Total Pageviews

Tuesday 31 July 2012

Menu BerBuka Hari Ini


Busy pulak rasanya sejak dua menjak ni. Bulan puasa katakan. Siang malam pun kekadang tak sempat nak bercerita. Agaknya bila dah balik dari berterawikh kat masjid, lepak-lepak sambil moreh dan lepas tu dah penat dah. Bukan tak sempat langsung pun, bertangguh pun ada.

Bulan puasa ni banyak pula nak berkisah pasal makanan terutamanya menu berbukalah. Kalau tak lauk, kuih pun ya. Masa nilah terajin sikit. Sikit je tau. Biasanya aku berbuka dengan nasi terus, jarang sentuh kuih kecuali dihulur. Bukan aku tak suka, tapi nanti aku kekenyangan. Boleh je pilih antara keduanya. Dua-dua pun cukup untuk mengenyangkan aku. Aku tak kisah...

Semalam pulak , ada kawan yang sentiasa berulang-alik antara Adelaide dengan Malaysia dua minggu sekali tu... dia sampai Adelaide pagi semalam. So macam biasalah, aku akan jemput dia untuk makan malam di rumah aku. Itu ketika bukan di bulan puasa. Tapi sekarang ni kan bulan puasa, jadinya jemputlah dia berbuka. Tak de lah beria pun aku masak. Menu biasa-biasa juga hari ni.


Lemak cili padi udang dan rebung. Teringin pulak hari ni nak makan rebung. Rebung kat sini pun senang nak dapatkannya. Pergi je Asian Groceries Market, banyak sangat produk masakan asia dan melayu pun. Kebanyakannya juga yang diimport dari Thailand. Begitu juga rebung ni, made in Thailand.

Ha ha ha.... sekali lagi terasa nak makan ayam percik. Jika kat Kelantan, glamour ayam percik ni. Tambah-tambah bulan ramadhan pulak. Tengoklah juga kat pasar ramadhan di Malaysia, macam-macam rupa juga ayam percik ni, ikut negeri yang berlainan agaknya. 

Lepas tu aku goreng sedikit cendawan garam kunyit ni. Cendawan juga adalah salah-satu makanan kegemaran aku walaupun selepas tu perut aku tidak membenarkan ianya berlama-lama di dalamnya. Lemak rasanya cendawan ni, macam rasa lauk je, bukan rasa macam sayur. Cubalah....

Pengat pisang ni aku campur seulas isi durian, ambil rasa dan bau sikit....

Orang Kelantan biasalah kan kalau makan pulut ni dengan pengat pisang. Sangat sedap... Lamaaaa dah tak makan...

Ini pulak makaroni sardin bakar. Tetapi ini masih belum dibakar. Menu ini akan dibuat moreh nanti. Sebab itu kena bakar kemudian, kerana akan dimakan panas-panas.

Suasana berbuka.....
 
 

Ini kira masih kurang lengkap ahli berbuka puasa ni. Belum nak start berbuka yang beramai-ramai. Tuan rumah masih belum bersedia.

 Kita telah memasuki fasa ke dua bulan ramadhan, fasa maghfirah (keampunan). Apa pun selamat meneruskan ibadah Ramadhan...
Posted by Picasa

RemPah KuZi


Alhamdulillah... rempah kuzi kiriman mak mertua dah sampai ke Adelaide ni... Kebetulan Ma, selalunya akan berehat di rumah kakak ipar kat Kajang jika dalam bulan puasa. Warung ditutup sepanjang Ramadhan. Berehatlah ketika ada masa. 

Hubby lah yang beria sangat nak makan kuzi kambing ni. Adik ipar dekat Kelantan poskan aje ke Kajang. Kemudian tugasan membawanya ke Adelaide di serahkan kepada kawan kami yang selalu berulang alik dari Malaysia ke Adelaide. 

InsyaAllah dalam ramadhan dan raya nanti bolehlah try masak resepi kuzi ni. Tak pernah aku masak apa-apa resepi kuzi ni. Satu lagi tugasan... aku kena study resepi dulu....

Rempah sup ini pula dibeli oleh isteri sipembawa rempah kuzi tadi... Rempah sup tiada di Adelaide ni. Jutaan terima kasih atas susah payah dan kerjasama semua yang terlibat. Terima kasih daun keladi... :-)....
Posted by Picasa

Monday 30 July 2012

Beriani Hairani

Hihihi.... plan ngan kawan datang berbuka kat rumah aku. On the spot gitu je. Dah petang pun. Bukan apa... rumah aku dekat je dengan masjid. Dia memang datang terawikh kat masjid sini, seronok. So jika dia berbuka kat rumah aku, dekat lah sikit perjalanan untuk ke masjid nanti... (walaupun pahala lagi banyak dapat bila datang dari perjalanan jauh untuk ke masjid :-). Kira samalah kan jika stop dulu kat rumah aku pun, nanti kira sambung perjalanan je.

Dia dah minta aku ke rumah dia sebenarnya, cuma hari tu hati aku ada berduka lara sikit. Aku pulak pusing ajak dia aje yang datang rumah aku. Jika ada orang tu, lupalah sekejap kesedihan dihati ni.... :-( . Last-last dia yang termasak banyak.

Ini dia bawakan nasi beriani versi dia. Dia orang Penang asal-usulnya. Aku dah tanak nasi putih tapi simpan jelah lepas tu...

Dia regukan dengan ayam masak kurma ni... Sedap....

Aku pulak hanya masak ayam masak merah ni aje. Tapi punyalah anak dia suka dengan ayam ni sehingga tiga kali tambah nasi... Kalah aku....

Lepas tu dia rajin mencuba buat sagu kelapa ni...

Teruk lah aku ni, tetamu pulak yang bawa banyak makanan.... Tapi kekadang dengan sahabat yang rapat macam tulah kan....
Posted by Picasa

Wednesday 25 July 2012

Nasi KeraBu & Ayam PerCik


Entah kali ke berapa, nasi kerabu ni aku buat. Yang pasti bila saja ada permintaan dari kawan-kawan. Cuma kali ini aku hanya tanak nasi warna putih je.

Apa yang special kali ini ialah aku padankan dengan ayam percik. Jarang sekali aku masak ayam percik. Entah... tiba-tiba teringin nak makan. Ragam manusia lah katakan....
 
Tambah pula di padankan dengan bawang jeruk ni... 
Petai ini pun.... terangkatnya selera bila dimakan dengan nasi kerabu...
Hidangan dinner yang mewajibkan budu ada bersama... Itulah pengangkat selera yang utama .... :-)


Posted by Picasa

Tuesday 24 July 2012

Seri Muka Durian

Inilah impian dan cita-cita hubby untuk cuba nak membuatnya. Dah lama dia request cuma aku belum sempat nak membuatnya. So kami janji akan sama-sama buat pada hari minggu je. Kebetulan pula bulan puasa dah tiba. Apa yang cukup membanggakan bila sekali cuba dah kira cemerlang. Tapi aku tak masuk campur. Semua hubby yang uruskan. Aku masak lauk, dia pulak buat kuih ni. Sikit-sikit tolong tu adalah... Tipulah kalau tak tolong langsung... Tolong jadi tukang cuci dan kemas, tolong hulur bahan, he he he... jika tak, tak tahu berapa hari boleh jumpa.
 
Tolong jaga masa pulut tengah dimasak, tapi lepas tu dia yang urus sendiri. Di masukkan ke loyang yang sesuai....

Ini ialah bancuhan tepung yang telah dicampur durian, santan, gula, telur dan kastard. 

 
Di kacau di atas api perlahan....

Dituang ke atas pulut....

Di kukus selama kira-kira 20 hingga 25 minit....

Inilah hasilnya..... Alhamdulillah...

Menjadi juadah berbuka puasa kami.... dan juga hidangan moreh bersama beberapa rakan yang singgah di rumah kami selepas sama-sama bersolat terawikh di masjid al-Khalil.

Semuanya memuji keenakan hasil air tangan hubby. Thank you... InsyaAllah  aku kata lepas ni biar dia saja yang buat. Suka je aku....
Posted by Picasa

Monday 23 July 2012

Lagi-lagi Lamb Kebab


Bila sedang berpuasa tu, macam-macam makanan dalam ingatan. Petang ni aku nak berbuka dengan lamb kebab ni. Kebetulan ada lagi sikit daging lamb bahagian paha saki-baki yang dibeli hari tu. Cukuplah untuk sekali makan. Bukan boleh di makan banyak pun, nanti terasa juga naik ke kepala panasnya. Sekadar penghilang terliur je. 

Selepas di potong dadu, dapat juga 4 skewers ni. Daging lamb ni aku perap pakai serbuk BBQ, garam, garlic, ginger, coriander, cumin, white pepper, black pepper, cayenne pepper, air lemon dan olive oil. Semuanya diletakkan serba sedikit. Semasa membakarnya, aku taburkan lagi sedikit cayenne pepper dan sumac powder. Tak perap lama pun, terus cucuk pada skewer dan bakar. 

Bila dapat makan kebab ni, hilang rindu pada kebab yang selalu aku order di restoran Uighur. Jika kat sana secucuk kebab berharga aud2. Kebab ini hanya akan berasa nikmat memakannya bila dimakan semasa masih panas-panas. Bila dah sejuk, ia akan jadi keras sikit. 

Dua cucuk kebab ini sudah mengenyangkan aku. Aku hanya berbuka dengan dua cucuk kebab ini sahaja tanpa menjamah nasi. Memadai dan terasa kenyangnya. Alhamdulillah.....


Posted by Picasa

Picking BackYard Mandarin

 
Dalam salah satu kisah aku ni, ada pernah aku masukkan cerita pasal mandarin tuan rumah aku yang berjuntaian masuk ke dalam pagar aku. Menurut agama kita pun di benarkan kita ambil buah yang masuk ke kawasan pagar kita. Walau pun setahu aku, sama juga keadaannya jika di sini, tapi tidak berani aku nak petik suka-suka mandarin ini. 

Aku ingat tahun ini seperti biasa masuk je winter, tuan rumah aku akan melarikan diri dari kesejukan winter ini untuk menikmati musim panas di negara asalnya Greek. Ini kerana dua tahun sebelum ini, mereka ke sana pada musim sejuk. Rupanya pada tahun ini, tidak pula mereka ke sana. Kata wife nya, dia pun miss untuk merasa winter di Australia ini. 

Suatu tengahari, masa aku pulang ke rumah dari Gym, tuan rumah aku tengah membersihkan kawasan depan rumah aku. Itu memang menjadi satu kebiasaan dia. Dia yang buat maintenance. Rajin sangat. Dia tak bagi aku tong hijau untuk letak rumput ke, daun kayu ke, jadi sebab tu dia yang kena buat sendiri. Sini tau-tau aje lah, memang peraturan buang sampah ikut warna tong. Nanti lain kali boleh cerita topik ni.

Sambung cerita masa aku balik dari gym tadi, terkejut juga aku bila tengok dia ada, sebab dah lama aku pun tak nampak dia lalu depan rumah aku. Kami pun sembang la sekejap. Rupanya memang tahun ini dia tak ke Greek. Dia tanya aku pasal mandarin tu, kenapa tak ambik mandarin yang masuk pagar aku tu. Awak tak suka makan dia ke? Aku kata kenalah minta izin awak dulu. Dia kata, ambik-ambik... nanti kalau lambat petik, nanti tahun depan buah tak lebat. So aku pun happylah bagitau hubby yang kita dah dapat green light untuk ambik mandarin yang dah melebu dan meranum tu.

Pagi-pagi dah petik mandarin dalam suhu yang sejuk....


Seronok dapat makan mandarin yang manis dan ranum....
 
Dapat sebakul dulu, nanti banyak lagi yang menanti. InsyaAllah lain hari, bila habis makan yang ni, petik lagi...
Posted by Picasa

Saturday 21 July 2012

PerTama RamaDhan


Menu hari pertama berbuka puasa hanyalah dengan kari hati kambing.... Tahun ini Adelaide mula berpuasa sehari lebih awal daripada di Malaysia. Kali ini ada perbezaan berbanding tiga kali bulan puasa yang aku lalui sebelum ini. Sebelum ini hari pertama berpuasa jatuh pada hari yang sama pada kedua-dua negara.

Ini pula adalah ayam masak kicap pemberian seorang kawan. Terima kasih daun keladi.

Biasanya aku jarang buat dessert melainkan teringin untuk memakannya. Jika tidak mebazir saja, kerana makan sikit pun dah cepat kenyang. Itulah nikmatnya berpuasa....
Posted by Picasa

Friday 20 July 2012

Ramadhanul Mubarak

Gambar dari Mr. Google

Alhamdulillah kerana kita sekali lagi di kunjungi oleh bulan Ramadhan yang teramat mulia serta penuh keberkatan, rahmat dan maghfirah. Semoga sama-sama kita memuliakan kehadiran bulan Ramadhan ini dengan penuh makmur. 
Kepada semua keluarga, sahabat, rakan-rakan dan seluruh umat Islam di muka bumi ini, Aku ingin mengucapkan "Selamat menjalani ibadat puasa ramadhan tahun 1433H ini dengan jayanya, bersama mengandakan ibadat-ibadat lain dengan seikhlas nurani. Semoga ganjaran pahala sentiasa mengiringi kita semua".





Thursday 19 July 2012

FisherMen's Wharf Market


Saja jalan-jalan pada hari minggu. Di belakang aku ni adalah salah sebuah pasar minggu yang seumpama "Central Market" jika di Malaysia bagi aku. Sesuai untuk kunjungan pelancong. Hanya pernah sekali aku ke sini, bermakna ini adalah kali kedua. Bukannya sengaja tidak mahu datang, tetapi barang-barang yang menarik di dalamnya teramat mahal bagi aku. Jadi sekadar jika ingin mencuci mata, boleh diterima alasan itu.

Pebagai barangan baru dan second hand ada di perniagakan di pasar ini. Namanya saja "Fishermen's Market", tetapi tiada satu ikan atau sayur atau barangan makanan mentah pun di jual di sini. Semuanya terdiri dari barangan kering seperti kraftangan, produk lukisan, pertukangan, keperluan rumah, kain baju baru dan second hand, barangan hiasan, pinggan mangkuk second hand dan macam-macam lagi. Terdapat juga beberapa kiosk kedai kopi bagi membasahkan tekak pengunjung selepas kehausan kerana meronda dua tingkat bangunan pasar ini. 

Antara suasana di dalam pasar....
 
 
 

Di tingkat atas agak lapang berbanding yang bawah.
Suasana di luar bangunan pasar. Berhampiran dengan pelabuhan dan berlatarkan jambatan yang merentangi pelabuhan. Jika ingin merasai suasana berada di dalam cruise sambil melihat dolphin yang berenang, boleh saja ke tepi rumah api di sebelahnya yang menyediakan khidmat cruise bagi pengunjung yang datang, tapi berbayar tau... Lain entry boleh cerita ya....

Posted by Picasa