah la mahal tapi yang sebenarnya aku tak naklah jadi makin 'laghooo'..... :-) Astaghfirullah al-aziiim....

Lepas je solat maghrib di surau UniSA, group kecil aku pun terus menuju ke tempat bermulanya perarakan. Senang jadi orang pertama tengok. Sebab perarakan tu panjang...sepanjang jalan tu yang orang duk tengok kiri kanan jalan tu. Jika yang tahun lepas, aku duk di pertengahan laluan, loooni aku tengok di permulaan, jadi cepat lah habis sikit nengok dari orang yang duk paling hujung kan....
Tengok tuuu.... sampai-sampai orang dah penuh, malah perarakan pun dah bermula. Logiklah...aku kan kena solat dulu.... Macam biasalah aku ni rendah....mat-mat dan minah-minah salleh ni tinggi-tinggi. Mana aku nak nampak. Mencelah-celah pandang pun jadilah.... Tak puas hati ni.... Aku cari peluang untuk menyelit-nyelit di celah-celah dia orang tu.... akhiiiirnya...... yeeeeaaaaaa......!!! aku dapat duk depan sekali. Tapi aku hormat orang belakang tau... terus aku duduk bersila bagi orang belakang yang berlapis-lapis tu nampak juga.

Dah dapat duk depan tu, senanglah aku nampak keceriaan persembahan dan perarakan yang dipersembahkan. Mudahlah aku nak snap gambar. Tapi biasalah dengan terbiasnya cahaya dari persembahan, dengan kekurangan yang ada pada kamera kecil hadiah ulangtahun aku (cheeaaa... macam nak menunjuk lagi tu...), gambar yang aku snap biasa-biasa ajelah... ada terang dan ada suramnya.... Saja aku nak sharekan di sini.... Jom layan gambar-gambar ni.....

Ini tema apa pun aku tak tahu, mungkin makanan kegemaran orang Aussie kot... :-) Dia orang menyanjung betul binatang ni....
 
 


 
 

 
Nak juga dia join perarakan....
Ini yang paling aku tak sangka. Masa kuda ni berjalan, aku rasa macam-macam reaksi penonton ada. Ada yang berkata sambil terlopong terkejut "oh my god....", ada yang tutupkan mata anak dia, ada yang terdiam tiba-tiba padahal tadi riuh bersorak dan yang paling banyaknya orang bersoraklah. Memang jelas tiada pakaian tapi aku tak tahulah jika dia buat tampalan getah menjadi struktur dan warna kulit juga. Ha ha ha... ini juga pengalaman...pengalaman yang laghooo.....

 
 
Ini hanya sebahagian perarakan yang aku rajin nak snap je. Banyak juga yang aku malas nak snap. Tak kan semua nak kena snapkan... Tengok ngan mata lagi menarik sebenarnya....Cuma aku terfikir dan teringat...aku rasa tahun lepas pun aku tiba lambat untuk melihat perarakan. Tapi aku rasa yang tahun lepas lagi banyak perarakan dan persembahannya. Atau tak tahulah...mungkin kah kerana aku dapat duduk depan membuat aku rasa persembahan tu sekejap je...wallahu a'lam...

Selepas habis perarakan, biasalah ada pula persembahan bunga api. Menandakan majlis perasmian dah tamat. Lama juga persembahan bunga apinya. 
 
Nampak lah sikit dalam gambar ni bunga api kat belakang tu....
 
 Lepas tu kami pun jalan-jalan lagi melalui Rundle Mall dan North Terrace sambil.... sambil apa lagi......snap picture laaa....
 
Sepanjang kami duk berjalan sambil 'menyenap' gambar tu, aku kira dah biasa kat sini orang-orang  putih ni suka bergurau dan menyakat kita yang duk tengah nak bergambar ni... Ada je dia nak halang kamera la.... tunjuk best dengan tangan dia dekat sangat dengan kamera la... meng agah kita supaya smile la... macam-macam lagak lagilah. Sebelum-belum ni pun dah banyak kali pengalaman aku kena macam ni... Nasib baiklah aku ni baik, kalaulah aku buat kat dia orang, apa bakal jadi pada aku agaknya ya....
Tengok...! saja... aku buat timer 10 saat untuk ambik gambar kami. Pastu ada tangan mat salleh tunjuk best kat tepi kiri gambar tu. Pastu nampak tak gambar orang sebelah hubby yang nampak tak jelas tu... sebenarnya dia nak menyelit untuk bergambar sekali tu... tapi dia bergerak masa kamera tengah snap... 
Gelap gambar ni. Ini ada penyanyi yang buat persembahan nyanyian kat Rundle Mall. Coin donation. Suaranya Ok juga lah.
 Semasa menunggu lampu hijau untuk pejalan kaki menyeberang jalan.

Suasana semasa berjalan di North Terrace.....
 
 
 
 
Haaa... ni lagi satu contoh...Sebenarnya aku ada tengah ready kat belakang mat salleh ni... terlindung pulak. Hubby dah tekan dah timer kamera 10 saat untuk bergambar berdua. Datang orang ni duk depan camera. So hubby pun terus berdepan dengan dia sambil buat lawak juga. Last-last ini lah gambar yang kamera tangkap. Lepas tu sama-sama gelak je lah....
 Ok tengok kat bawah ni... Ini baru gelagat sebenar jurugambar profesional....  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Rumput ni bersih insyaAllah.....Boleh lepak-lepak...
 
 
 
 
Lagi satu yang ni.... Dua pasang couple ni datang melompat gitu je untuk join kami yang tengah nak bergambar. Tengoklah gaya dia orang... Kelakar tengok perempuan yang paling kanan tu... penuh bergaya dengan tak pandang kamera. Macam-macam dia orang ni......

Terus kami jalan....
  
 
 Inilah Uni hubby pada bahagian hadapannya.
Lepas ni kami terus menuju ke tempat parking kereta yang agak jauh....

Lepas tu 'kakak' aku ni cadangkan nak makan 'fillet o'fish' kat Mc Donald. Lapar lah katanya sebab berjalan jauh...
 
Aku sebenarnya ada sediakan sikit menu simple kat rumah, tapi sebab dah kenyang makan kat Mc Donald tadi, makan sikit-sikit je lah yang ni... semua dah penat.. masa ni layan cerita TV je sampai lebih jam 1 pagi... 
Tapi ini perkara biasa kat sini bila dah jumpa kawan, lebih-lebih lagi malam minggu pulak...