Total Pageviews

Wednesday, 11 July 2012

Ayam BaKar BerHerba


Dalam memilih menu makanan dan apa yang akan di masak setiap hari, aku suka mencuba sebenarnya. Aku selalu buntu nak masak apa, sampai ada masa-masanya aku dah tak boleh telan apa yang aku masak sendiri. Padahal menu dan rasa yang sama, bila orang lain yang masak, laju pula aku dapat menelannya. 

Kali ini pula aku rasa nak makan menu yang berperisa masam dan pedas. Jadi aku mencuba membuat resepi ini....

Bahan-bahan :-
2 ketul ayam maryland
2 batang carrot (dibelah 2)
1 biji lemon (dipotong bulat-bulat)
1 biji bawang besar (dipotong kasar)
Sedikit daun kesum 
2 biji cili hijau/ merah
Garam
lada hitam
Sedikit air dalam secawan

Cara-cara membuatnya :-
Lumurkan ayam dengan garam dan lada hitam dan diletak ke dalam dulang pembakar. Susunkan sekali dengan carrot, lemon, bawang, cili hijau/merah, daun kesum dan masukkan air. Bakar ayam sehingga masak dan boleh dihidangkan dengan nasi putih.

Semasa proses membakarnya, aku suka dengan aroma daun kesum dan lemon yang membangkitkan selera. Tapi bila sampai time makan, hanya beberapa suap sahaja, aku dah jadi muak. So hubby soranglah yang tukang habiskan. Itulah kekadang peliknya aku. Agaknya kerana dah habis baunya aku hidu semasa dalam proses memasaknya. Tapi percayalah, sedap rasa ayam grill ini. Kuahnya boleh dihirup dan ada iras rasa seperti menu asam pedas pula.

Selamat mencuba....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment