Total Pageviews

Wednesday 30 November 2016

ABC @ KUKUP Restoran

Samada ABC or ABJ
Supper beramai2 di malam melawat lokasi baru Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu (2) di Kota Bharu.

Wednesday 23 November 2016

Friday 18 November 2016

Wednesday 16 November 2016

Mak Nyonya Ikan Kukus Portuguese

Penyediaan menu masakan yang cukup mudah, cepat dan lazat 😄
Rempah segera untuk 3 cara memasak samada mengukus atau stim, goreng sambal tumis dan bakar atau grill. Perencah ni aku jumpa dan beli masa jalan-jalan cuci mata dalam pasaraya billion kat Bandar Sri Iskandar ritu. Terus rasa nak mencubanya. 
Aku gunakan ikan siakap saiz sederhana. Di letakkan ikan pada aluminium foil, balut dan bakar dalam oven selama kira-kira 20 minit. Jika kurang pasti sila rujuk lama masa membakar pada paket perencah ikan tu. 
Boleh juga digunakan untuk memasak ayam atau pelbagai sea food seperti udang ke, sotong ke, ketam ke atau apa saja yang sesuai. Jadi lama masa memasaknya juga berubah.
Aroma yang wangi selepas balutan dibuka. Sedap dinikmati panas2. 

Tuesday 15 November 2016

Wordless Wednesday

*** Rawatan kaki & urutan refleksologi.

Thursday 10 November 2016

Pasta Udang Simple

Salam semua... 
Tak daya rasanya... dah 2 hari demam, selsema, batuk, sakit tekak hingga pedih rasanya kerongkong ni. Bila batuk menjadi2, seolah menjolok sesuatu naik ke kepala... dan kepala pun jadi sakit... anak tekak rasa macam nak tercabut. Makan ubat seperti tiada rasa perubahan pun.

Ujian Allah, moga aku mampu bersabar dengannya untuk mendapatkan penyucian jiwa raga dari kesilapan mungkin. Allah jua yang maha Mengetahui. 

Ok... lari tajuk pulak. Cumanya nak cerita masakan ringkas aku untuk dinner petang tadi je... Semalam first day demam, hubby kata tak yah masak, kita beli je. Hari ni pun dia cakap macam tu juga. Cumanya aku yang dah jemu, tak tahu menu apa yg nak di beli. Asyik yang sama juga bila mengordernya. Dah memang itu je yg di suka kan. 

Jadi nya aku cuba memasak juga, tapi dengan menu yang mudah ini.
Ni dia menu dinner petang tadi... Pasta reben udang.

Aku menggoogle dan mengambil resepi mudah ini dari blog Cik Wan (duniacikguwan.blogspot.my). Terima kasih banyak dan minta halal ya cikgu Wan. Namun tidak lah dapat aku ikut 100% bahan2 yang di gunakan. Aku adjust sikit je kerana menggunakan bahan yang tersedia ada di dapurku saja. 

Bahan-bahan :-
  1. Pasta bentuk reben, anggaran untuk 2 orang dewasa makan.
  2. 10 ulas bawang putih dihiris mayang nipis
  3. 5 ekor udang
  4. 5 ketul king crab roll.
  5. 7 sudu besar minyak zaitun
  6. Sedikit cheese 
  7. Sesudu minyak masak biasa.
  8. Sedikit garam
  9. Sedikit serbuk lada hitam
  10. Sedikit daun ketumbar (cikgu wan pakai daun parsley, tapi tiada dalam stok dapur aku)
*** cadangan : boleh juga menggunakan seasfood2 lain yang digemari.

Cara-cara :-
  1. Rebus pasta. Masukkan lebih sikit garam agar masinnya terasa pada pasta. Tak payah letak garam lagi semasa menggaul nanti. Tuangkan minyak masak biasa bertujuan agar pasta tidak melekit antara satu sama lain. Bila dah lembut toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun untuk menumis. Goreng bawang putih hingga garing dan rangup, angkat.
  3. Goreng udang dan crab roll. Jangan terlalu lama, takut keras. Sekejap je. Angkat. 
  4. Tunggu minyak zaitun dalam kuali tadi suam sikit. Masukkan pasta yang ditoskan tadi ke dalam minyak zaitun tadi. Masukkan juga bawang putih goreng, cheese, udang dan crab roll. Taburkan cheese parut dan gaul sebati.
  5. Kemudian bolehlah dihidangkan. Taburkan serbuk lada hitam dan daun ketumbar.

Pasta, bawang putih goreng, udang, cheese, crab roll yang dimasukkan ke minyak zaitun. Boleh juga digaul dalam bekas lain, dan tuangkan minyak zaitun ke pasta.
Sebelum digaul. Pasta nampak berkilat kan.
Selepas dihidangkan dalam mangkuk besar, taburkan serbuk lada hitam dan juga daun ketumbar.
Selamat menikmati menu sihat ini, insyaAllah..... Sekian.



Tuesday 8 November 2016

Wordless Wednesday (Tiger & Tiger & Qawiy)

Best friend forever...☺

Pekasam Haruan Idaman


Lauk pekasam haruan, dinnerku tadi.

Minggu lepas, aku ada menghubungi dan bersembang dengan seorang sahabat dari utara melalui telefon. Mungkin ada chemistry ketika ini. Dia mengatakan ingin menghubungi ku juga. Katanya dia ada mengail dan mendapat beberapa ekor haruan. Ibu mertuanya telah membuat pekasam.... dan dia teringat yang aku menyukai lauk pekasam utara ni. Bagaimana nak sampai pada aku? Aku mencadangkan dengan cara pos. 

Semalam dia whatsapp aku, bagitau yang dia telah poskan pekasam tu pada hari semalam (kelmarin) dengan menggunakan perkhidmatan pos laju. Jadi aku dah dapat mengagak bila sampainya. "InsyaAllah hari esok", textku padanya semalam. 

..... dan tengahari tadi aku telah menerimanya dengan selamat, alhamdulillah.... 
Taksabar aku nak menengoknya.

Eloknya kawanku ni membalut... he he...
Lepas buka kertas, ada pulak berbalut plastik ni.
Erm.... waaau.. 
Tengok yang ni pun aku dah kecur liur dah. Baunya dah membuat aku rasa lapar.
Jadinya petang itu, memang pekasam haruan inilah yang menjadi lauk makan malam kami. Dah lama aku rasa nak makan pekasam haruan ni. Susah nak jumpa. Aku makan dengan penuh berselera, kelakar pulak bila aku dan hubby tak cukup nasi petang tu dek penangan pekasam haruan ni. Terima kasih banyak2 lah sahabat ku dari utara ni. Terima kasih daun keladi ya... :-)

Monday 7 November 2016

Nasi Kak Wok (D' Ambo Bistro)

Tengahari tadi, dating dengan bos untuk lunch je pun. Aku menjemputnya di ofis. Sesekali saja,tidak selalu. Hanya pada ketika dia free je tau. Jika tak, aku pun tak berani mengganggu kerjanya. Tak tahu ke mana nak tuju sebenarnya. Cuma fikir tempat yang mudah dan cepat je. 
Pernah satu kali sebelum ni kami datang ke sini. Kiranya ini kali kedua lah. 
Menu utama di sini, nasi berlauk Kak Wok dah memang terkenal di mana2. Sedap dimakan panas2.
Tiada pinggan yang digunakan, hanya dihidang dalam kertas pembungkus nasi. Ayam gorengnya dipotong kecil2. Ini dah memang style dia. Terasa sangat kecapan dan selera pantai timurnya. Boleh minta extra nasi dan lauk. Ada juga lauk ikan dan ada lauk telur gulai. Boleh pilih.
Hujan lebat masa aku sampai semalam... 

Saturday 5 November 2016

Mihun celup simple

Telah sekian lama aku menggemari mee, mihun atau kway tiaw celup. Ada sekali aku mencuba maggi celup. Macam bermusim pula kegemaran aku ni. Sampai ada ketika tu, aku akan berkali2 ke restoran yang sama dan order menu yang sama. 

Ada beberapa kedai di area berhampiran tempat tinggalku yang menjual mee/mihun/kway tiaw/ maggi celup ni, antaranya seperti yang pernah aku ceritakan di sini. Kerapnya aku memesan sampaikan waitress restoran tu dah kenal dan tahu kegemaranku. Kadang2 bila pada hari yang aku pergi restoran, mereka yang datang untuk ambil order terus memaklumkan pada aku bahawa hari ni mereka tidak menyediakan mi celup. Padahal aku belum pun membuat pesanan lagi. Lucu pulak rasanya....
Akhirnya hari ini, buat pertama kalinya aku memasak sendiri mihun celup kegemaran aku selama ni. 

Dah lama teringin nak buat sendiri, macam biasala alasannya, belum berkesempatan. Berkebetulan hari ni sendirian di rumah separuh hari. Hubby ada program penyampaian anugerah kepada pelajar di kampus Puncak Alam. Resepinya aku cedok sana sini dari Mr google la tentunya. Terima kasih kepada semua penyumbang resepi. 
Antara bahan yang aku gunakan.

Bahan-bahan 1:-
  1. Mihun / mee kuning / kaway tiaw / maggi kosong. Aku guna mihun je hari ni. Rendam dalam air panas hingga lembut dan toskan.
  2. 4 ketul tulang yang berdaging.
  3. 9 biji bebola ikan
  4. Sedikit perut lembu.
  5. 2 biji bawang besar (di dapurku tiada bawang kecil)
  6. 9 ulas bawang putih
  7. 3 inci halia (halia muda kecil yang aku gunakan)
  8. Rempah menumis 4 serangkai (kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
  9. Setangkai daun ketumbar dengan akar sekali (potong kasar)
  10. Sebatang celery (potong kasar)
  11. Sebatang lobak putih kecil (potong dadu)
  12. Sebatang serai (diketuk).
  13. Minyak untuk menumis
  14. Air untuk kuah
  15. Garam dan gula melaka
*** aku tidak menggunakan sos ikan atau kicap masin sebagaimana resepi rujukan kerana tiada dalam stock ku.

Bahan-bahan 2 :-
  1. Kacang tumbuk 
  2. Cili jeruk
  3. Chili flakes
  4. Kangkung (dicelur dan potong)
  5. Taugeh (aku tak pakai sebab tiada di dapur)
  6. Limau nipis
Cara-cara :-
  1. Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih dan halia hingga wangi. Masukkan rempah 4 serangkai dan tumis lagi hingga naik bau. 
  2. Masukkan tulang dan tumis lagi hingga air tulang itu kering. 
  3. Masukkan air sebagai kuah mengikut kuantiti yang di kehendaki.
  4. Masukkan juga perut lembu. Aku masukkan tanpa dipotong halus sebab nak potong kemudian.
  5. Masukkan daun celery, daun ketumbar bersekali dengan akarnya, lobak putih dan juga serai. Masak hingga menggelegak dan daging pada tulang empuk.
  6. Masukkan bebola ikan, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Sup tengah menggelegak
Bebola mengembang ketika kuah tengah mendidih.

Biarkan kuah suam sikit, sepatutnya ditapis tuang dalam periuk lain untuk asingkan perut, bebola dan tulang tadi. Tapi aku tak buat begitu. Aku hanya cari dan cedok bahan2 pilihan tu. Kemudian hiris kecil perut lembu yang seketul tadi. Kesemua tu diletak dalam bekas berasingan.
Kacang yang disangai.
Kacang ditumbuk
Siap kacang tumbuk dan dimasukkan ke bekas.
Cili jeruk homemade.
Bila nak makan, panaskan kuah. Masukkan mihun dalam pinggan dalam atau mangkuk, ambik tulang berdaging, bebola ikan dan masukkan kuah. Ambil kangkung celur, taburkan kacang tumbuk dan cili flakes, perah limau nipis. Jika cukup alatan,teringin nak buat macam kat kedai tu. Ambil bahan2 diletak dalam bekas pencelur. Celup dalam kuah dan baru masukkan ke mangkuk. Tapi aku tiada peralatan tu.
Sedap juga dinikmati dengan cili jeruk sebagai penambah selera. Aku tidak letak lobak jeruk kerana tiada dalam stok.
Sekian dan selamat mencuba ya.... :-)


Thursday 3 November 2016

Mini BBQ Platter

Ermm... sesekali menu yang rasanya tak nak makan nasi. Karbohidrat daripada nasi ditukar ambil daripada kentang.
Antara lauk pilihan :-
  1. Ayam
  2. Kentang
  3. Sosej
  4. Cendawan Shitake segar
  5. Udang
  6. Carrot
  7. Bawang
Cara-cara ku :-
  1. Perap dengan bahan kegemaran sendiri. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dengan suhu 200d dalam lebih kurang 30 ke 40 minit atau hingga masak.
  2. Untuk kentang tu, aku tebuk lubang di tengahnya, letak cheese dan tutup balik (dapat bayangkan tak? kira dapat la ya, aku percaya yang you all pun tahu buat).... aku rebus 3 suku masak terlebih dahulu, kemudian sapu dengan lada hitam, garam serta olive oil. Balut dengan aluminium foil dan susun sama2 dengan yang lain. Aku buat macam ni sebab was2 takut bila yang lain dah masak, dia masih mentah.
  3. Udang tu pula aku masukkan saat2 dah hampir lauk lain nak masak. Udang kan cepat masaknya.

Mayonis sebagai pencicahnya. Mayonis + perahan lemon + dry mint. Gaul sebati.
Salad simple, cuma timun + capsicum traffic light (merah, kuning dan hijau) + juga strawberry. Lagipun itu je yang ada dalam fridge. Digaul dengan perahan lemon, gula dan olive oil. Dah siap semua part, boleh la dihidangkan.
My simple dinner...
Kentang bila di buka pembalut dan dibelah...

Sekian.... :-)