Total Pageviews

Friday 14 December 2018

Salam Jumaat (14/12/18)

"Semoga hari ini akan sentiasa lebih baik dari semalam"


Thursday 13 December 2018

Daging Bakar Sambal Kicap

Menu daging bakar, sesuai dijadikan untuk makan tengahari mahu pun makan malam. Selain menjadi menu yang sedap, menu daging bakar ini amat mudah disediakan. Lebih2 lagi, aku bakarnya pun hanya dengan menggunakan oven, bukannya kena bakar arang dulu pun.... :-)
Daging bakar cicah sambal kicap.
Sayur tu tambahan sendiri ya... saja2 :-)

Terus kepada cara-cara aku ya :-
  1. Rebus daging buku besar bersama garam, halia dan serai dalam 20 minit.
  2. Hiris nipis daging tadi dan susun ke dulang pembakar. Terbaik jika hiris daging ikut melintang urat.
  3. Aku taburkan serbuk lada hitam ke atas daging tu... jika tak nak pun tak apa.
  4. Bakar dalam 10 minit atau hingga nampak kesan kena bakar (nak guna istilah apa ya? Hehe). Jangan lama sangat sebab takut daging tu jadi kering dan keras.
  5. Siap... nanti cicah sambal kicap atau air asam pun laaagi sedap...
Di sini sengaja aku gorengkan kailan ikan bilis dan satukan dalam tray tu terus.
Menu ringkas Daging Bakar cicah sambal kicap.

Wednesday 12 December 2018

Tuesday 11 December 2018

Grill Lamb With Veggie & Fruit Salad

Menu dinner time ...

Set kambing grill, bawang grill dan salad sayur campur buah.

Grill onion yang wajib untuk aku adakan setiap kali bakar kambing... 
Salad buah dan sayur...
Terdiri dari apple, delima, tomato dan tomato cherry...
Nice and yummy.... jom...




Monday 10 December 2018

Friday 7 December 2018

Borong Keperluan Kucingku Dari Pet Micasa

Sabtu hari tu, aku ke kedai Pet Micasa cawangan Shah Alam. Dah lama tak gi beli barang kat situ. Disebabkan dalam kepala ni telah tersenarai banyak barang untuk dibeli, jadi aku kena adakan juga masa untuk ke situ.... 

Borongan untuk hari ini ↓↓↓
Sikat
Krim kulit

Ini la krimnya
Supplement immuplus
Brewest Yeast
Syampoo mandian kering
Pencuci telinga
Sirap batuk
Pencuci telinga
Carrier
Makanan 8 kg x 2

Satu lagi ialah rumput kucing yang aku tak masukkan di sini. Tak sempat nak snap pic.

Sesekali bila berbelanja dengan jumlah yang besar tapi tahan untuk jangka masa yg lama. Kalian berbelanja barang kucing kat mana ya? Jika ada tempat yang lagi murah dan pelbagai barang... jomla share... 


Ubat Selsema Buat Kucing Ku

Kali ni kucing aku kena selsema ketiga2 sekali, bermula dengan Prince. Disebabkan aku lepas bebas mereka bergaul bersama dan tidak mengasingkan Prince, maka agak mudah untuk berjangkit. Lebih2 lagi sejuk sekarang kerana musim hujan. 

Berat la juga mengangkut ketiga2 mereka serentak ke klinik.
Setiap mereka dapat 3 jenis ubat... antibiotik, anti radang dan ubat selsema semestinya. Semua ubat perlu dimakan untuk 5 hari.
Untuk kali ini, kos rm80+++ untuk ketiga2 mereka.
Ini ubat Adik Layona.
Budak ni la yang paling susah nak mkn ubat... kena bedung bagai... itu pun masih kuat meronta... siap bagi hadiah luka ke tangan ummi... 
Ini pula portion untuk Becca dan Prince. 
Becca... alhamdulillah mudah nak suap ubat kat dia. 
Bahagian Becca dan Prince....
Prince nampak ngantuk lepas mkn ubat... Prince pun agak mudah untuk makan ubat. Tapi macam berjaga2 je untuk lari....
Adakala terpaksa bancuh dengan air jika payah sangat nak makan ubat....
Lepas tu masuk picagari dan suap.... tapi aku rasanya laaaagi la susah jika ubat tu agak pahit. Berbuih2 mulut mereka lepas kena paksa masuk mulut...

Prince dan adik Layona sepatutnya dah sampai tarikh kena vaksin, tapi terhalang kerana mereka selsema. Kena sembuh kan dulu betul2.  

Semoga cepat sembuh ya sayang2 ummi.... jangan buat ummi risau...