Total Pageviews

Friday 28 June 2013

The Last Apple Picking & 'Kasih berputik 360 Darjah'

Renungan Mutiara Kata :-

"Janganlah terlalu menyayangi seseorang kerana mungkin kelak kita akan membencinya pula.... dan janganlah pula terlalu membenci seseorang kerana mungkin kelak kita akan menyayanginya pula..."

************************************************************
Semata-mata ingin membuat sentuhan akhir. Berangan nak menjenguk buat terakhir kali ke satu-satunya kebun epal yang setahu aku dibuka untuk public. Logiknya memang ini lah tahun akhir dan inilah seakhir-akhirnya aku ke sini. Tahun lepas, aku ingat itu dah musim akhir dah bagi aku, lantaran kemungkinan hubby tidak mendapat extension tentang tempoh pengajiannya masa tu. 

Biasanya masuk je winter, kebun epal ini pun tidak dilanjutkan opennya untuk public picking lagi. Buah pun mungkin kehabisan atau semua dah gugur memburuk masa tu. Tapi masa yang sedikit berganjak setiap musim, memungkinkan ia menjadi alasan kenapa sehingga minggu lepas pun, peluang masuk kebun masih terbuka. 

Aku yang menunggu peluang pasrah jika tiada aku mendapat peluang lagi ekoran keadaan cuaca di winter yang tak menentu, lebih-lebih lagi peluang yang ada cuma di weekend sahaja. Kebelakangan ini kebanyakan hari minggu yang di lalui hujan ke... mendung ke... malah minggu lepas masa aku pergi ni pun kira windy juga. Dah tahu ada geng kat atas sana, tawakkal juga aku mendaki. Aku cuma target ke sini, tidak merancang ke lain tempat. Sekali pun ini kira dah kali ke berapa aku ke sini, entahkan kali ke 8 ke kali ke 9... kerap sangat dah... orang kata tempat jatuh lagi di kenang kan... dan memang aku pernah pun jatuh di sini kerana licin terpijak buah epal gugur yang dah lembik... akibatnya dua minggu aku jalan menjengket kerana tersalah urat. 

Sekadar membuat jengutan akhir. Asyik berpusing-pusing dalam kebun, makan-mana-mana yang terasa nak makan, dah petik sepenuh baldi. Aku rasa penat. Puas hati sangat. Keadaan buah masih berbaloi untuk di buka dua tiga minggu lagi pun. Jangan hanya tengok pokok di awal pintu masuk atau di bahagian atas sahaja... tapi kena rajin turun ke bawah bukit sikit, baru akan di temui pokok-pokok yang masih lebat berbuah.  

Agaknya kerana hanya melihat pokok yang di atas, membuatkan geng yang masuk semasa kami di dalam balik cepat. Mereka hairan kenapa tidak menemui kami padahal ketika masuk dan keluar pun, kereta kami masih ada, ke mana kami pergi...? (Kami datang berasingan). Berkebetulan pula tidak terlintas untuk mereka meng'SMS' atau call kami.
Ini ha... Kenangan yang paling manis masa kat kebun ni. Allah telah mengubah dan menterbalikkan hati aku 360 darjah. Tidak pernah aku berlagak dan seberani begini dengan mana-mana anjing pun sebelum ini.

Sebelum ini aku pernah jatuh dan luka kat garage sale kerana terlanggar barang orang, hanya kerana ternampak anjing besar tiba-tiba keluar dari backyard mereka. Aku pernah juga menyambar sesiapa saja untuk berlindung dari anjing yang muncul tetiba. Aku pernah di kejar anjing comel kerana menyangka aku ingin bermain dengan dia kerana melarikan diri dari dia. Aku dan seorang kawan pernah diberi diskaun 50% harga barang yang hendak dibeli selepas menggigil takutkan anjing mereka yang ada bersama tetiba masa tu... hihihi kelakar pulak... Aku pernah dikepung seekor anjing ketika dengan hubby dan sepasang lagi kawan di penginapan kami semasa bercuti dulu menyebabkan kami semua dalam ketidakberanian keluar dari penginapan, padahal masa tu sudah waktunya untuk check out dah. Malah aku pernah tidak memandang lansung kepada luka berdarah di tangan hubby kerana sangat marah membiarkan aku berada di ruang yang mampu disentuh anjing... teruk sangat ni... sorry Sayang... malah macam-macam lagi kenangan dengan takut kan anjing ni... 

Jika ke garage sale dan dapat tahu atau dah nampak awal-awal, situ ada anjing... tidak sekali-kali aku memasukinya. Itu juga menjadi salah satu sebab kukuh aku kurang ke Sunday Market Brighton ke... Marion ke... kerana terlalu takut berselisih dengan anjing yang dikatakan dapat menghidu ketakutan manusia. Betulkah begitu...? Allah maha bijaksana.
Minta izin... Contoh salah seekor anjing besar dan tinggi yang pernah terserempak semasa berkunjung ke Marion Sunday Market 6 bulan lalu.... mulutnya memang diikat...

Kisahnya... tengah khusyuk dalam kebun epal tu... tetiba aku ternampak anjing ni... geram juga kenapa boleh bawa masuk anjing ke sini... buang najis merata dan aku nampak anjing ini tengah berak pun... jika terpijak.? Eeeeiiiii.....

Tetiba anjing ni meluru ke tempat di mana aku dan hubby berada. Aku dah tak tunggu dah.. terus kecut perut berlari dengan membimbit baldi yang penuh dengan buah epal, jauh meninggalkan hubby kat belakang. Tapi geramnya anjing tu tak kisah pun bila sampai dekat hubby, lalu je tepi hubby... dan dia terus meluru ke depan, nak mengejar aku juga... Tak leh nak buat apa dah... aku lari lagi sambil menjerit... "Ya Allah" beberapa kali... tambah pula dia dah kat belakang aku... 

Masa tu hubby menjerit jauh dari belakang supaya aku jangan lari dan cuba berani... Aku tiada pilihan dan dah tak tahu nak buat apa dah... Mulut aku pula laju menjerit, "Qitmir... Qitmir...Qitmir...", nama anjing 'ashabul kahfi', mengharap sebagai cara mengelak dari dikejar anjing... kononnya lah sebab dah tak tahu nak buat apa dah. Sepenuh hati aku cuba kontrol dan neutralkan perasaan takut aku. Dah terdesak sangat ni....

Maha Besar Allah, si anjing comel itu tidak menyentuh aku pun, hanya menghidu dalam jarak yang tidak bersentuh. Masa tu aku dapat rasakan perubahan perasaan dalam hati aku... terbalik terus 360 darjah. Malah perasaan takut ku bertukar kepada perasaan mesra nak bermain dengan anjing tu. Aku cuba berlagak macam orang Aussie bercakap dengan anjing mereka.... dan yang aku happynya bila dia mengikut arahan seperti yang aku arahkan... :-)... Aku ajak dan suruh dia datang dekat, dia datang... aku suruh stay, dia stay... itu yang aku dapat tangkap gambar dengan dia ni... Kesimpulannya untuk kali ini perasaan takut dan geli tu dah hilang kejap.. tak tahulah jika terjumpa lagi lepas ni... :-).... Seketika lepas tu, aku gelak macam nak pecah perut pada  gelagat diri sendiri.... Rupanya selepas itu baru aku tahu yang anjing comel ini tersesat entah dari mana kerana tiada tuan anjing ni yang aku jumpa. Dia hanya nak dekat dengan sesiapa yang ada... sampai nak balik pun aku tak tahu siapa tuan anjing ni....

Beberapa pic dalam kebun musim akhir....
Kat atas.... kelihatan kekeringan.....
Turun ke bawah bukit sikit, buah dan dedaun epal masih banyak dan segar kelihatan seperti di awal-awal musim.....
Kira last dah ni kot jumpa dengan Pak Cik tuan kebun ni... panjang umur moga ada temuan lagi...
Kenangan...... 
Antara musim lalu... satu dan dua...

Wednesday 26 June 2013

Dinner Bersama 'Super Senior' Adelaide

Payah benar mencari masa. Betapa lemahnya kekadang bila kalah berlumba dengan masa. Masa sentiasa jauh ke depan manakala selalunya kita dipotong masa. Bak kata Saidina Ali Karramallahu wajhah, "masa umpama mata pedang, jika kita tidak memotongnya, dia lah yang akan memotong kita". Aku selalu berkata pada ahli rumah, malah peringatan untuk diri sendiri sentiasa, "kita kena mencari masa, kerana masa tidak tahu menunggu kita, sentiasa akan berlalu pergi". Itu suatu yang pasti dan tidak dapat disangkal lagi. Kerana itulah Allah menurunkan satu surah yang diberi nama khusus, 'masa' yang mana Allah telah bersumpah dengan masa, membawa erti betapa penting dan besarnya sesuatu yang bernama 'masa' itu.... 

Semuanya orang lama kecuali yang berdiri di belakang, dua dari kanan, baru sebulan lebih datang ke Adelaide, isteri kepada yang berdiri di belakang, dua dari kiri.

Dengan senang hati menerima tetamu orang lama di sini, juga orang 'come back', yang pernah ke sini suatu lama dahulu. Aku ceria menamakan mereka dengan 'super senior' di Adelaide ni. Harap tidak menjadi suatu kesalahan, saja-saja lah aku ni. Tentang masa... masa yang aku temui apabila hubby mendapat ujian kecil dengan mengalami sedikit demam... so, nampaknya dia dapat pulang seawal waktu maghrib ke rumah dan berpeluang pula aku menerima tetamu.  Tetamu yang sudi datang untuk kenal rumah.

Sup ekor 'siam style' menjadi menu atau lauk utama dalam hidangan aku special buat tetamu super senior ini.... :-) Ingat nak juga aku kongsikan resepi yang aku pakai ni walau pun sentiasa simple. Nantilah sikit hari lagi ya....

Main dish, nasi putih bersama sup ekor, ikan tommy goreng, kerabu mangga, sambal belacan juga ulam timun.

Sampingan seperti biasa, bila dah ada kuah sup tu, boleh juga makan dengan mihun. Mihun sup ni sebenarnya adalah kegemaran aku sendiri. Menu syok sendiri la ni.... :-)

Tetamu bertuah yang datang awal. Mendapat saguhati apabila berkenan dengan skaf yang aku knitting.. :-). Setiap kali menengok skaf tu, moga mereka akan ingat kat aku nanti.... Terima Kasih...
Posted by Picasa

Monday 24 June 2013

Salam Nisfu Sya'aban 1434H

Bulan purnama di pagi 15 Sya'aban 1434H....
Bulan bertuah ditahun ini dapat menatapi 'Supermoon' di langit Australia....

Salam Nisfu Sya'aban kepada semua muslimin dan muslimat... Berbahagialah dengan kehadiran Ramadhan, bulan yang menbawa penuh keberkatan dan rahmat pada dua minggu lagi....

Friday 21 June 2013

Cycling Di Sore Hari

Sekadar Renungan :
"Amat payah sekali untuk melakukan kebaikan dalam 4 keadaan iaitu:
  1. Memberi maaf ketika dalam keadaan marah.
  2. Bersedekah ketika dalam kesempitan.
  3. Menjauhi perkara mungkar dikala seorang diri.
  4. Berkata benar kepada orang yang ditakuti...."
(Saidina Ali Karramallahu wajhah)

****************************************************
 Berbasikal sebagai salah satu aktiviti riadah. 
Satu pengisian masa bagi yang mempunyai masa. Sesekali aktiviti ini amat menyeronokkan sebenarnya. Jangan bertangguh untuk 'esok saja' atau 'lusa saja' atau 'tunggu hari minggu' atau 'nanti-nanti lah'. Lagi lama menangguh akan jadi makin malas. Mencari kelainan bila berbasikal di tempat kita dengan di tempat orang. Sekali pun dalam kesejukan suhu harian, kita boleh mengeluarkan peluh dengan menunggang basikal. Cukup lah hanya untuk setengah jam pun, sudah dikira bagus. 
Bila berbasikal di jalan raya, langkah keselamatan penuh wajib diambil. Memakai helmet basikal adalah wajib. Jika menunggang diwaktu malam, wajib memasang lampu. Penunggang wajib mengikuti undang-undang jalanraya sebagaimana kenderaan besar yang lain. Satu kesalahan besar jika menunggang dengan tidak mencukupi syarat. Boleh didenda hingga ratusan ringgit jika didapati tidak mengikut peraturan atau basikal yang ditunggang tidak mencukupi syarat. 
Pernah seorang kenalan bercerita yang dia pernah didenda hingga AUD100 kerana menunggang di waktu malam tanpa menyalakan lampu basikal atau mungkin kerana lampu basikalnya rosak masa tu, aku kurang pasti, yang pasti dia didenda kerana tidak memasang lampu. Langsung tidak berbaloi. Betapa ketatnya disiplin di sini.
Di suatu Senja......  :-)
Posted by Picasa

Tuesday 18 June 2013

Resepi Kuah LakSam

Utamakan Tetamu....

Al-kisah sebenarnya lidahku sendiri terasa-rasa nak menghirup kuah laksa penang. Pada kebiasaan aku... selera sendiri aku abaikan dulu, tangguh-tangguhkan, lebih-lebih lagi bila ada keterbatasan keupayaan untuk menyediakannya. Selalunya nak makan sikit je, lepas tu bakinya terbiar. Pasal itu lah selalunya aku abaikan. 

Ada request dari satu family, kenalan lama di sini untuk datang menziarah di weekend lalu. Aku ni jika nak menjemput orang macam mengejar masa, kena tengok masa hubby. Tapi jika ada yang nak bertamu, alhamdulillah, ahlan wasahlan, dengan hati penuh terbuka aku cuba aturkan.... dan aku tahu dari tutur bicaranya apa yang dia cuba sampaikan... :-) Janji lama tetap akan tertunai... insyaAllah...

Sebelum-belum ni aku pernah ada bercerita pasal laksa dan laksam tapi cara membuat laksa/sam saja yang aku cuba masukkan resepi sebelum ini. Kali ini aku saja nak kongsikan cara membuat kuahnya pula. Itu pun bukan lah resepi terhebat melainkan sesimple sebagaimana cara aku membuatnya sahaja.

Ok... seringkas cara membuat kuah laksa dan laksam Kelantan....

Bahan-bahan yang aku pakai :-
(Sukatan agak-agak sesedap rasalah ya)
  1. Tuna dalam tin (versi Adelaide)
  2. Santan dalam tin (versi Adelaide)
  3. Bawang merah / besar
  4. Bawang putih
  5. Halia
  6. Lada hitam kisar
  7. Asam keping
  8. Garam
  9. Gula
  10. Sedikit belacan (jika suka)
Cara-cara aku :-
  1. Blend isi tuna dan masuk ke periuk.
  2. Blend bawang merah, putih, halia dan masuk ke periuk.
  3. Masukkan santan... Nyalakan api.
  4. Masukkan lada hitam, belacan, garam, gula dan asam keping. Masak hingga mendidih dengan sesekali dikacau.
  5. Sesuaikan rasa masin, manis dan masamnya.... tutup api dan boleh dihidangkan semestinya samada dengan laksa atau laksam....

 Dah masak....
Versi Kelantan (gambar sedia ada saja)...... Hope tetamu berpuas hati dengan requestnya.... :-)
Posted by Picasa

Friday 14 June 2013

Last Appointment TQEH

Sekadar merenung :-

"Antara tiga amalan yang dapat memadamkan kedukaan :-
  1. Zikrullah - Mudah dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
  2. Bertemu wali-wali Allah 
  3. Mendengar ucapan-ucapan nasihat yang berhikmah".
(Qaulul Hukama')
***************************************************************
Menanggal benang....

Tertunggu-tunggu hari ni, appointment petang semalam, jam 2.10 pm. Tapi masa dah melebihi jam 2.30 baru dipanggil. Banyak sangat urusan doktor nampaknya. Tak sabar nak guna tangan kiri senormal sebelum ini. 
Ya lah... walau pun baru 2 minggu je duk dalam tampalan begini. Seriau nak guna tangan kosong begini. Bila kat rumah aku balut lah tebal-tebal hilangkan kegerunan kot tercucuk atau terhantuk apa-apa. Ngilu bila terlanggar apa-apa. Sesekali ada juga rasa rimas atas keterbatasan penggunaan anugerah berharga Allah ini. Sabar lah... Doktor nasihatkan jangan bagi kena air dan biar sentiasa kering. Masak pun Mr Hubby yang buat dalam dua minggu, sesimple boleh. Masak pagi, untuk sarapan kami, bekalan makan malam dia kat Uni dan untuk makan malam aku di rumah. Oooh... kesianyaaa... aku ambik kesempatan ke niiii..... :-)
Ada lah dalam seinci parut tu nanti.... :-(
Masa kat hospital, sebelum dan selepas benang di buka. Masa ni, baru aku dapat tengok rupa sebenar torehan dan jahitan kat tangan aku. Lakaran anak panah dengan pen yang dibuat oleh doktor sebelum masuk bilik operation dua minggu lepas pun masih belum hilang kerana tertampal sama. Masa doktor lukis tu aku masih sedar. Pedih dan ngilu juga sikit terasa masa benang ditarik keluar. Ya lah sebab ditarik dari isi dalam. Tapi alhamdulillah cuba bertahan.
Selepas balik rumah, aku ternampak satu objek macam benang yang belum keluar. Aku cubalah try tarik. Ada dalam sepanjang 7 mm benang yang tertanam. Mujur mudah keluarnya. Teringat apa yang pernah ayah aku alami dulu. Benang dikeluarkan tak habis menyebabkan tempat berkenaan bengkak dan sakit. Terpaksa pergi ke klinik semula untuk buang bakinya. Minta-minta kes ini tidak berlaku pada aku. Minta Allah tolong sempurnakan. 

Tip doktor supaya aku rajin buat urutan lembut dengan apa-apa pelembab pada tangan agar tidak berparut. Betul ke...? Aku ikut je sebab benda tu senang dilakukan. 
Lepas tu, aku dibekalkan dengan kain tampal ni. Boleh tampal time aku nak buat apa-apa kerja. Jika aku perlulah. Tapi yang sukanya bila ada sekali gunting tajam tu... Itu lepas ni termasuk dalam alatan menjahit aku... :-)

Hari ni aku dah cuba-cuba kembali bertugas selepas dua minggu tak drive. Offer hubby untuk try walaupun dia kurang yakin. Kesian dia pergi dengan bas dan kena jalan dalam 15 minit dari bus stop walaupun itu bagus untuk dia exercise. Terasalah sakit sikit urat-urat jari yang tertarik setiap kali nak tukar gear yang ditugaskan untuk tangan kiri. Kereta aku kan manual. Cuma aku kena yakin je, 'alah bisa tegal biasa'...... cuba-cubalah sedaya boleh....

Tuesday 11 June 2013

Carisbrooke Park Adelaide, Menarik BerpicNic

Salah satu tempat cadangan yang amat sesuai untuk melakukan aktiviti berpicnic dan berBBQ. 'Carisbrooke Park' ini terletak di Main North Road, Salisbury Park, lebih kurang 21 KM dari rumah aku di Devon Park. Pertama kali menuju kemari, telah tertulis bahawa aku akan tersesat sedikit. Tersasar masuk pada corner kiri lebih awal. Namun sudah tidak jauh dari tempat itu. Hadir atas jemputan salah seorang kawan di sini kerana meraikan hari lahir anak mereka dan sempena keberangkatan pulang for good sefamily salah seorang rakan di sini juga.

Antara tetamu wanita yang ada ketika ini.

Salah satu Park yang mempunyai kawasan yang luas yang boleh memuatkan beberapa group picnic pun, setanding dengan Rymill Park juga Bonython Park. Bukan diambil dengan jarak dekat tetapi boleh kelihatan di belakang sana ada satu tempat BBQ.

Play ground yang seolah wajib ada untuk membuatkan kanak-kanak leka bermain.

Tempat berbumbung dan boleh dipilih jika ingin membuka meja di sana pun.

Kemudahan tandas awam.
 
 Kawasan menghijau yang membuatkan sejuk mata memandang. Ya, salah satu tempat yang menarik dan boleh dikunjungi.
Posted by Picasa

Friday 7 June 2013

Permata Kehidupan

Sekadar Renungan Ku :-

A). "Antara 3 golongan manusia yang mendapat naungan al-Arasy :-
  1. Orang yang berwuduk pada waktu yang sangat sejuk.
  2. Orang yang berjalan ke masjid pada waktu yang gelap.
  3. Orang yang memberi makan kepada mereka yang lapar".

B). "Ada 7 golongan manusia yang akan diberi naungan oleh Allah pada hari akhirat di padang mahsyar :-
  1. Imam / pemimpin yang adil
  2. Pemuda yang istiqamah beribadah kepada Allah.
  3. Seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
  4. Orang yang berkasih sayang dan saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana kerana-Nya.
  5. Seorang lelaki yang menolak godaan oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan cantik dengan mengatakan "Aku takut kepada Allah".
  6. Seseorang yang melakukan sedekah secara sembunyi dengan tangan kanannya sehingga tidak diketahui oleh tangan kirinya.
  7. Seseorang yang sentiasa mengingati Allah pada waku sunyi sehingga mengalirkan air matanya kerana takutkan azab Allah".
(Mafhum al-hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday 5 June 2013

Bus Stop Terbalik?

 Sebahagian dan kebanyakan pondok tempat menunggu bas di sini dibina terbalik... Kenapa ya...?

Maksudnya... kenapa di bina pondok menunggu bas yang tidak mengadap jalan?
 Seberang sini...
Nak kata supaya dapat berteduh dari panas matahari? Tak juga, sebabnya bayang pagi dan petang berbeza.  Tak dapat tidak pasti terkena di salah satu waktu.
 
Adakah untuk elakkan dari terpercik atau terpelantun sesuatu kepada penunggu bas masa kenderaan lalu dengan laju...?

Seberang sana pun sama...
Nak kata supaya dapat mengurangi risiko bahaya terutama kepada kanak-kanak yang mungkin suka berlari sana-sini? Pun macam kurang tepat.... tak pasti..

Tapi kenapa ya...???
Posted by Picasa

Tuesday 4 June 2013

Gabra Kah Di Dapur - Mujur Tetap Ada

Bukan sengaja kita buat silap. Hanya sesekali bila keadaan atau perasaan yang tidak seimbang. Apa yang nak di gabrakan atau dikalutkan pun tak tahu. Kesilapan mungkin perkara biasa yang kekadang adalah lumrah kehidupan. Ada yang berat dan ada ada yang ringan malah ada yang kita mampu menerima keadaan. Alangkah berbahagianya manusia jika kesilapan itu bukanlah sesuatu yang memudharatkan keadaan atau yang masih mampu diperbaiki.
Tiba-tiba teringat pulak kes tahun lepas.... berlaku dalam bulan yang sama dengan tarikh yang hampir sama..... adakah setiap tahun dalam bulan tu, aku bakal cuai lagi? Nampaknya aku kena beringat, tapi jangan percayalah... (untuk aku sendiri).

Ini bukan kisah baru, adalah dalam dua tiga minggu lepas. Bila dianalisa semula, memang lah dianggap kurang berjaga-jaga. Ini kes kesilapan aku sendiri atau bolehkah aku kategorikan sebagai kecuaian. Ya, salah satu kecuaian di dapur. Mujur juga bukan sesuatu yang dikira serius, masih boleh diatasi. Tersenyum sendiri bila orang tua kerap berkata, perkataan 'mujur' tu selalu ada. 

Ringan-ringan pun gelabah juga aku bila santan yang diblend habis meletup keluar dan terkena di mana-mana  di ruang dapur kecil aku. Plan hari tu nak masak udang lemak cili padi. Dah semua bahan dimasuk ke periuk, aku hanya pakai kunyit serbuk, susah pula dia nak melarut, duk berketul-ketul dalam kuah walaupun cuba aku lenyek-lenyekkan dengan senduk, sedangkan kuahnya dah mula memanas sebab aku dah pasang tungku dapur eletrik aku tu. 
Tak puas hati, aku tuang balik ke blender dan mula aku blendkan kuah panas tu. Rasanya aku dah tekan kuat dah penutup blender tu. Mungkin masih belum cukup kuat aku menekannya. Apalagi, start je blender, banyak kuah yang terpancut keluar, terkena kemana-mana tempat yang boleh disinggahi. Aduuuh... satu kerja berat bagi aku untuk lap semua balik.... Habis tu aku nak kata silap siapa... :-(
Melantun ke bahu aku... Muka? Mujur tak terkena kuah panas.. (ada lagi mujurnya)

 
Aku punya microwave pun kena bersihkan....
 
 Pada dinding dan kuali bersih yang tergantung....
 
 
 Seluruh sink...... termasuk pinggan mangkuk yang telah dibersihkan pada dish rack....
 
  Lantai dan mats....
Termasuk juga celah-celah dapur, peti, mana-mana kabinet yang terbuka masa tu semua dan memang satu kerja pada waktu cuaca yang sejuk-sejuk begini... Agaknya memang nak suruh aku exercise sikit, supaya bertambah kerja yang hanya sesekali dibuat, tandanya malas ke santai ke apa... :-). Mujur juga masih ada baki pati santan yang kat dalam blender tu, masih boleh teruskan untuk buat resepi tujuan (perkataan mujur tetap ada).... :-)
Posted by Picasa