Total Pageviews

Sunday, 20 August 2017

Telur Sotong

Assalamualaikuuummm.... 
Lamanya tak bercerita. Sunyi pulak tulisan santai kosong di Ahwaalulhayah ni. Banyak sangat membahagi masa, banyak faktor membuatkan aku jadi tiada peluang ni. Selalu rindu nak mencoret buat simpanan kisah sendiri.... InsyaAllah kali ni ada keizinan dari-Nya. 
Jika tak baca tajuk, cam tak apa ni..? 😉

Sebenarnya ini kali pertama aku masak telur sotong. Dah lama adik aku simpan frozen telur sotong ni untuk aku cuba. Dia siap book dari peniaga di Tok Bali. Walaupun aku tak makan sotong basah, tapi bila mereka duk bercerita yang telur sotong ni sedap sangat bila kena gaya masaknya, membuatkan aku rasa nak mencubanya. Selalu adik aku cakap dia akan goreng celup tepung je telur sotong ni. Jadi aku yang tak makan sangat ni pun duk bayangkan ianya sedap dan menyelerakan. 

Banyak juga aku terima telur sotong ni... dalam 2 kilo jugakla... tapi bagi sikit dekat kakak aku. Kesian... dia pun nak makan juga. Tentang harga aku tak pasti tapi aku rasa agak mahal juga. Tapi... aku dapat free... hehe... 

Versi mentah dan selepas di cuci....

Kali ni aku tak cerita pasal resepi ya. Sebab cara yang aku masak ni jika tunjuk gambar pun dah tahu macammana nak buat. Cuma aku letak gambar je. Aku masak dua versi. Satu goreng kunyit dan satu lagi versi rebus.
Telur sotong mentah selepas di gaul dengan garam kunyit.
Bahan2 hiasan untuk telur sotong goreng kunyit.
Ini telur sotong yang aku masak versi goreng kunyit je... Yang bawang2 tu hiasannya la sikit kan...
Masa ni aku seolah tak sabar nak merasa....
So letak cikit dalam mangkuk untuk di cuba.... ermmm not bad... Rasa tak sabar nak makan dengan nasi putih panas2. Perasan dia tu seperti daging goreng kunyit je.... 
Hidangan makan malam...
Yang ini pulak adalah versi Telur Sotong masak rebus. 
Rebus simple2 je dengan serai, garlic dan garam sebagai penambah perisa. Bila masak nampak pekat pulak kuahnya. Mungkin sebab cebisan2 sotong terhakis keluar menjadikan rupa kuahnya seperti dicampur dengan bancuhan tepung jagung pula.

Apa yang boleh aku buat kesimpulan di sini, aku rasa sekali ni je la kot aku masak telur sotong nih... 😃😃😃Ha ha ha ha ha.... Lepas makan nasi tu aku rasa macam agak teringat2 pulak. Aduuiih... dah kenyang baru nak rasa loya2... Macam tulah keadaan aku bila aku paksa makan sotong basah. Sebab tu dari dulu aku tak makan sotong, bukan kerana allergic tapi tekak tak dapat terima la.... 

Ok je... tapi aku rasa jika goreng tepung, dan makan bersama sos pencicah, mungkin dapat kurangkan sikit kemungkinan untuk rasa loya tu... tapi wallahu a'lam... kena cuba lain kali yang orang lain masak...😊

Sekian kali ni ya....

1 comment:

  1. If berminat untuk try telur sotong frozen boleh ws saya
    http://wasap.my/60189576326/MPMJfrozen

    ReplyDelete