Total Pageviews

Thursday 29 December 2011

SaTE KaJaNg Hj SaMuRi


Sebagaimana yang dirancang hampir dua minggu lepas, malam tadi plan K Chik telah dapat berjalan lancar sebagaimana yang diinginkan. Ingat kan dah tak jadi untuk makan sate kajang, rupanya plan kembali kepada asal.
Selepas je waktu isyak, aku bertolak ke medan sate Hj Samuri berhampiran stadium bandar Kajang sebagai tempat pertemuan kami di situ. Family K Chik dah menunggu di dalam restoran. Aku ingat aku yang sampai dulu. Tapi biasalah, selalunya orang yang jauhlah yang sampai dulu, walaupun sebelum tu dia terperangkap dalam jam. Izal yang datang dari Kuala Kubu Bharu pun boleh sampai awal. Alhamdulillah cuaca elok malam ni, cuma petang tadi je hujan sikit. Jadi perjalanan tak delah terganggu sangat.

Aku bukannya selalu datang sini. Masih aku ingat kali terakhir datang sini adalah dalam bulan Jun 2006. Ha dah berapa lama dah tu, kira-kira 5 tahun 6 bulan telah berlalu sehinggalah aku datang lagi pada malam ini. 
Haaa..... inilah dia menu utama kami di sini. Menu yang telah terkenal sejak berkurun lama, bila sebut je nama Kajang, sudah tentulah sinonim dengan satenya. Sate Kajang Hj Samuri, nama yang sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita.
Kami bertujuh telah mengorder 100 cucuk sate ayam dan daging. Wow... kedengarannya macam banyak tapi sebenarnya sekejap je boleh licin. Mana tak nya... anak-anak saudaraku semuanya menantikan saat-saat meratah sate Kajang ni. Kami semua pun memang menyimpan ruang dalam perut untuk mengisi sate ni. Rasanya memang sedaplah, cuma isinya dah tak sebanyak dulu-dulu. Mungkin kerana semua harga barangan dah naik.

Apa tunggu lagi... jom kita layan aksi-aksi makan sate ni....
Eh... Yea macam nak tercekik tu....! "sabar-sabar.... nanti Apik tuangkan air ni..."

Aaaaah.... Lega dah sikit Yea rasa.... Apik pun dah boleh sambung makan balik......

Nampaknya semua pinggan dan mangkuk dah licin.... Alhamdulillah..... kenyangnya......
Banyak betul Apik makan.... Cuba bilang berapa cucuk dia habis. Aiik... macam nak lagiiiii je.... Cuba tengok abe kat belakang tu... kesiaaan umi tengok... sambil makan duk melayang fikiran dia pada orang yang jauh...
Dah banyak makan tu..... dahagalah pulak...... siapa paling dahaga tuh...? Tengok siapa yang berjaya habiskan airnya dulu...?
Maknanya kenyang sangatlah tuh kalau tunjuk gigi bersih. Selalunya kalau ada lagi sate melekat kat celah gigi, maknanya belum cukup dan nak lagi......
Tak sangka ya kita bertujuh dapat habiskan 100 cucuk sate............ Hi hi hi....
Gambar version retro orang kuat yang menjadi perancang utama program makan sate 100 cucuk ini.



Bergambar-gambar kenangan sebelum balik.

Harap maaf kerana gambar-gambar yang kurang jelas ini....

Dekat depan restoran tu ada pula kiosk-kiosk jualan dibuka. Sempatlah pusing-pusing jap sementara tunggu Apik beli seliparnya. Masa ni sedang menuju ke tempat parking kereta. Terima kasih kepada K Chik dan Abang Zul atas perancangan ini. Terima kasih banyak-banyak kepada anakanda Syafrizal dan Shahrir untuk sponsor malam ni. Terima kasih daun keladi...... Tak lupa terima kasih buat Apik kerana ambil cuti untuk makan sate pada malam ini.......
Posted by Picasa

Tuesday 27 December 2011

SuP UraT KeTiN

Telah berkali-kali aku dengar orang-orang yang rapat dengan aku di sini duk menyebut-nyebut dan bercerita pasal sup urat ketin. Aku telah dengar pasal cerita sup urat ketin ni masa dekat Adelaide lagi. Aku tahu urat ketin tu berada di belakang kaki di atas tumit. Besar mana aku ingat urat ketin ni kecil macam bar basikal je.
Tiba-tiba petang tadi, timbul rasa nak mencuba sup urat ketin ni. Kebetulan aku tak masak, kakak ipar aku pula tak ada kat rumah sebab dia kena pergi kursus selama tiga hari. Jadi lepas je balik dari menemani hubby buat interview di UiTM, kami singgah untuk solat maghrib kat rumah dulu dan lepas tu, kami bersiap-siap nak ke restoren sup urat ketin ni yang terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Kalau dari rumah K Gie ni, tak lah jauh, dalam kira-kira 2 km saja.
Ramai betul orang yang pergi makan kat situ, tak pasti pulak aku dari pukul berapa sampai jam berapa dia beroperasi. Tapi kebetulan setiap kali aku lalu situ macam dia selalu buka awal. Aku tak tahu nak order apa. Saja kami bertanya. Lepas tu macam biasa aku order semangkuk sup urat ketin yang ada mihun manakala hubby yang tiada mihun. Aku ni biasalah mesti nak yang ada mihun. Kami tak makan nasi... Nak diet lah konon....

Bila makan tu baru aku perasan rupanya urat ketin tu macam yang dah selalu mak masak buat sup daripada kaki lembu korban setiap raya haji tu je. Tak berdaging sangat, cuma dia ada urat 'rapuh' bewarna jernih yang 'pohu' (mudah hancur bila di kunyah). Ooooh gitulah rupanya.... Rasanya...? Macam biasa-biasa je tapi bolehlah. Harganya...? Mahallah sikit kerana nama nya pun di ambil dari nama glamour restoren iaitu 'Sup Urat Ketin'. Semangkuk biasa sup urat ketin ni berharga RM 7. Insyaallah dah dapat rasa sekali ni, lain kali tak payah rasa lagi dah, kecuali kalau mengidam je.
 
Alamaaaaaaak.....! Punyalah excited nak mengecap rasa sup urat ketin ni, terlupa nak ambil gambarnya masa baru siap. Dah habis makan, baru teringat belum ambil gambar. Tak apalah... dapat ambil gambar mangkuk yang telah di hirup licin ni pun tak apa dah, buat kenangan..... Ok lah tengoklah nanti cammana. Kalau rasa teringiiiin sangat nak makan lagi, baru boleh datang ya....
Posted by Picasa

Monday 26 December 2011

Di Rumah Pak Muda & Mak Uda

 
Dua malam berturut-turut aku dijemput bertandang untuk dinner di rumah Pak Muda di Kajang. Pak Muda merupakan adik lelaki bongsu Ma. Kalau bongsu perempuan pula ialah Su Yah. Mak Uda memang terror masak, special menu malam mula-mula ialah nasi campur termasuk kari kepala ikan dan yang tersohornya ialah pizza. Tak sempat pula aku nak merakamkan gambar pizza buatan Mak Uda. Jika dulu Mak Uda akan buat sendiri doh pizza ni, tapi yang hari tu disebabkan kesibukan dan kesuntukan masa yang tak dapat dielakkan, Mak Uda beli saja doh pizza ready made yang lagi cepat penyediaannya. Cuma buat toppingnya saja dan bakar kejap.
Malam besoknya pula, Mak uda goreng mihun, tempah kuih talam berlapis dengan sagu dan suhun yang tak pernah aku tengok sebelum ni. Rupanya macam pulut seri muka, cuma lapisan bawahnya teradun dari sagu dan suhun. Dia juga mengorder sate untuk malam itu.
Perasan tak kuih hijau yang macam rupa seri muka tu... Inilah dia kuih talam bersagu dan bersuhun tu. Kuih ni manis sikit pada adunan lapisan atas tu. Sagu dan suhun pula terasa lemak dan masin.
Aku yang belum hilang rasa kenyang kerana baru je makan nasi kerabu pada petang tu, cuba mencari ruang di perut untuk makan juga. Memang sedap mihun goreng Mak Uda di makan dengan sate ayam dan daging tu. Tapi tak boleh makan banyak kerana perut pun teramat penuh. Cuma rezeki tak boleh ditolak.
 
Ini pula majlis pada malam sebelumnya. Selepas kekenyangan, semuanya berehat sambil bersembang. Ada yang menonton, ada yang bersembang, ada yang tertidur kerana kekenyangan dan ada yang main game daun, aktiviti suka-suka. Ada yang lagi bersemangat, keluar ke Metro untuk bermain bowling.
Bila dah berkumpul ramai-ramai macam nilah, tak boleh lari dari rasa kekenyangan dan makan-makan. Lepas tu macam-macam cerita dan tajuk perbualan ada. Riuh dan meriah dengan suara gelak ketawa. Apa pun di ucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga Pak Muda dan Mak Muda atas jemputan ini. Sehingga jumpa lagi di lain acara.....
Posted by Picasa

Rombongan Meminang

Masam kelat si buah pinang,
Menjadi hidangan di dalam cerana,
Resam beradat dengan meminang,
Mengikat hati dara dan teruna.
Cantik betul gubahan hasil tangan makcik saudara sabit ku ini. Gubahan ini khas buat anakanda sulungnya yang melansungkan majlis pertunangan dengan gadis pilihan hati semalam. Ada lima barang hantaran dari pihak lelaki.
Sebelum bertolak, sarapan disediakan oleh Cik Jah berupa soto special kegemarannya dan pulut pagi serta minuman panas teh 'O'. Sedap soto ni boleh di puji.

Makcik-makcik saudara dari pihak lelaki, Mak Lah, Ma dan Su Yah.
 
Ceria saja air muka teruna ni, telah bersiap sedia sudah untuk memulakan perjalanan ke rumah pihak dara.
Si dara pula tersenyum ceria menanti cincing penanda disarungkan ke jari.
Kecerian juga terbayang di wajah si ibu teruna selesai sahaja cincin disarungkan ke jari.
Sesi perbincangan sedang berlangsung.
Doa selamat selepas sesi perbincangan mencapai kata sepakat.
Majlis makan-makan.
Dah nak balik dah. Perut pun dah kenyang.

Semoga kedua bakal pengantin ini di permudahkan jalan untuk sama-sama mencapai cita-cita di hati. Jaga diri  dan hiasi peribadi.....
Posted by Picasa

Friday 23 December 2011

Ku Ziarah & Ku Di Ziarah

Dah dapat tahu adik ipar jatuh sakit, kali ni dah alang-alang ada kat rumah, terus dapat gi melawat dia. Hubby pun belum pernah sampai kat rumah baru dia ni yang hanya terletak di Morak, Wakaf Bharu. Hampir dua tahun dulu, masa dia mula-mula masuk rumah baru dia ni, hubby tak ada kat tanah air. Aku pula walau pun pernah datang sekali masa balik tahun lepas, tapi aku masih belum ingat jalan masuk ke rumahnya. Sesat jugalah kami cari jalan. Kena beberapa kali telefon tuan rumah. Padahal bukannya susah pun, cuma aku yang selalu lambat hafal jalan.

Sebenarnya orang sakit ni, bila orang datang melawat dia, maka itulah yang bakal menjadi penawar yang paling mujarab bagi dia. Daripada tak kuat jalan, datang je abang membuat lawatan, aku tengok macam ada satu suntikan semangat pada diri adik ipar aku ni. Alhamdulillah selepas tu dia dah dapat bangun dan berjalan dengan agak baik, itu menurut kata birasku.

Oleh sebab itulah kita digalakkan datang menziarahi orang sakit agar diri mereka terasa ada orang yang masih menyayangi mereka, dapat menyuntik semangat kepada mereka dan bakal menjadi penawar yang hebat bagi mengurangkan kesakitan yang dirasai dan ditanggung mereka. InsyaAllah....
Pada hari kedua aku di Taman Ramal Desa, Kajang, anak saudara sulungku pagi-pagi lagi menelefonku. Beria-ria benar dia nak menemui 'Ummi'nya ini. Kagum juga aku dengan sikapnya. Sejak aku di Penang lagi dia dah menelefon. Kebetulan hari ini dia ada menjalankan tugas dekat Bangi, jadi dia boleh terus datang jumpa aku. So inilah pertemuan kami, di kedai makan berhadapan dengan PKNS Bandar baru Bangi.
Aku harap dia semakin matang kini, lebih-lebih lagi selepas hampir 4 bulan berkahwin dengas gadis pilihannya. Kalau kecil-kecil dulu, aku antara orang yang kerap mengasuh dia dan menjaga dia. Tapi itu dah hampir 28 tahun dulu. Masa cepat berlalu, sedar tak sedar rupanya dia dah semakin dewasa, aku...? Aku pula dah semakin tua......
Posted by Picasa

Thursday 22 December 2011

KeNaNGan DaLam KeNAnGan

'Universiti Kebangsaan Malaysia', tiada pembaharuan jika tanpa perubahan. Sekalipun kekal sama namun penambahan untuk pembaharuan tetap ada. Telah beberapa tahun aku tidak melihat bekas tempat pengajianku ini. Banyak kenangan yang terukir di sini yang masih terpahat kukuh dihatiku.

Kedatanganku hari ini adalah kerana menemani hubby yang ada urusan untuk menginterview beberapa individu dari Universiti ini. Aku hanya melalui beberapa jalan sahaja di dalamnya, tak sempat nak pusing-pusing, lebih-lebih lagi hujan telah turun dengan lebatnya.
 
Pondok Pengawal keselamatn dipintu masuk utama.
Masjid pun tak banyak berubah.
Jalan masuk, dari jauh aku lihat bangunanku dulu, Fakulti Pengajian Islam.
Juga tidak berubah, masih seperti dulu.
 

Dewan Canselor Tun Abdul Razak, mengingatkan aku kepada majlis konvokesyenku kira-kira 12 tahun yang dulu. Hari kebanggaan ayah dan ibu ku juga.
Secara umumnya yang kulihat masih sama seperti dulu. Itulah kenangan yang tidak mungkin berulang lagi, namun sentiasa diwarisi oleh generasi yang bercita-cita ingin memperjuangkan diri, juga nasib anak bangsa dan negara.
Posted by Picasa