Total Pageviews

Monday 2 October 2017

Stir Fry Chicken With Celery, Carrot and Tomato (Chinese Style)

Salah satu menu sihat yang di masak untuk late lunch semalam.... 
 Ayam di perap ringkas, digoreng secara berasingan dengan sayur hiasan. Bila dah masak, baru lah digaul bersama seketika.

Bahan-bahan yang ku pakai :-
  1. Isi ayam seperlunya (digaul dgn stok ayam, sedikit tepung goreng ayam, halia, bawang putih, lada hitam, minyak bijan, biji bijan dan sedikit serbuk smokey bbq)
  2. 2 batang salery dibelah 2 dan dipotong sepanjang 2 inci or ikut suka.
  3. 2 inci carrot dihiris
  4. 1 biji tomato dibelah 4.
  5. Sedikit minyak zaitun untuk menggoreng.
Cara2 yang ku buat:-
  1. Panaskan sesudu minyak zaitun dlm kuali, goreng sayuran lebih kurang selama satu minit sahaja. Keluarkan. 
  2. Dlm kuali yang sama, panaskan sedikit lg minyak zaitun, goreng isi ayam. Sesekali di kacau dalam lebih kurang 5 ke 7 minit atau hingga agak2 empuk. 
  3. Tutup api dan masukkan sayuran tadi kembali ke kuali untuk digaul dengan ayam. 
  4. Hidangkan.
 Hidangkan....
Menu sihat... 

I love chinese style... boleh juga dimakan ratah begitu saja... Anda pun boleh mencubanya jika suka... :-)

No comments:

Post a Comment