Total Pageviews

Tuesday 31 January 2017

Ubi Kayu Rebus & Rendang Daging


Sekarang ni musim hujan dan banjir bagi sebahagian negeri. Teringat zaman kanak-kanak dulu, aku dilahirkan dan membesar sebagai orang kampung yang hidup serba serbi susah dan sederhana. Selalunya jika musim hujan atau disebut sebagai musim 'bah', menu glamour ketika itu adalah ubi kayu rebus. 


Sehingga sekarang pun di Kelantan, bila tibanya musim bah ini, maka menjadi terkenallah ubi kayu ini dengan kuih yang versi moden sikit dipanggil dengan nama kuih 'Putu Halba'. Memang larislah kuih ni ketika musim hujan gini. 

Tapi kali ni bukan putu halba yang aku nak cerita, tapi pure ubi kayu rebuslah tentunya. Cuma versi yang agak sedikit canggih... hehe... maksud aku kurang original la kiranya. Yalah jika yang original, ubi kayu rebus ni akan dimakan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan gula. Ubi kayu rebus ni juga akan di makan dengan ikan kering atau juga ikan budu (ikan pekasam versi kelantan). Ermmm sebut2 dah kecur liur dah ni... sedapnya ikan budu ni.

Ok... Semalam aku pergi menziarah Kakak sulung aku di KL. Selepas makan tengahari, dia prepare pulak kuih untuk minum petang. Katanya tadi dia beli ubi kayu dekat pasar pagi. Jadi bolehlah rebus. Tapi kelapa parut lupa pulak nak belinya. So duk fikir2, makan dengan cicah gula aje la. Selalu gak dulu2 makan gitu. Tetiba kakak teringat yang dia ada menyimpan rendang daging dalam peti ais. Wah mewah benar dah kiranya nih. Hehe... lagi sedaplah jawabnya.
 Ubi kayu rebus cicah gula dan rendang daging. Sedap rupanya.
Kena pulak dengan kopi O yang cukup mengembalikan nostalgia zaman dulu....
 
Ubi kayu yang terkenal sebagai makanan orang Melayu di zaman susah, zaman Jepun dulu masih utuh sehingga kini. Seperti kata pepatah "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas".

Monday 30 January 2017

Nasi Kak Wook @ Danisya Cafe

Cerita semalam punya... aku dalam pusing-pusing cari makan lagi. Kali ini juga untuk lunch. Bila pertama kali datang sini, tidak ketinggalan aku nak albumkan tulisan ni dalam Ahwaalulhayah.

Ada jiran bagitau tentang cafe nasi berlauk versi Kelantan ini. Alang-alang sudah tidak jauh, maka hubby mengajak aku untuk mencuba di sini pula. 
Nasi Kak Wook... dengan ejaan double O...
Cafe ini beralamat di :-

No. 111-G,Jalan Setia Gemilang
BG U13/BG,Persiaran Setia Perdana,
Setia Alam Seksyen U13, Shah Alam, Selangor 40170.

 
Kaunter bayaran
 
Sebahagian dalaman cafe.
 
Aku pun kurang pasti, samada ianya original yang sama dengan nasi Kak Wok atau hanya 'ala-ala' sahaja. Tapi bila aku makan rasanya agak sama dengan yang aku pernah makan sebelum ini di Pasir Putih. Sebelum ni aku pernah ceritakan yang aku juga pernah makan nasi Kak Wok (dieja dengan satu O sahaja) di Seksyen 7 Shah Alam. Sila klik sini. 

Selain menyediakan nasi famous iaitu 'Nasi Kak Wook', Danisya Cafe juga menyediakan nasi campur, mee celup dan juga laksa utara. Nanti lah jika ada rezeki untuk ke sini lagi, aku akan cuba menu mee celup atau laksa pula nanti. Dengar katanya sedap juga. Apa pun kena rasa dulu baru tahu kan.

Sunday 29 January 2017

Jeruk Mangga Asam Boi Merah

Assalamualaikum... apa khabar semua pengunjung, penyinggah, yang terjenguk atau yang terbaca tulisan Ahwaalulhayah ini? Saya doakan awak semua dalam keadaan yang terbaik seperti yang awak selalu impikan ya.... dan saya minta, awak semua pun doakan saya begitu juga ya. Semoga kita sama-sama berbahagia, berjaya dan selamat dunia akhirat... insyaAllah, aamiin...
Ini lah jeruk asam boi merah yang saya buat pada minggu ni... 

Dah lama teringin nak buat, namun kesempatan tiada. Kali ni, kebetulan mangga ku depan rumah ada la yang buah sulung musim baru ari tu. Dah nampak besar dan agak-agak dah kuning matang tu, terus petik. 2 biji je pun, yang lain tu baru berbunga dan berputik. 

Semua bahan yang aku nak pakai dah ada. Apa lagi, baru aku bersemangat sikit nak buat jeruk ni. Cara nak menjeruknya sangat2 la simple nya. Aku kira semua orang pun tahu ya. Cuma saja aku nak abadikan dalam Ahwaalulhayah ini.

Bahan-bahan yang aku gunakan :-
  1. 2 biji mangga saiz besar
  2. Sedikit kapur + air untuk merendam hirisan mangga
  3. Sedikit sangat garam
  4. Secawan gula 
  5. Segengam asam boi merah (hanya ada yang merah dalam stok aku, tiada yang coklat putih tu)
  6. Cili padi ikut kepedasan, dipotong2.
  7. Sebiji limau nipis atau 3 biji limau kasturi.
Bermula dengan mencuci, membuang kulit, menghiris kecil2 mangga tu hinggalah aku merendam potongan buah mangga  dengan air kapur untuk seketika. Tujuannya supaya mangga lebih rangup bila mengunyahnya. Krup krap krup krap gitu. Tapi jika mangga yang dah hampir masak tu tak adalah rangup sangat lagi kan. Lepas tu toskan airnya. 
Masukkan mangga ke dalam satu bekas besar untuk mudah menggaul nanti. Kemudian masukkan gula, cili, asam boi dan limau nipis ke atas hirisan mangga tadi lalu digaul serata. Aku sengaja letak cili yang sebahagiannya dipotong nipis dan sebahagian lagi tanpa dipotong. Aku suka pedas tapi perut aku yang tak tahan. Kerap meragam jika makan pedas.
Sesudah digaul rata, masukkan ramuan tadi ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk rasa yang sejuk dan segar serta enak. Tak payah lama... sejam pun dah boleh dah. Jika tak suka sejuk pun tak apa... letak je kat luar.
Dah sejuk tu, maka bolehlah di buat kudapan. Pasti bertambah-tambah dan tak cukup semangkuk. Ermmm sedap sungguh. Hehe... Selamat menjeruk ya...

Saturday 28 January 2017

'Setia Arab Cafe' Pusing-Pusing Cari Makan

Alhamdulillah... Assalamualaikum warahmatullah semua...
Cerita pusing-pusing cari makan kali ni. Aku jarang2 sekali ke kedai-kedai makan di area Setia Alam. Tapi kali ni saja nak menukar angin. Jika tak cuba macam mana kita nak menilai keadaan kan. So jangan takut mencuba ya. 
Sejak tahun lepas aku perasan ada satu restoran makanan Arab di sini, Mungkin usia bawah 3 tahun. Kawasannya agak tenang. Tidak sesibuk seperti di bandar. Tempat ini seperti pekan kecil rasanya. Sebelum ni tak pernah tergerak hati untuk mencuba makan di sini. Belum jodoh katakan. Restoran ini beralamat di :- 
NO 77, JALAN SETIA GEMILANG
 BG U13/BG SETIA ALAM SEKSYEN U13 
SHAH ALAM.
Agak kemas dan tersusun.
Meneliti menu-menu yang ada. Pilihan sebagaimana menu-menu middle east. Setelah memilih aku decide nak cuba menu ni ↓↓↓. Berkenan sangat aku dengan kebab dia tu... 
Tapi bila sampai order rupanya jadi macam ni↓↓
Sama tapi tak serupa... urmmm... 😏(mood kecewa). Kebab tu dah tak berlidi dan macam daging tandoori pulak gayanya.
Breadnya dihantar asing, tidak seperti dalam gambar juga yang mana bread tu berada di dasar pinggan hidang.
Hubby pilih menu 'Lamb Kabsah' ni.
Yang ni boleh dikatakan serupa. 
Cuma bagi aku portionnya kecil. Tak seperti portion yang sebelum ini dimakan di restoran Arab yang lain. Tapi tak apalah kan... dah tadi kata nak cuba...
Ini minuman yang kami order. Tidak sah bagi aku jika ke restoran arab tidak mengorder teh. Bukan pelik sangat pun, teh o + daun mint la... Tapi kami ni suka minum teh lebih sikit. Jadi kami order yang pot kecil punya.
Dapatlah dalam 4 cawan dari satu pot ni.

Antara hidangan yang tertera dalam buku menu lagi ialah... (sila klik pada gambar jika untuk membesarkan image ya)
Haaa... sekarang dah rasa, kesimpulannya.... macammana nak sebut ya... 'kira bolehlaaa'...🙂🙂🙂

Tuesday 24 January 2017

Paha Ayam Turki Masak Kari

Assalamualaikum... Semoga semuanya baik-baik saja dalam rahmat Allah SWT. 

Giant chicken dalam kisah Ahwaalulhayah kali ni. Tak ada lah giant sangat, ayam turki sebenarnya. Beli masa musim krismas ritu di Tesco. Ada logo halal JAKIM. InsyaAllah yakin ya. 

Turkey drumstick ni aku beli satu je. Cukuplah untuk melepas rindu. Last aku makan pun (part dada) dalam 4,5 tahun lepas ketika masih di Adelaide (klik sini). Itu pun yang dah ready made perap, tinggal bakar je. 

Untuk yang ini, aku beli yang frozen. Lepas tu simpan lama sebelum masak. Tunggu mood sebab aku rasa isi dia ni liat sikit, so kena rebus pakai presser cooker dulu. Sehinggalah semalam baru ada mood nak masak dia.

Duk fikir nak masak apa dengan drumstick ni ya?... Dalam kepala ada pilihan samada :-
  1. Kari?
  2. Sup?
  3. Kerutuk?
  4. Bakar?
  5. Kuzi?
Last sekali decide nak masak kari je. Kelengkapan pun dah sedia ada. 
Lihatlah saiznya dan cara aku pegang tu. 

Berat satu drumstick yang aku pegang ni lebih sekilo. Harga sekilo bagi drumstick masa tu RM14++ masa tu. Tapi jika beli the whole lagi mahal dalam RM20 -30 perkilo... Aku tak berapa ingat dah yang tepatnya. 
 Lebih panjang daripada diameter pinggan makan tu. 
 Besar kan... Aku agak tentu isinya keras sikit.
 Aku kelarkan sikit (macam kelar ikan) drumstick ni sebelum direbus dengan presser cooker.
Selepas direbus selama lebih 40 minit. Nampak macam over cook la pulak. tapi isi dia lembutla. Maka aku rasa jika kita nak rebus pakai presser cooker, setengah jam pun dah sedang2 elok. 
 
Proses nak masak kari pun bermula....
 
 
Ini la rupanya bila dah siap. Minta maaf, presentation kurang cantik. Snap terus dari kuali je. Kuali..? Ya... aku suka masak kari or gulai dalam kuali. 
Disebabkan aku cuma makan berdua je giant drumstick ni, tentulah tak habis kan. Kenalah potong2 ambik kuantiti isinya setakat yang nak makan je. Lagi sekali presentaion nampak tak lawa... tapi sila abaikan ya... 🌝 Dari segi rasanya, sama saja dengan ayam biasa. Tak ada bezanya pun. Saiz je beza.
 Hehe... bakinya... dah tinggal rangka... sekali pandang, macam kaki lamb pulak. 


Sunday 22 January 2017

Afandi Xinjiang Restaurant (Chinese Muslim Food)

Sesekali bila aku teringin dan teringat2 nak makan lamb kebab, aku ke tempat pilihanku yang telah melekat dihati iaitu Cyberjaya. Salam Noodle Cafe pasti dikunjungi walaupun jauh. Pernah aku bercerita dalam Ahwaalulhayah ini mengenai Salam Noodle Cafe ini... Klik sini...

Nak dijadikan cerita, (ini cerita lama ya... yang dah lama tersimpan dalam draf Ahwaalulhayah ni) ada satu hari ni, bila berkebetulan semasa mencari parking, Hubby pusing2 kereta, maka 'terlalu' la di hadapan kedai ni yang bagi aku agak baru di situ. Nampak macam chinese cuisine juga dan ala-ala restoran Uighur. 

Kami pun dengan beraninya membuat keputusan untuk mencuba selera di sini pula. Boleh buat perbandingan nanti. 

Suasana dalam restoran.... 
Sunyi je... Kat kaunter pun tiada sesiapa.
Sampai aku confius nak masuk ke tidak ni? Kot la operasi belum mula... Tapi tak logik pula sebab dah lebih jam 11 masa tu. Tetiba muncul seseorang dari dapur, dan kami bertanya samada dah buka ke belum. Jawabnya dah buka. Cuma orangnya belum datang. 

Lagi sekali aku confius, sedap tak makanan kat sini? Apasal tak ada pelanggan? Tawakkal saja la untuk mencuba. Kelakar jugak bila hubby berkata dengan bergurau... "Tak pa, jika sini tak sedap kita gi makan pula di Salam Noodle"...😊
Minuman di sini pun free refill, sama macam dekat Salam Noodle Cafe juga.
So apa yang kami nak order? Kena tengok menu ni dulu....
Dari luar restoran masa mula2 nampak tadi, gambar ini ↑↑↑la yang menarik aku ke sini...
dimenu...
RM2 perstick.

Wajib order paling kurang 10 sticks untuk makan di sini. Maaf ya gambar kat atas ni adalah yang aku tapau untuk bawa balik rumah pulak... eeei malu pulak makan banyak... Tapi dah suka katakan, lagipun sesekali sangat boleh datang.
Dapanji Noodles... Rasanya not bad.
Ini pula 'Xinjiang Nang With Chicken' RM12. Ini pun yang aku order take away.
Ada sambal yang sama macam di Salam Noodle Cafe juga. Tentula kan sebab cuisine yang sama, rumpun yang sama.
Hanya kami ketika ini.

Saja nak bagi sedikit ulasan dan pandangan. Taste makanan not bad, agak sedap dan tekak aku boleh terima dengan happynya. Suasana restoran bersih dan bagus. Layanan bagus (jika tak bagus macammana bisnes nak berjaya kan?). CUMA SATU je yang perlu diperbaiki oleh pengusaha restoran ni jika nak bagi bisnes dia maju. Bab service menyediakan makanan ni... LAMAAAAAA sangat aku terpaksa menunggu. Masa tu walaupun hanya aku dan hubby je pelanggannya... tapi jika kena menunggu sampai 45 minit, kira pelik la jugakkan. So ini kalau boleh tak patut berlaku. 

Berbeza dengan kedai sebelah... aik, kedai sebelah?? Ya lah kedai sebelah dia tu maksud aku, Salam Noodle Cafe la... Service di sana tip top cepat. Setakat pengalaman aku pergi situ, kadang2 tak sampai 5 minit dah sampai order. Jika lebih pun, tak akan jadi lama lah... Cuba la pergi... Bagi yang dah pergi tu tahu lah kan.

Sehingga aku membuat keputusan, jika teringin nak datang lagi ke Afandi Xinjiang ni, pastikan kita je ada kat situ masa tu. Jika dah ada pelanggan ramai kat situ, takut nak pergi. Hehe... takut kalau lama menunggu la tu... Lebih kurang gitu la... 

Bergambar kenangan di hadapan salah satu middle east mini mart yang sederet dengan Afandi Xinjiang.
Dekorasinya pun ala-ala timur tengah....

***290516