Total Pageviews

Thursday 29 January 2015

Kisah Anis Dan Peragut Yang GAGAL

Seringkali dan terlalu kerapnya kita mendengar tentang kejadian ragut dewasa ini. Berleluasa dan bermaharajalela. Tidak pernah serik atas apa yang telah banyak menimpa kepada rakan sepekerjaan mereka yang telah ramai menerima bermacam-macam balasan dan akibat, kesan dari kemarahan dan kebencian masyarakat kepada sampah bumi ini. Malah yang sering mengigau ketakutan dan diselimuti trauma adalah mereka yang benar-benar telah mengalami dan melalui sendiri pengalaman bagaimana rasanya menjadi mangsa ragut. Aku percaya seluruh manusia yang mencapai akil baligh di dunia ini tahu pasal ragut, tetapi tidak semua kita ini mengalami sendiri suasana, keadaan dan situasi ketika kejadian, maka itulah pengalaman bermakna yang bakal disemat kukuh dalam ingatan agar kejadian yang sama itu tidak berulang lagi dalam hidupnya. Na'uzubillahi min zaalik.

Apa yang akan aku ceritakan ini adalah salah satu kisah realiti... kisah benar yang telah berlaku kepada jiwa yang paling dekat dengan diri aku. Tidak kisahlah siapa dia kerana identitinya ingin dirahsiakan kerana apa yang bakal diceritakan ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang terbaca kisah ini, agar lebih sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. 

Firman Allah dalam surah al-A'raf :179 :-
Maksudnya :- "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahnnam itu, kebanyakkannya dari jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan mereka yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan mereka yang mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai".
Gambaran atas... di suatu penempatan yang kelihatan jalannya masih sunyi, dapat anda lihatkan, bagaimana dari hujung jalan sebelah sana ke sebelah sini, terutama di waktu kerja. Di sinilah Anis tiba-tiba diserang oleh peragut yang sudah tentu tiada setitik pun iman di hati mereka. Ya lah jika masih ada sepercik pun iman dan masih ingat Allah, mereka tidak akan berbuat kekejaman sebegitu, kemaruk sangat mereka ini berkehendakkan hak orang. Maafkan aku kerana dalam kisah ini, aku mungkin kasar kerana ingin membahasakan mereka yang zalim ini dengan gelaran 'binatang peragut'.

Kesian Anis, masih trauma dengan kejadian 2 hari lalu. Masih ternampak-nampak dan terasa-rasa lagi bagaimana dia bergelut dengan binatang peragut itu demi sedaya upaya mempertahankan dirinya. Aku yang dapat menyelami, merasai dan memahami 100 % jiwa raganya. Aku bukannya bomoh atau kasyaf seperti orang-orang yang sufi, tapi aku berada di jiwanya. 

Cerita Anis, petang itu, dalam jam 5.40pm, Anis menerima panggilan dari suaminya. Seperti selalunya, suami Anis akan menelefon memberitahu akan bertolak balik dari tempat kerja. Jadi Anis pun menunggu di laman depan sambil bermain dengan kucing-kucing kesayangannya. Sambil kucingnya bermain-main dan adakalanya menggigit rumput, orang kata sebagai penawar bagi mereka untuk memuntahkan hairballnya, Anis membelek-belek majalah lama kegemarannya di ruang santai. Sesekali matanya meninjau kucing bermain. 

Tetiba kucing yang paling dewasa bernama Yellow hilang dari pandangan. Seperti biasa agakkan Anis tepat. Dia telah terlepas keluar dari pagar Anis. Ini lah permulaan kepada kejadian yang tertulis dalam qadar Allah dalam takdir Anis untuk petang itu. Tidak mahu menunggu lama, Anis mendukung 2 kucing yang masih bermain di laman dan disuruh masuk bermain dalam rumah. Lalu keluar ke jalan tepi rumah untuk mencari Yellow. Anis dah dapat agak ke mana Yellow pergi. Dia masuk ke pagar belakang rumah jiran Anis yang selang 2 rumah dari rumah Anis. Seolah faham dengan perintah Anis, Yellow terus berlari pulang. Lalu Anis pun ikut lah berjalan pulang. Yellow pula memasuki pagar rumah jiran yang paling tepi. Laluan shortcut bagi dia la tu. 
Anis kembali semula ke rumahnya melalui jalan tepi yang sama juga dilalui tadi. 
Semasa berada di area bertanda hijau tu, Anis nampak satu motorsikal yang dinaiki oleh 2 penunggang malayu dari arah bertentangan (arrow merah). Anis tidak mengesyaki apa-apa yang buruk. Tidak terlintas sedikit pun dalam hatinya. Mungkin ketika kita tidak bersangka itu lah, Allah ingin menguji hambanya. 

Demi mencari Yellow, Anis berpaling ke kiri dan mengintai-ngintai melalui pagar rumah sebelah kirinya. Tiba-tiba, Anis terkejut yang amat bila mana dia dipegang oleh tangan kasar lelaki dari belakangnya. Bila masa orang ni turun motor..? Silapnya Anis berpaling ke arah lain. Rupanya orang tadi memang ada memasang niat jahat. Tiba-tiba je berlaku... sepantas kilat... dan Anis tidak bersedia langsung untuk menghadapi kejadian itu. Dalam kebingungan seketika, hati Anis tertanya-tanya, "kenapa orang ni pegang aku...???" Seketika kemudian barulah Anis seolah dapat mentafsir kejadian yang berlaku bila binatang peragut itu merentap sesuatu dari tangan kirinya. Tapi sepantas daya, Anis juga cuba melindungi tangan kirinya. Seorang lagi gang binatang peragut ini sedang bersedia di atas motor. Konon-konon dan berangan nak lari dengan happy bila dapat hasilla tu... Uuuweeeekkk.... Penulis pun sangat geram ni....

Bayangkan pergelutan telah berlaku di antara wanita lembut bertudung, berkain skirt labuh dan berselipar dengan lelaki ganas berhelmet, berseluar jean dan berkasut. Anis cuba sedaya tenaga yang ada pada kudratnya. Sekalipun di tangan kanan Anis tergenggam serangkai kunci rumahnya... dan kunci itu tidak sedikit pun terlepas dari tangan Anis. 

Dalam waktu yang pantas, terdesak dan getir itu, Anis sempat tertanya-tanya dalam hati... "ini ke namanya ragut... Ya Allah ini ke namanya ragut???" "Ya Allah, aku sentiasa perlu dan mengharapkankan pertolonganmu"....Sepantas kilat lintasan hati dan akal Anis masih boleh beridea. Sempat terbayang dalam kepala Anis kepada satu video yang disebarkan melalui whatsapp, yang pernah dilihatnya, yang mana ada di antara mangsa yang terpaksa bertindak berani melawan binatang peragut ini selagi mana tiada senjata yang mereka gunakan. Entah dari mana.... ada bisikan yang datang ke hati Anis supaya tetap berusaha melawan binatang peragut ini kerana dia tidak bersenjata. 

Dalam masa pergelutan itu, satu ketika Anis sempat bertentang mata dengan binatang peragut itu, bisikan ke hati Anis datang lagi... "kau mesti lawan...! kau mesti tetap lawan...!!!" Anis dengan geram ingin menumbuk muka binatang itu, tapi tak kesampaian sebab cermin helmet dia terjatuh dan menutupi mukanya. Dia lebih tinggi dari Anis... Anis cuba memusingkan badannya supaya membelakangkan binatang ini dengan harapan memayahkan lagi usaha binatang peragut itu dalam usahanya merebut tangan kiri Anis. Masing-masing berebut tangan kiri Anis. Dalam usaha memayahkan binatang itu mencapai targetnya, Anis tersilap langkah lalu terjatuh ringan sambil berpaut pada tangan binatang peragut itu. Aku mengharapkan Allah sengaja hendak mempermainkan binatang peragut ini....apabila dia diumpan pula dengan rantai Anis yang sedikit kelihatan apabila tudungnya terselak. Dia cuba merebutnya tetapi Anis berjaya menggagalkan tindakan rakusnya.... Sekali lagi "PADAN MUKA KAU BINATANG"... Opps... sorry.... :-p

Binatang peragut terus dengan sifat kedarahnya nakkan hasil. Dalam keadaan begini Anis terus mengambil langkah lebih kepada usaha mempertahankan diri daripada bertindak menyerang. Allah memberikan Anis tenaga untuk mengeluarkan suara kuat dengan terus menjerit meminta bantuan. Alhamdulillah ya Allah... Jiran lelaki Anis yang sedang menyapu di laman rumah telah mendengar jeritannya lalu terus berkejar ke tempat kejadian. Jiran itu berdiri di simpang jalan dan menjerkah. Namun hanya dengan jerkahan pertama, binatang peragut itu masih belum berpuas hati. Masih cuba merentap tangan kiri Anis yang tetap bertahan. Namun alhamdulillah jerkahan kedua dari jiran Anis membuatkan binatang peragut itu mengundur dan memecut melarikan diri... alhamdulillah ya Allah... Anis melihat jam selepas itu. Kejadian berlaku pantas antara jam 6.10pm hingga 6.15pm. 

Anis cuba mengagak, pergelutan ini berlaku dalam 2/3 minit atau lebih. Dengarnya singkat, tapi bagi yang sedang bersabung tenaga untuk mempertahankan diri disaat-saat cemas dan berisiko tinggi terhadap nyawanya, Anis merasa begitu terseksanya. Malah penulis sendiri pernah terbaca akan kisah benar yang berlaku ke atas seorang mangsa ragut yang lain, kejadian berlaku dalam masa kurang dari 10 saat. Sedangkan dia menyedari bakal diragut malah dapat menyaksikan setiap gerak-geri peragut itu satu persatu. Sangat geram mendengarnya kan.

Cuma yang Anis hairannya sepanjang-panjang kejadian ini berlaku, tiada sepatah kata atau suara pun yang terkeluar dari mulut kedua-dua ekor binatang peragut ini. Kenapa agaknya ya..? Mungkin supaya slangnya tidak didengar oleh Anis, bimbang Anis tahu samada dia itu Melayu atau Indonesia... ya mungkin juga...
Area bulatan hijau merupakan tempat berlakunya pergelutan, manakala tompokan merah itu adalah tempat binatang peragut yang sorang lagi (atas motor) menunggu rakan yang sama-sama  berhati iblis untuk lari apabila mendapat hasil yang haram nanti.... baaaanyak hasil engkau.... :-p

Apabila binatang peragut yang gagal mendapat hasil itu melarikan diri, Anis sempat menoleh ke nombor plate motorsikal mereka tetapi hanya separuh yang dapat dihafal dek silaunya cahaya matahari ke mata ketika itu. MasyaAllah... tidak mengapalah Anis, yang penting Anis dah terlepas dari tangan mereka yang bakal jahanam itu. Anis dan jirannya tadi cepat-cepat beredar dari tempat itu kerana ada kebimbangan mereka akan datang lagi. Maklumlah mereka macam tak puas hati... PADAN MUKA KAU BINATANG....!!!
Pandangan dari depan ke belakang...

Perasaan Anis agak lega bila mana drama yang berlaku adalah betul-betul di hadapan CCTV perumahan tersebut. InsyaAllah rakaman kejadian itu dapat disaksikan oleh AJK Taman untuk tindakan yang lebih jelas.
Pandangan dari belakang ke depan... dan seperti tadi, area hijau tempat pergelutan dan merah adalah tempat penunggang motor yang sedang menunggu.
CCTV yang ada di setiap penjuru jalan.... 

Kesan lebam dan calar ringan yang dialami Anis. Kesian Anis... :-(

Atas rasa tanggungjawab dan supaya kejadian ini ada dalam rekod pihak polis, Anis telah membuat report di balai polis berdekatan. 

Aku dapat menyelami perasaan hati Anis. Anis meluahkan perasaannya pada aku, betapa dia sangatlah rasa bersyukur yang amat atas pertolongan yang Allah berikan. Tak tahu sebanyak mana, tapi terlalu banyak sehingga Anis menggelengkan kepalanya kerana tak terkira banyaknya rasa kesyukurannya.
* Anis bersyukur kerana Allah  menutup pintu hati binatang peragut itu daripada menggunakan senjata, pisau contohnya...
* Anis bersyukur kerana binatang peragut itu tidak dapat bertindak dengan lebih ganas ke atas Anis seperti samada menendang ke, menumbuk rusuk ke, menolak supaya jatuh longkang ke (kejadian berlaku di tepi longkang dan di sebelah jalan satu lagi ada parit)... atau sesuatu yang mungkin Anis tidak dapat bertahan....Allah membantu dengan menutup fikirannya untuk berbuat begitu.
* Anis bersyukur kerana seorang lagi binatang peragut yang menunggu di atas motorsikal tidak turun membantu rakannya. Allah jugalah yang membantu serta mengunci langkahnya dari menghampiri. ALLAHU AKBAR...!
* Anis bersyukur kerana bisikan demi bisikan motivasi  yang Allah hantar ke hati Anis semasa pergelutan berlaku...
* Anis bersyukur kerana Allah hantarkan jiran Anis yang dapat mendengar jeritan yang Anis laungkan... Berbanyak terima kasih kepada jiran Anis tu. Anis akan melakukan sujud syukur setiap kali mengingati pertolongan Allah ini. ALLAHU AKBAR...!!! WALILLAHIL HAMD...

Namun Anis ada juga meluahkan rasa pada aku..... yang hatinya tidak dapat menipu dirinya sendiri. Dalam rasa kesyukuran Anis, ada juga satu dua perkara yang Anis amat terkilan dengannya. Anis rasa terkilan bila mana jiran yang datang menjerkah binatang peragut itu, hanya berdiri jauh darinya. Dia berdiri di simpang jalan sebelum tiang CCTV. Dia tidak mendekati area kejadian. Jika dia cepat datang dekat, awal beberapa saat dia pasti dapat meringankan risiko kebahayaan yang sedang menimpa Anis. Katanya bimbang jika binatang peragut itu berpisau. Tapi ya lah, jika berpisau, dah lama Anis yang kena dulu. Anis berkata, jika dia datang dan berlawan dengan 2 ekor binatang peragut tu, Anis tidak akan membiarkan dia sendirian, Anis akan turut membantu, alang-alang mandi, biarlah basah kata orang. Namun Anis memujuk hatinya melupakan keterkilanan itu untuk terus bersyukur. Yang penting kejadian itu telah berlalu dan Anis pun telah Allah selamatkan.

Seperkara lagi Anis merasa terlalu kecewa bila pada sebelah malamnya dia mendapat tahu yang CCTV yang diharapkan dapat merakam kejadian petang tadi, rupanya telah seminggu lebih tidak berfungsi. Aduh... amat-amat kecewa. Rosak tanpa disedari AJK yang bertanggunjawab mengenainya. Ada juga dengar kata macam disabotaj. Susah Anis nak terima kerosakan sebegini atas apa yang berlaku ke atasnya. Apalah gunanya terletak selama ini jika tiada maintenance dan sepatutnya benda tu diperiksa sentiasa. Nak dijadikan perhiasankah? Atau saja letak supaya orang saja-saja gerun... Rosak pada ketika dan saat-saat kita amat memerlukan kecanggihan teknologinya. So bad.... Anis kecewa.

Moga-moga seluruh binatang peragut ini mendapat balasan dan pengajaran yang boleh mereka jadikan iktibar. Moga mereka sempat bertaubat dan insaf serta menyesali perbuatan mereka seumur hidup. Maafkan penulis kerana menggelarkan kalian dengan gelaran 'binatang peragut'. Penulis juga bagi pihak Anis memohon maaf sekiranya ada perasaan yang terguris ketika membaca kisah Anis ini. Tapi ini adalah hakikat sebenar dalam kisah Anis. Anis seperti masih tidak percaya apa yang telah berlaku ke atas dirinya, masih seperti mimpi, tidak disangka langsung. SUNGGUH JAHAT BINATANG PERAGUT INI, tapi ingatlah kalian pasti akan mendapat pembalasannya. Akan menyesallah kalian nanti dengan sungguh-sungguh perasaan menyesal yang tiada kesudahannya. Tunggu dan rasalah...

Anis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada jiran-jiran dan sahabat handai yang datang dan bertanya khabar. Sebenarnya dalam hati aku sangat-sangat kagum dengan Anis. Sekali pun dalam keadaan trauma dan masih terkejut, namun sehingga ke hari ini, tiada setitik pun air mata yang jatuh ke pipinya. Adakah mungkin kerana apabila seseorang itu terlampau dalam kejutan, dia sukar untuk menangis... sekadar tubuh yang rasa menggigil dan hati yang berdebar. Dari manakah kekuatan itu datang jika bukan dari kurniaan Allah jua. Namun Anis masih terasa-rasa keadaan ketika kejadian.

Kepada yang bukan dari kalangan peragut yang membaca kisah ini, moga mendapat sedikit pengajaran agar sentiasa berwaspada. Ingat, di sekeliling kita hanya ada 2 keadaan, samada keamanan atau kejahatan... 

Sekian kisah Anis...
270115

Parking Tanpa Izin

Jangan salah parking, pinjam tanpa izin, ambik tanpa minta.....
Jika di ambik begini, patutnya tinggalkan no phone agar mudah urusan. Pemilik senang nak call bagitau minta alih kereta sbb awak dah ambik parking orang kan. Pemilik pun tak ada lah kecewa sangat bila awak terpaksa ambik sekejap pun, sebab fahamlah kawasan ni payah parking, dan parking ni khas untuk KPP ... bermakna bertuan...
Terpaksa kena minta khidmat security. Minta maaf la ya... Harap tidak mengulangi lagi atau sila tinggalkan no phone atas dasboard anda untuk mudah dihubungi...

Wednesday 28 January 2015

Kraf Tangan di Apple, Quilting @ Apple

Ketika dalam kerajinan belajar suatu ketika dahulu, balik dari sekolah, lupakan stress dengan segala tugasan, dalam ketelitian mungkin terselit kedamaian dek kerana kekhusyukkan yang ada... Kenangan projek @ Apple yang berjaya disiapkan masih dalam koleksi ku....
Sebulan tu kira cepatlah jika dapat menyiapkan 2 projek. Membelek satu persatu, memotong satu persatu, menggosok, menampal dengan gam, menekap corak, menggunting, jahitan tekap sorok... semuanya perlukan kesabaran dan kehalusan dalam menyiapkan semua kraf ini... 

Antara sukatan pada tahun itu yang berjaya aku siapkan ialah :-
Rumah sebagai tempat mengisi majalah-majalah atau bahan bacaan di ruang tamu.
Pandangan sisi
Projek hiasan gantung, flower basket gitu
Nampak macam 3D jika dilihat pada jarak dekat, kaedah quilt diguna pakai.
Tudung saji. Aku dah pakai sekarang sebab bila fikir, jika asyik nak simpan bertahun-tahun pun tak ada gunanya juga sebab tiada fungsi pulak jadinya.
Membuat kelopak dan kuntum bunga ni pun sudah mengambil masa berhari-hari.
Bunga matahari kecil
Ini sarung bantal untuk hiasan pada sofa... Sarungnya aje ni, bantalnya belum ada yang ngam. Ya lah sebab tak cari pun...
Bunga dan daun tu dibuat sekeping-sekeping, lepas tu gamkan pada kertas pengeras, tampal serta ironkan dia, kemudian jahitkan pada kain tu... uhuhu... banyak peringkat proses menyiapkannya. Bila dah siap tu, puas hati sangat bila tengok hasil tangan kita kan.
Ini pula alas meja bulat kecil. 
Proses nak menyiapkannya hampir sama. Hasilkan bunga dan daunnya dulu, lepas tu jahitkan pada tepi-tepi alas meja tu. Meralit buat ni tau, sampai lenguh-lenguh urat leher tu nanti.
Nak menyiapkan semua ni memakan masa berbulan-bulan jika dalam part time. Full time aku tak pasti la pulak. Semestinya lagi cepatlah... semimggu mungkin. Cuma ada 2 ke 3 projek lagi yang belum sempat aku buat. Kad keahlian belajar dah lama luput. Nak memperbaharuinya pun takut tak berbaloi untuk aku kini, dalam rm300 juga tu... ermmm nantilah...


Siapa Yang Punya

Terkenang semasa dulu.... 

Monday 12 January 2015

Felda Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai

Hanya mendengar nama dan cerita-cerita sahaja sebelum ini. Lambat jodoh untuk sampai ke Felda residence yang bukannya berjarak jauh pun berbanding balik kampung sendiri. Aku berasa lucu sekali bila pernah menonton drama komedi yang mana seorang isteri meluah rasa tidak puas hati kepada suaminya kerana sejak beberapa tahun berkahwin, belum pernah suami membawanya pergi bercuti walaupun hanya ke Sungkai.... mendengarnya seolah mudah sahaja untuk ke situ. Namun sebelum berjodoh, ke mana pun kita tak kan sampai, ya tak?

Kali ini aku berjodoh untuk sampai ke sini. Kali pertama berbanding orang lain :-). Lamaaa duk tersimpan di draf... baru dapat masa untuk post... uhuhuhu... demi masa... 
Apa-apa check in dulu... gambaran suasana sederhana dan selesa bilik penginapan....
Not bad lah, lengkap keperluan kita, iron pun disediakan.
Untuk dipakai di pergelangan tangan semasa ke kolam. Tandanya kita adalah penghuni di penginapan ini.  Juga seperti biasa, kita mendapat kupon sarapan pagi untuk 2 orang. Jom tinjau sedikit suasana dan pemandangan di sini.
 
 
 
 
Jalan menghala ke kolam-kolam...
 
 

Aliran air panas...
Laluan refleksologi... Jika tapak kaki boleh bertahan, elok sangatlah berjalan melalui laluan ini, Sambil berjalan perlahan seolah sedang mengurut dan menungku tapak kaki.
 
 
Kawasan yang sewajibnya dijenguk.
 
Kecil saja ruangannya. Masa ni mungkin kerana hari dah ke petang sikit, jadinya satu-satunya gerai menjual telur di situ tutup. Hai... tutup pulak... dahlah tak boleh bawa telur sendiri. Syaratnya kena beli kat situ saja. Jadi hari ni belum dapat mencuba. 
Siap warning awal-awal dah...
Dari jauh dah nampak kolam besar tempat mandi manda. Kolam mandi air biasa, maksud aku bukanlah air panas. 
Nampaknya orang belum ramai....


Mandi dan main bersungguh-sungguh...
Dah menggigil main air sejuk, elok la pula bergerak ke kolam-kolam air panas. 
Berkerut juga muka menahan suhu panas air.

Sebenarnya yang ini macam terpaksa berendam sekejap. Kenapa ya? Sebab kolam ni kecil je. Siapa dan apa kondisi orang yang berendam sebelum ni kita tahu. Jadi pandai-pandailah...

Dah siap-siap warning tu...

Menjelang senja, singgah di kolam besar air panas pula...







Lama bermain air, sampai ke senja... sambung esok ya...

Dinner kami di Meranti Coffee house. Bagi aku harga yang cukup berpatutan dan murah. Buffet rm20 perperson. Apa yang aku hanya mampu makan....
Mi dan nasi goreng, sayur pilihanku, ayam kukus berempah... round 1.
Aneka noodle soup. Tapi aku pilih mix mi, mihun dan kwaytiaw sekaligus... second round...
Aneka salad... seterusnya...
Aneka kuih... hanya larat yang ini je... kenyang sangat dah...
Last pilih tembikai ni je untuk hilangkan muak... terdapat lag beberapa jenis buahan lain.
Minuman panas pilihan... hot coffee... Bagi mata segar sikit...
Hahaha... ini saja nak tunjuk kat dinding dalam coffee house ni... banyak sangat cicak merayap...
Pagi-pagi sebelum sarapan, keluar jalan-jalan tinjau kawasan dulu. 
Suasana depan penginapan...

Dah lepas sarapan, apalagi... kolam lagilah...
Tengoklah betapa bersungguh-sungguhnya main. Orang lain pun gitu jugak tau...
Di sekitar kolam... biarkan saja gambar bercerita...
Sekali lagi ke kolam besar air panas... Ini aku berada di tepi kawasan air yang paling panas di sini. Berasap tu... tak boleh stay lama... tak tahan...
Air sangat panas di sini...

Ok... Pagi ni gerai jual telor dah di buka. Rm5 untuk 6 biji telor... amboi pandainya bisness...
Tapi boleh la sekadar suka-suka nak mencuba.
 
Cuba ikut masa yang dicadangkan....
Makan suka-suka... Lepas ni kira nak berkemas check out la pulak. 
Kiranya dari segi masa yang aku spent kat sini amat berharga. Pendek tapi padat dengan aktiviti. InsyaAllah ini adalah suatu tempat yang patut dikunjungi lagi. 
Perjalanan balik bertembung dengan lembu-lembu felda... :-)

***2122-0214***