Total Pageviews

Tuesday 31 October 2017

Islam Indah

Sumber: Whatsapp Group.

Kasihnya Ibu


Sumber: Whatsapp group.

Monday 30 October 2017

Album Mini Re-Union SMU @ Sunway Pyramid 2017

Assalamualaikum...
Buat pertama kalinya bertemu kembali setelah berpisah membawa haluan masing-masing dalam lebih kurang 25 tahun yang lalu. Kami dari SMUA Al-Hidayah Al Islamiah. Dengan usaha admin yang mengumpulkan contacts, telah menemukan masing-masing walaupun masih ada yang belum dapat dijejaki.

Pertemuan hanya berlangsung secara santai dan mini sahaja. Itu pun dari yang tinggal di area Kuala Lumpur dan Selangor. Walaupun hanya muslimah berenam sahaja, namun cukup kecoh dan meriah. Tak terasa masa yang telah terlalu jauh ditinggalkan. Masih seperti berada di alam persekolahan antara tingkatan 1 - 4 sahaja. 

Aku juga yang pada mulanya berbelah bahagi untuk hadir, namun kerinduan terasa kuat memujuk diri ini untuk bertemu sahabat lama. Dengan langkah yang dimulai 'Bismillah', hati yang berdebar, bertemu juga kami akhirnya... dan aku muncul  dengan surprise sendiri.

Pertemuan yang bermula dengan linangan air mata keharuan.
Sweet memori...
nanisufi blogspot
@ Sunway Pyramid...
... dan... biarlah hanya gambar yang lebih banyak bercerita...

Kanan dari depan; Siti Ruhaya, Hasmiza dan Aku.
Kiri dari depan; Rohaida, Noraidah dan Rosni.

Menikmati lunch di 'Chicken Rice Shop'... Riuh rendah jugaklah masa ni...
Jom layan gambar2 kami  lagi....






















Salah seorang rakan team kami yang sedia bekerja di sini.
Lepak minum petang di 'Old Town White Coffee'

Ermm... masa 6 jam yang berlalu hanya terasa seperti satu jam sahaja. Belum habis cerita kami. Selepas melilau2 sesat mencari surau untuk bersolat asar, hari telah pun menunjukkan kesenjaannya. Masa begitu mencemburui pertemuan ini. 

Hendak mencari jalan keluar dari Mall ini pun puas bertanya orang. Dengan hati yang berat, kami tamatkan dahulu pertemuan untuk hari ini. InsyaAllah akan ada lagi pertemuan-pertemuan ke seterusnya lagi selepas ini. Mungkin lagi ramai lagi meriah dengan pelbagai karenah. Kepada yang tidak dapat hadir, kami faham kerana kekangan jarak dan masa. Mudahan ada lagi kelapangan masa yang Allah bagi selepas ini, insyaAllah...
Terima kasih semua sahabat yang memahami 'situasi' diriku dengan tidak banyak bertanya. Miss You All.

Jumpa lagi ya...

Saturday 28 October 2017

Mutton Grill With BBQ Onion & Fruit Salad

Menu ringkas yang dimasak simple dan cepat untuk makan tengahari tadi.
Mutton Grill With BBQ Onion and Fruit Salad.
Mutton kali ini yang diperap dengan :- 
  1.  Madu
  2. Apple Cider Vinegar
  3. Sedikit garam
  4. Smockey BBQ
  5. Alseason spicy
  6. Black pepper dan 
  7. Taburan dried parsley flakes

Digrill di atas kuali ala-ala kuali ajaib, bersama dengan hirisan bawang. Kemudian dilengkapkan dengan sedikit salad buah yang tersedia ada dalam stok.
Menu simple, mudah dan cepat. Selamat mencuba...

Album Ku Di Holiday Inn Shah Alam



***211017***