Total Pageviews

Wednesday 31 October 2012

Tawakkal

Ayat Seribu Dinar
Amalan harian.....

(From Google)
Maksudnya: ".....dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan ‎meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari ‎segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak ‎terlintas di hatinya dan (Ingatlah), dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, ‎maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ‎Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan ‎kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu".

 (QS. At Talaq: 2-3)

Tuesday 30 October 2012

Hujung Minggu

Minda rasa tertutup bila lama terkurung saja di rumah. Dah lama rasanya tak mengambil angin petang . 

 Mentari panas terik tapi bila angin bertiup, masih tak tahan dengan kesejukannya.
 Sambil melihat orang crabbing dan mengail, fenomena yang selalu menghiasi pemandangan petang hari di kebanyakan jetty termasuklah jetty di pantai Grange ini. 

Berada di sini walau pun seketika, tapi dapat melapangkan sedikit kepala yang banyak berfikir ini. Sekurang-kurangnya..... :-)

Monday 29 October 2012

Welcome Back

Bersarapan pagi bersama Kak Yatt, Kak Nana dan Kak Rin. 

Berkebetulan Kak Yatt dan Kak Nana balik Malaysia hari tu, sambut raya kat sana dan kembali ke Adelaide dengan penerbangan yang sama. Terlambat pulak aku dan hubby jemput dia orang dengan 2 kereta. Sorry.... tapi tu la sebab tunggu call dari dia orang yang janji nak call selepas landing. Tiba-tiba call kata dah tunggu kat luar dah. Tak sempat agaknya. Padahal aku dah sentiasa ready dah....

Apa pun alhamdulillah dah selamat sampai......

Sunday 28 October 2012

Selamat Datang

Masa lunch bersama family Hai yang baru je sampai Adelaide pagi tadi (semalam ketika gambar ini dipost kan)..... Masih kepenatan tapi bersemangat bila dapat jumpa insan yang dirindui.....

Selamat jalan-jalan.....


Saturday 27 October 2012

Suasana Pagi Raya

Persiapan di awal pagi. Sampai masjid pun macam waktu selalu. Cuma jalan yang sedikit jam kerana hari raya jatuh pada hari bekerja.
Keadaan cuaca pagi ini disangka mendung. Betul.... mendung yang diikuti dengan sedikit windy. Aku ingat tak perlu lagi pakai jaket di hari raya. Mujur juga bawa baju sejuk spare. Memang aku tak tahan sejuk. Dengan baju begini pun masih tak hilang sejuk. sesampai di masjid, kami melawat pusara arwah anak kepada salah seorang sahabat kami yang disemadikan di sini. Selepas itu terus ke arah dewan solat. Masa ni masih tak ramai orang yang datang. Aku bersyukur, masjid besar ini tidak jauh dari rumahku. Mungkin dalam 4 km sahaja. 
Kesian betul aku tengok orang ramai berlari-lari untuk mengejar solat raya selepas mendengar imam mengangkat takbir. Awal sikit dari sebelum ini. Mungkin kerana raya korban atau mungkin juga permintaan dari mereka yang tidak cuti dari bekerja. Jadi tepat jam 8 pagi, imam dah angkat takbir. 
Suasana selepas solat raya. Tak ramai bangsa melayu bersolat ke sini. Ramai yang suka bersolat dekat padang (dibuat setiap kali raya). Bebas sikit agaknya untuk anak-anak bermain. Mungkin lagi meriah, tapi aku tak pernah mencuba kerana dah rasa selesa di masjid ini. 
Hanya masak set nasi perantau (dagang) bersama....
Tapai, rojak buah dan juga agar-agar konyaku ini.....

Selebihnya yang banyak-banyak ni, Hai dengan Kak Has yang bawa.....

Penuh jugalah meja jadinya...... Selamat Hari Raya dan selamat menjamu selera.....

Mana yang jumpa dan yang janji tu, jomlah menjamu selera sama-sama....

Tetamu semua dah balik.... Saja posing kat depan rumah ni. Bila lah nak beraya kat Adelaide ni lagi.... 

Kenangan tetap kenangan.......



Friday 26 October 2012

Salam Aidil Adha 1433H / 2012


"Salam Aidil Adha buat ayah bonda dan semua keluarga dari kami yang masih beraya di Adelaide kali ke-4 tahun ini. Logiknya ini adalah hari raya terakhir kami di sini. Ampun dan maaf di pinta sentiasa. Semoga hari raya kali ini tetap disambut dengan suasana kemeriahan seperti selalunya"

*Salam... salam... salam Aidil Adha.....*

Thursday 25 October 2012

Puasa Hari Arafah

Ringkasnya menu berbuka
Happy berpuasa dengan hati mengharapkan keberkatan dari Ilahi.

Petang tadi dengarnya ayah dah dapat keluar dari wad selepas berada di situ selama 5 hari. Selepas ini akan disusuli dengan appointment di klinik bagi mencuci luka di kakinya mungkin dalam 3 hari sekali. Lega barangkali hatinya kerana esok, aidil adha dan dapat menyaksikan lembu peiharaannya bakal menjadi lembu yang terpilih untuk di korbankan.

Semoga amalan diterima dengan penuh kerahmatan......

Tuesday 23 October 2012

Kecederaan Ayah

Aku tak dapat bayangkan kelukaan dan kecederaan ayah. Namun rasanya aku dapat mengerti akan kesakitan yang ditanggungnya. Moga ayah sabar dengan ujian ini. 
Akhirnya dapat juga aku melihat keadaan ayah yang masih berada di HUSM Kubang Kerian dalam wad 2 Zamrud. Terima kasih kepada abe Kie yang memasukkan gambar ini di laman 'muka buku'nya. Dapat juga aku 'mencuri' lihat dan menyalin gambar ini ke blogku. Halalkan ya....

Gambar kaki  dan tangan (kedua-duanya sebelah kanan) ayah yang tercedera .....
MasyaAllah.... tersentuh sangat hatiku melihat ini.....

Pendarahan yang lambat henti. So berbalut dan bersimenlah dulu.
Aku tak tahu bilakah situasi ini.... mungkin sejenak semasa persediaan sebelum masuk kebilik pembedahan.
Apa yang aku tahu, ketika ini adalah keadaan ayah selepas keluar dari bilik pembedahan. Selepas berapa jam aku tak pasti.... Tapi nampaknya ayah tidak nampak mengantuk lagi. Kerana yang aku tahu bahawa ayah di bius keseluruhan.

Alhamdulillah, lega sedikit kerisauan hati ku. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam merawat dan menjaga ayahku. Terkilan sangat aku kerana tidak dapat berada dekat dengan ayah ketika ini. Namun sebagai anak, doaku tidak pernah putus untuk kesejahteraan kedua ibu bapaku......

Semoga Ayah cepat sembuh......

Monday 22 October 2012

Kehibaan

 From Mr Google

Tiada kata dalam hiba
Tiada suara dalam debar
Ada sedu dalam doa
Ada doa mengiringi khabar......

Aku hanya mampu panjatkan doa ; "Ya Allah.... Semoga ayah segera disembuhkan, dihapuskan kesakitan, diberikan kekuatan, kesabaran, ketenangan, keimanan dan kebaikan dunia & akhirat atas apa yang diuji kepadanya juga kepada kami semua". Amiiin....


Friday 19 October 2012

Cous-Cous & Grill Salmon

Menu Dinner

Satu menu yang bukan merupakan makanan orang asia, tapi tekakku selesa saja menerimanya. Terdiri dari cous-cous, sepotong ikan salmon dan salad sebagai set lengkap dinner pada aku suatu petang. 

Bahan-bahan : (hidangan untuk 2 orang dewasa)
1/2 cawan cous-cous (mungkin sejenis bijirin)
1/2 cawan air panas
2 keping potongan ikan salmon
Salad, aku gunakan lettuce, tomato dan lemon
sedikit garam
sedikit lada hitam

Cara-cara :-
Cous-cous direndam dengan air panas dan ditutup dengan plastik cling wrap selama lebih kurang 3 minit. Leraikan dengan menggunakan garpu. Cakar dengan garpu untuk menguraikannya.
Salmon ditabur dengan sedikit garam dan lada hitam. Grill kan kira-kira 10 minit dengan 5 minit setiap permukaan.
Salad diletak dressing yang disukai. Bolehlah dihidangkan. Cepat dan ringkas sekali.
Perah sedikit lemon ke atas salmon. Jika suka yang pedas, taburkan potongan cili padi ke atas salmon untuk lebih membangkitkan selera.

Satu yang pedas dan satu yang biasa bagi selera 2 orang yang berbeza :-). 
Yum...yum...yuuummm.......


Thursday 18 October 2012

Ais Krim Bubur


Ais krim bubur kacang. Tidak mahu membazirkan bubur kacang pemberian kawan.

Ais Krim tradisional yang menjadi kegemaran semasa zaman kanak-kanak dulu. Masa tu semua kena beli. Sekali pun sebatang ais krim hanyalah berharga 10 hingga 20 sen, aku masih jarang untuk mampu membelinya. Tetapi sekali-sekala aku dapat makan bubur kacang.

Sekarang ni, ada sedikit kemewahan, bila-bila masa pun boleh masak bubur kacang dan daripadanya boleh dibuat ais krim bubur. Sesiapa pun boleh dikatakan memiliki peti ais kini berbanding dulu-dulu. Cuma yang berbezanya bila kekadang ais krim ni bukan menjadi kegemaran ku lagi. Kekadang je... mungkin masih ada.... Pelik betul kerana peredaran zaman juga boleh mengubah selera dan kegemaran kita. 


Thursday 11 October 2012

CaraBota

Ada sedikit pelik dan lucu sahaja pada nama yang aku cipta untuk kuih ini, 'CaraBota'. Tapi betul. Itu yang sepatutnya. 

Sebenarnya ini adalah kuih cara. Memang resepi kuih cara pun. Tapikan kuih cara yang sebenar tu ada ukiran bentuk  garisan memanjang pada atas dan bawahnya. Aku tiada acuan sebenar kuih cara ini tapi nak juga membuatnya. Jadi aku gunakan sahaja muffin maker untuk membakar kuih cara ini. Bila dah masak beginilah rupanya. 

Tiada ukiran atau pun garisan bentuk. Permukaannya hanyalah licin dan botak. Ya botak kerana tiada garisan. Sebab itulah aku taruh namanya sebagai 'CaraBota' kerana ia adalah kuih cara yang botak. Memang aku kena gelak juga dengan kawan bila mendengar sejarah namanya. Tapi ok... itu kan hiburan....

Lembut dan canggih sikitlah bunyinya.....



Wednesday 10 October 2012

Kerutuk Kambing

Rempah kerutuk pemberian seorang kawan. Tersimpan tak terlihat dek mata sejak dari bulan puasa lagi. Kebetulan pula ada dalam freezer sebungkus daging goat. Aku kena ambik tindakan. Plan asal nak buat kerutuk ayam, tapi itulah namanya "Aku", plan boleh bertukar sekelip mata. 

Bahan-bahan yang aku pakai :
1 1/4 kilo goat pieces
5 sudu besar rempah kerutuk
1 1/2 sudu teh serbuk cili (ikut suka kepedasan)
Rempah penumis 4 serangkai
1 1/2 labu bawang besar
1 sudu besar garlic crash
1 inci halia 
1 sudu lengkuas jeruk yang di blend
1 cawan santan pekat 
3 sudu besar yogurt asli (boleh ganti asam jawa / keping)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
(aku tak letak serai sebab tak ada dalam stok)

Cara yang aku buat :
Blend sedikit bawang merah dan gaul dengan rempah kerutuk dan garlic crash. Panaskan minyak dan tumis baki bawang merah bersama rempah tumis 4 sekawan hingga wangi. Masukkan halia dan lengkuas. Lepas tu masukkan rempah kerutuk tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
Masukkan daging goat, garam dan gula serta renihkan dengan mengacaunya sekali sekala dengan api perlahan. Masukkan santan dan yogurt. Terus renihkan hingga daging empuk. Masak hingga kuahnya pekat (kerutuk tidak berkuah banyak). Sesuaikan garam dan gulanya. Boleh di hidangkan samada dengan nasi minyak atau beriani atau putih atau dengan roti juga. 

Kebiasaan aku, hanya makan seketul dua sahaja apa yang aku masak. Sebab dah banyak hidu baunya dari tadi. Tapi cukup berpuas hati jika hubby suka.


Monday 8 October 2012

Sambal Selera

Teringat kepada ikan selar dalam freezer yang dah lama membeku. Lama sangat dah aku tak merasa ikan rebus goreng, satu menu lauk yang famous masa aku kecil-kecil dulu. Ketiadaan peti ais ketika itu memaksa ibuku mengawetkan ikan samada dengan meletakkan garam kosong atau direbus sahaja dengan meletakkan  asam dan garam bagi membolehkan bekalan ikan bertahan untuk dua tiga hari. Daripada itu, bolehlah dimasak apa sahaja seperti lemak lengkuas, goreng sambal atau kosong dan seumpamanya.

Dinner aku suatu petang dengan menu ikan rebus goreng. Dimakan dengan nasi putih panas-panas, begitu simple.... oooohhh... bestnya....membangkitkan lagi ingatan aku kepada kenangan dulu-dulu....

Sambal ikan mangga, pembangkit selera bila tekak dah kurang lalu dengan masakan harian. 

Ikan rebus yang ku goreng semalam masih berbaki dua ekor. Terfikir dan teringat kepada satu lagi menu kampung kegemaran aku. Ikan rebus tadi aku perisikan dan ditumbuk serta diracik isi mangga muda untuk digaul bersamanya. Perisakan pula dengan cili padi atau sos cili pedas. Kebetulan petang tu aku masak sup ekor ala siam. Sangat "nyakut" sekali kata orang Kelantan. 

Best sungguh.........

Sunday 7 October 2012

DayLight Saving Today

Dalam bulan April, 6 bulan lalu, ada aku ceritakan mengenai tamatnya daylight saving, perubahan waktu dan waktu jam diundurkan satu jam ke belakang. 

Manakala pada hari ini pula sekali lagi berlaku perubahan waktu yang mana waktu jam sekali lagi diubah, di putarkan dan dipercepatkan satu jam. Pengalaman sepanjang berada di Aussie ini. Perubahan jam berlaku bermula pada jam 1.59am pagi tadi. Tiada pukul 2.00am hari ini tetapi terus menjadi pukul 3.00 am pagi tadi ketika aku tengah lena diulit mimpi. 
Jam pada mobile phone aku secara automatik bertukar kerana telah diprogramkan.

Tetapi jam dinding harus di ubah dan di cepatkan waktunya secara manual.

Dengan berlangsungnya daylight saving pada hari ini, perubahan waktu juga berlaku pada waktu solat, bukan apa pun... cuma jadi lambat sejam je..... Hari cepat saja mencerah, pukul 6.30 pagi pun dah cerah dan waktu isyak semakin berundur jadi lambat. Dengan kata lain, waktu siang menjadi panjang dan malam semakin pendek. Lepas ni pasti aku rasa macam tak cukup tidur je.....

Dan satu lagi perbezaan waktu Australia dengan Malaysia telah menjadi 2 jam setengah.......


Thursday 4 October 2012

Majlis 3 dalam 1

Majlis ini asalnya untuk meraikan salah seorang rakan yang bakal tamat pengajian PhD nya dan telah balik for good ke Malaysia pada isnin lepas. Berlangsung di Park yang terletak di Riverside Drive, Felixstow.

Yang diraikan berada 4 dari kiri. Good Luck buat Sofurah dan suaminya Suhaimi.
 
Tapi bila ada orang baru datang, berdiri 1 dan 2 dari kiri, mereka juga di perkenalkan dalam majlis ini. Juga good luck pada mereka, Shikin dan Jamilah.
Kak Yatt juga telah membawa kek perpisahan untuk 3 anak dia dengan kawan-kawan mereka. Dah saat-saat akhir pengajian akan tamat, bagi memudahkan urusan katanya, hantar dulu anak-anak balik untuk tinggal dengan nenek mereka. Good luck juga buat anak-anak, Atikah, Syakirah dan Addinie. 

Jadilah 3 acara bergabung dalam satu majlis.... Meriah...

Wednesday 3 October 2012

Crabbing

Dekat sini ada satu aktiviti yang tidak pernah aku buat ketika di Malaysia. Aktiviti menangkap ketam yang dilakukan bila saja hampir menjelang musim panas. Hari yang di pilih untuk aktiviti crabbing ini bergantung kepada keadaan cuaca hari berkenaan. Jika siangnya cuaca cerah dan panas, insyaAllah akan mendatangkan banyak hasil ketam bila air pasang nanti.
Aku di ajak teman ke salah satu tempat yang terkenal untuk crabbing, mengail ikan dan sotong yang terletak kira-kira 150 km dari Adelaide. "Ardrossan Jetty" menjadi tempat tuju kami pada malam minggu lepas.
Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam dan kami bertolak selepas waktu maghrib. 
Silap perhitungan sikit hari tu. Dah tahu cuaca windy dan hujan, semestinya sejuk yang amat tapi group kami pergi juga sebab dah rancang. Tak kisahlah kerana jika rasa dah tak tahan sejuk tu, balik lah semula. Flexible je kami.
Inilah rupa pukat crabbing.


Proses memasang umpan berupa ikan atau isi ikan pada pukat. Umpan ayam tidak sekali-kali di benarkan kerana dibimbangi terhidu oleh ikan jerung yang mungkin membahayakan. Salah besar dan pasti di denda jika ditangkap oleh pihak berkuasa.

Telah bersedia nampaknya...

Hasil pertama dapat sotong besar, sepanjang kaki tu.....


Lepas tu menysul pula ketam. Jika nak dapat ketam lebih, kena sabar menunggu sampai pagi. 
Hanya hampir 30 ekor, cukuplah untuk kami yang berlima ni.

Tapi kerana dah tak tahan sejuk, group aku balik lebih awal. Aku kira masa tu hampir ke jam 2 pagi. Tapi lagi satu group lebih 20 orang, masih lagi bertahan sampai ke pagi.

 Sesampai di rumah kawan aku, selepas minum milo panas, seorang pun tak berani tidur walaupun semua mata dah berat dan badan pun penat. Bukan apa takut terlajak waktu subuh yang akan masuk waktunya dalam masa sejam lebih lagi. Bila dah masuk subuh tu, terus lah masing-masing tarik selimut dan tidur dengan nyenyaknya.

Esoknya .....
Proses menyiang dan memasak hasil semalam....

Lunch kami merangkap dinner juga pada hari minggu.... puas dapat makan ketam hasil tangkapan sendiri ni. Terasa sangat fresh isinya. InsyaAllah ada masa dan rezeki, boleh crabbing lagi....