Total Pageviews

Wednesday, 16 November 2016

Mak Nyonya Ikan Kukus Portuguese

Penyediaan menu masakan yang cukup mudah, cepat dan lazat 😄
Rempah segera untuk 3 cara memasak samada mengukus atau stim, goreng sambal tumis dan bakar atau grill. Perencah ni aku jumpa dan beli masa jalan-jalan cuci mata dalam pasaraya billion kat Bandar Sri Iskandar ritu. Terus rasa nak mencubanya. 
Aku gunakan ikan siakap saiz sederhana. Di letakkan ikan pada aluminium foil, balut dan bakar dalam oven selama kira-kira 20 minit. Jika kurang pasti sila rujuk lama masa membakar pada paket perencah ikan tu. 
Boleh juga digunakan untuk memasak ayam atau pelbagai sea food seperti udang ke, sotong ke, ketam ke atau apa saja yang sesuai. Jadi lama masa memasaknya juga berubah.
Aroma yang wangi selepas balutan dibuka. Sedap dinikmati panas2. 

No comments:

Post a Comment