Total Pageviews

Thursday 1 December 2011

Kenangan Musim bunga 2011

Hari ni dah masuk summer, cepat betul masa berlalu. Selamat datang kepada summer. Nanti selama 3 bulan kita akan mula membuka air-con dalam rumah, ada yang berpanjangan siang dan malam. Bagi rumah yang tiada air-con, air-cooler memang laku di musim ni. 
Tapi dalam pada tu juga, kena beringat kerana masa nilah bil eletrik melonjat naik. Ramai yang tak tahan nak melalui musim panas ni. Aku ni tak tahulah... Tapi aku juga stress masa winter. Aku rasa susah nak buat kerja dengan memakai baju yang tebal-tebal. Musim panas, sakit kepala rajin menyerang pulak... Aduh... 

Apa pun bersyukurlah... Ini semua perancangan Allah...bukankah beruntung tu dapat merasai 4 musim yang berbeza....Tak semua orang dapat merasai pengalaman begini. Musim panas ni special juga. Waktu siang akan jadi panjang. Jika nak berjalan ke mana-mana, baguslah dengan waktunya yang panjang. Takdelah terkejar-kejar waktu solat nak habis. Cuma jika ada mengantuk sikit sebab kurang cukup tidur diwaktu malam yang pendek tu, biasalah. 

Ok.... saja menyulam kenangan dengan gambar-gambar semasa spring.... antara yang di pilih....
Belakang rumah aku je ni. Aku share pagar belakang ni dengan belakang tuan rumah. Jadi aku boleh dengar dia bila dia buat kerja kat backyard nya dan mungkin dia juga boleh dengar aku bila aku buat bising, hi hi hi...
Ini pokok 'bottle brush'. Hi hi hi... boleh juga nak kelentong orang yang tak tahu dengan mengatakan ini pokok rambutan Australia.
Aduhai... kalau nak ikutkan banyak lagi gambar-gambar bersama bunga-bunga ni. Nanti kita tengok bunga-bunga di musim bunga tahun depan pula ya. InsyaAllah... Mana tahu, mungkin lagi cantik.

Apa pun selamat datang pada summer.....

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment