Total Pageviews

Wednesday 23 June 2021

Ikan Talapia Goreng Berlada

Assalamualaikum wbt...

😍




Saturday 19 June 2021

Kimchi Oh Kimchi Yang Ku Ubah Suai

Assalamualaikum wbt... 

Cerita pasal makanan luar, nun yang jauh berasal dari negara Korea, kimchi. Sejak sebelum Aidil Fitri lagi, tak tahu kenapa tiba2 NS teringat2 nak mengunyah kimchi. keinginan yang agak pelik sebab NS belum pernah sekali pun meletakkan kimchi pada lidah NS. Terus tiba2 rasa nak makan pulak.

Kimchi yang NS buat dengan sedikit ubah suai mengikut keserasian NS.

NS teringin nak buat sendiri kimchi tu. Hubby kata beli je la, tapi NS nak jugak yang buat sendiri. Maka bermula lah pencarian cara dan bahan2 untuk menghasilkan kimchi idaman ini. Lagi pun bahan2nya mudah untuk dicari.

Ini kali ke-2 NS masak kimchi. Baru sempat bercerita. Kali pertama buat, hampir setiap hari NS meratahnya begitu sahaja. Sedikit demi sedikit. Sebab tu la cepat habisnya. NS juga ada memakannya bersama maggie dan sup. Semua ok. Puas hati NS 😊😊😊. Alhamdulillah...

Antara bahan2 dan sayuran yang NS gunakan untuk menghasilkan kimchi.
Ini Kubis Cina / kubis panjang, antara sayur utama dalam kimchi.

Bahan-bahan sayur yang NS pakai :
  1. Separuh kubis cina, boleh belah 3 dan potong kecil. (tak nak potong pun tak apa sbb versi masing2)
  2. Separuh lobak putih, NS sagat.
  3. Sebatang lobak merah NS sagat.
  4. Daun bawang, potong dalam seinci. Pada kali pertama NS letak je daun ketumbar sebab tiada stok daun bawang.
Cara Buat :
  1. Gaul Kubis cina dengan garam biar merata. Perap dalam 2 hingga 4 jam. Balik2 gaulkan setiap 30 minit. Bilas sayur dari garam dengan air sekurang-kurang 3 kali. Kemudian perah2kan dan toskan airnya.
  2. Sayur lain hanya hiris nipis. Ns sagat memanjang halus.
Kubis cina yang baru di taburi garam.
Kacau balik setiap 30 minit.
Di bilas dan di basuh sekurang2 3 kali. 
Lobak merah, putih dan daun ketumbar (kali pertama NS buat)
Lobak merah, putih dan daun bawang (kali ke-2 NS buat)

Bahan-bahan untuk Paste kimchi :
  1. Sebiji bawang besar *
  2. 5-7 ulas bawang putih *
  3. Seinci halia *
  4. Sebiji buah lai/ pear/ epal (Ns Guna buah lai)*
  5. 2 cawan air
  6. 5 sudu besar tepung beras
  7. Kiub Ikan bilis sebagai pengganti sos ikan (NS amat allergic dengan sos ikan)
  8. Gula
  9. 3 sudu besar serbuk cili ( ikut suka kepedasan), NS tak boleh terlalu pedas.
  10. 1 sudu besar cili flakes (ikut suka kepedasan)
Campuran 4 bahan; Bawang besar, bawang putih, halia dan buah lai.

Cara sediakan paste kimchi :
  1. Kisar bahan yang bertanda *. 
  2. Campur tepung beras ke dalam air dan kacau sebati. NS masukkan sekali dengan kiub ikan bilis tadi. Panaskan atas api. Kacau. Masukkan gula, sentiasa kacau hingga jernih dan likat.
  3. Selepas tutup api, masukkan serbuk cili serta cili flakes dan gaul sebati.
  4. Selepas beberapa ketika, masukkan bahan kisar tadi ke dalam adunan tepung beras.
Adunan tepung beras.
Selepas dimasukkan cili dan cili flakes serta bahan yang dikisar tadi.

Cara mencampur / menggaul sayuran dengan paste kimchi :
  1. Tuangkan paste kimchi kepada sayur yang dihiris nipis (lobak merah, lobak putih dan daun bawang). Gaul rata.
  2. Ambil kubis cina, dan masukkan ke bekas yang sama dan gaul serata. 
  3. Boleh lah masukkan ke bekas penyimpan dan tutup. 
  4. Biarkan sehari dua atau 3 hari dalam suhu bilik, sebelum disimpan dalam peti ais. Kimchi yang disimpan dalam peti ais boleh bertahan lama sehingga 3 ke 6 bulan atau lebih.
  5. Tip #, Tidak mengisi penuh kimchi ke dalam bekas, untuk elak ia meletupkan gas. Isi dengan 80-85% sahaja kimchi ke bekas. NS akan buka penutup bekas kimchi setiap hari semasa proses peram bagi membebaskan gasnya. Kimchi boleh terus dimakan atau diperam dahulu sehari dua sebelum disimpan dalam peti ais.
Menggaul paste kimchi pada sayuran yang dihiris.
Semua sekali sayuran dah digaulkan dengan paste kimchi.
Proses....
Dimasukkan ke bekas menyimpan.
NS hasilkan satu bekas besar dan satu kecil, lupa timbang. 
Siap... Seronoknya mencuba....😊😊😊

Rasa kimchi yang pedas dan masam memang kena dengan citarasa NS. Kimchi boleh dimakan dengan pelbagai cara, samada diratah begitu sahaja, dengan nasi putih, sup, aneka noodles dan macam2 lagi. Pelbagai menu juga boleh dimasak dengan menggunakan kimchi. Memang NS masuk dengannya. Namun NS tidak nafikan memang ramai juga yang tidak menggemarinya kerana ada bau bawang putih serta lobak putih yang digunakan. Ya, terpulang kepada selera lidah dan tekak masing2. Namun apa yang pasti, kimchi mempunyai banyak khasiatnya kepada kita.

Sekian dan salam sayang dari NS...



Friday 18 June 2021

Mee Urai Sup Dengan Dumpling & Kimchi

Assalamualaikum wbt... 
Mee Urai sup dengan dumpling dan kimchi.

Dinner simple untuk malam ni.... NS masak mee urai sup bersama dumpling frozen yang NS buat minggu lepas. Kali ni NS menikmatinya bersama kimchi homemade.
Ermmm... selalunya bila NS makan noodles soup, NS suka tambah cili dan perahan limau. Tapi disebabkan kimchi ni dah cukup rasa pedas dan masamnya, maka cili dan limau tak di perlukan kali ni...πŸ˜…πŸ˜…



Thursday 17 June 2021

Maggie Kari & Kimchi (Home Made)

Assalamualaikum wbt... 
Ini cerita malam tadi ya... Cubaan pertama NS makan maggie letak kimchi... Ermm... Not bad. Versi masak ada macam2 cara. Ada ringkas dan ada yang perfect. Tapi kali ini NS try yg paling mudah dan simple dulu... Just masak maggie dgn air panas dan tambah je kimchi dalam mangkuk dish tu...  
Maggie kimchiπŸ˜†✌️

Ingatkan tak sesuai makan maggie kari dgn kimchi ni, rupanya masuk je... Rasa kari maggie yang enak, bertambah pedas dan masam, lagi kaw2. Kuah dia jadi bertambah pekat. 

NS mula2 tu letak satu sudu kimchi je dalam dish tu... Tapi bila makan tu, bertambah2 jadi 5 sudu jugak... Sedaaap... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Bagi yang belum mencuba, jom la rasa maggie kimchi ni... ✌️πŸ˜€


Wednesday 16 June 2021

Kari Ikan Jenahak

Assalamualaikum wbt... 
Kesejahteraan buat semua. Semoga tabah dan sabar sentiasa mengharungi situasi PKP sehingga ke hari ini. Good luck for all of us ✌️
Kari ikan Jenahak.
Hiasan bendi yang tua... πŸ˜†πŸ˜†
Ada telur dan melekat di telor tu sepertinya hati ikan. Erm... Hati ikan kan salah satu makanan di Syurga... 
Sayur pak choy goreng sedap. 



 

Tuesday 15 June 2021

Grill Salmon Dengan Lemon Butter Sos

Assalamualaikum wbt...

Grill Salmon with Lemon Butter Sauce and Vege.

Untuk kesekian kali, NS abadikan lagi resepi dalam Ahwaalulhayah. Mungkin menu ini berulang tetapi mungkin ada yang berbeza, jika tidak banyak pun tentu ada jugak sedikit. Hehe... kan NS ni suka buat resepi campak2 ikut kesesuaian bahan yang ada. Stok ikan salmon froozen masih ada, stok sayuran ada. Jadi nak buat dinner yang simple sebab tak nak makan nasi. Maka ber-ala2 western la NS malam ni πŸ˜‚

Bahan untuk salmon :

  1. 2 slice ikan salmon yang dipotong melintang (slice mcm itu je yang ada pun)
  2. Garam
  3. Black pepper
  4. Minyak zaitun

Cara NS :
  1. Sapu ikan dengan 3 bahan tu diamkan sebentar.
  2. Grill ikan kira- kira 4 - 5 minit each side
  3. Angkat dan siap

Salmon sedang digrill.

Butter lemon sauce.

Bahan-bahan NS :

  1. 1 biji Bawang besar
  2. 3 ulas bawang putih
  3. Separuh biji perahan lemon
  4. Separuh tin susu cair (NS ketiadaan butter)
  5. Sedikit garam
  6. sedikit gula
  7. Sedikit white pepper
  8. Sedikit minyak zaitun & planta
  9. Hirisan parsley (NS guna Daun corriander yg dlm stok)
Cara NS :
  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang merah n putih sehingga nampak jernih. 
  2. Masukkan susu cair, kacau jap.
  3. Masukkan planta sikit.
  4. Masukkan garam, gula, white pepper dan teruskan kacau.
  5. Masukkan jus lemon, corriander dan sesuaikan rasa.
  6. Siap.

Vegies... 
Bahan yg NS ada :
  1. Kentang
  2. Brokoli
  3. Cauli flower
  4. Carrot.
Cara NS : 
  1. Rebus semua sayur seminit je, kecuali kentang lama sikit hingga empuk. Carrot pun dlm 5 minit lebih kurang. 
  2. Lps tu golek2 dlm planta / minyak zaitun yg dipanaskan. Siap.
Untuk dihidangkan... Tinggal tuang gravy atau sosnya... 

Hiaskan dgn slice lemon dan tomato. 
Salmon Grill with Lemon Sauce siap untuk dinikmati... ✌️✌️✌️



Monday 14 June 2021

Chicken Grill Simple

 Assalamualaikum wbt... 

For light dinner... Dish tak boleh too much sebab tak nak rasa kenyang sampai ke ulu hati nantiπŸ˜†πŸ˜†. 

Just Grill Chicken with salad. No add coleslaw or any other side set. 

Walaupun NS tahu yang kalian semua memang pakar dah dalam memasak chicken grill ke atau chicken chop ke atau seumpamanya, tapi NS nak jugak abadikan resepi NS di sini ya... Mungkin ada persamaan atau perbezaan yg tak jauh pun kan.

Ringkas bahan ayam grill: 
  1. Isi dada ayam
  2. Garam 
  3. Bawang putih
  4. Halia
  5. Black pepper
  6. Minyak zaitun
  7. Sedikit butter
Cara NS buat : 
  1. Lumurkan semua bahan pada isi ayam. 
  2. Diamkan sebentar
  3. Panaskan kuali pemanggang, letak sedikit butter dan olive oil, grill ayam. Balik2 kan sehingga masak. Ketepikan.
Bahan untuk gravy : 
  1. Sedikit butter dan olive oil
  2. 1 biji bawang besar potong dadu halus
  3. 3 ulas bawang putih cincang / tumbuk
  4. 3 sudu besar tepung gandum
  5. Black pepper
  6. Seketul kiub stok daging
  7. Kicap untuk pewarna
  8. Air.
Cara NS :
  1. Panaskan olive oil dan butter
  2. Tumis bawang besar dan putih hingga lembut.
  3. Masukkan tepung, air, kicap dan kiub daging. 
  4. Sentiasa kacau hingga pekat. Sesuaikan air dengan kepekatan. 
  5. Tutup api bila dah sekejap mendidih sambil terus dikacau sebentar. Siap.
Bahan untuk sayur : 
  1. Brokoli
  2. Bunga kubis
  3. Carrot (tapi NS terlupa letak carrot😌)
  4. Butter & olive oil
  5. Air 
Cara mudah NS :
  1. Potong sayur mengikut kesukaan
  2. Didihkan air dan masukkan sayur. Lps seminit terus angkat dan toskan.
  3. Panaskan butter dan olive oil, masukkan sayur dan gaul sekejap saja. Kita tak nak sayur over cook, nanti tak crunchy. Angkat dan ketepikan. 
Chicken Grill sedia untuk dihidangkan... NS tambah hirisan lemon dan tomato.
Chicken Grill. ✌️✌️πŸ˜€