Menu daging bakar, sesuai dijadikan untuk makan tengahari mahu pun makan malam. Selain menjadi menu yang sedap, menu daging bakar ini amat mudah disediakan. Lebih2 lagi, aku bakarnya pun hanya dengan menggunakan oven, bukannya kena bakar arang dulu pun.... :-)
Daging bakar cicah sambal kicap.
Sayur tu tambahan sendiri ya... saja2 :-)
Terus kepada cara-cara aku ya :-
- Rebus daging buku besar bersama garam, halia dan serai dalam 20 minit.
- Hiris nipis daging tadi dan susun ke dulang pembakar. Terbaik jika hiris daging ikut melintang urat.
- Aku taburkan serbuk lada hitam ke atas daging tu... jika tak nak pun tak apa.
- Bakar dalam 10 minit atau hingga nampak kesan kena bakar (nak guna istilah apa ya? Hehe). Jangan lama sangat sebab takut daging tu jadi kering dan keras.
- Siap... nanti cicah sambal kicap atau air asam pun laaagi sedap...
Di sini sengaja aku gorengkan kailan ikan bilis dan satukan dalam tray tu terus.
Menu ringkas Daging Bakar cicah sambal kicap.
No comments:
Post a Comment