Total Pageviews

Tuesday, 17 July 2012

BaHan MenTah Segera

Peredaran zaman dan perubahan kecanggihan teknologi termasuklah teknologi pemakanan banyak membawa pembaharuan kepada dunia moden masa kini. Samada positive atau negative, banyak benda-benda segera dengan tujuan untuk memudahkan pengguna direka dan dicipta. 

Aku pun terpengaruh juga kekadang dengan benda-benda segera ni. Aku juga turut menggunakan beberapa perkara yang dianggap memudahkan kerja-kerja memasak harian di sini. Sekadar perkongsian dengan pembaca, antara beberapa perkara yang sering aku gunakan....

Halia paste.
Lengkuas paste...
Yang fresh seketul macam ini pun ada juga, tapi difrozenkan dan tahan lama berbanding dengan hanya menyimpan  dalam tempat sayur. Cuma kena keluarkan awal sikit sebelum menggunakannya.
 
Ini pula serai. Siap di hiris nipis. 

Rasanya tetap ada. Pernah juga aku membelinya dalam bentuk serbuk yang dikeringkan.
  

Bawang jeruk... Sedap rasanya. Hubby suka makan dengan nasi kerabu. Aku pula memang tak pandai makan dengan nasi. Cara aku makan sejak kecil ialah dengan meratah begitu saja. Jika ada dalam nasi pun, aku akan makan pada akhir sekali bawang jeruk ni. Tandanya "happy ending"...
 
Petai ni pun dapat hilangkan rindu pada petai segar. Ada juga petai yang difrozenkan isinya yang pernah aku beli. Boleh dimasak untuk berbagai menu kegemaran kita.

Jantung pisang dalam tin yang diawetkan dengan air garam. Rasanya masih seakan sama dengan yang segar. Jauh lebih murah daripada sebiji jantung pisang segar. Masih sedap dibuat kerabu. Aku pula selalu beli jantung pisang ni untuk masak teresek. Hilang rindu dapat makan teresek ni. Selalu teringat teresek jantung pisang segar yang mak buat, sangat sedap.

Santan tin biasa digunakan oleh masyarakat sini. Tiada pilihan. Berbagai jenama pun ada dan ini adalah satu jenama yang paling aku suka kerana peratus kandungan santannya yang tinggi dan baunya yang ok. Tapi perlu beringat bila memilih santan tin ini, kerana terdapat juga santan tin yang mengandungi bahan yang tidak halal.

Untuk kelapa kering pula ada yang di packingkan begini. Boleh dibuat kuih-muih, biskut dan boleh dibasahkan sedikit sekiranya ingin dimakan dengan pulut. Sebut pulut, terus rasa nak makan. Nak kena tanak lepas ni nih :-)


Ini pula saki-baki bawang putih frozen dalam peti ais aku. Selagi masih ada, selagi itulah boleh dipakai sekiranya difrozenkan begini. Aku juga pernah membeli bawang putih yang serbuk dan ada juga yang dikeringkan selepas di slicekan.
Di slicekan macam ni dan di keringkan. Bukan yang di goreng tau.
 Ada pula yang dicincang kecil dan halus macam ni, juga dikeringkan selepasnya. Dipanggil garlic crush. Bila dah di gunakan dalam masakan, jadi lembutlah dia. 
Yang ini nampaknya biasa saja, serbuk kasar cili kering untuk menambahkan kepedasan dalam masakan.

Berbagai lagi bahan-bahan instant yang aku terpaksa pakai di sini untuk mendapat rasa masakan dan selera Malaysia. Bukannya tak mahu membeli yang segar. Tetapi yang segar terlalu mahal dan cepat pula rosaknya. Jadi apa salahnya kan... Yang penting selamat..... InsyaAllah ya...
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment