Total Pageviews

Tuesday 27 August 2013

Selamat Tinggal Kenangan Akhir Adelaide

Kenangan dalam minggu akhir di Adelaide.... Seolah hatiku masih di sana....
Di jalan depan rumah salah seorang officemate hubby. Pemandangan dari lajur pokok sepanjang jalan mengingatkan aku kepada pemandangan indah pokok jacaranda di Cavendish Avenue, jalan sebelah bekas rumah sewa ku di Devon Park pada setiap akhir musim bunga.

Farewell party serentak bersama officemate hubby..... Berkejar ke sana sebaik saja selesai rumah kami diinspect oleh tuan rumah.
Tempat cadangan awal adalah di Rymill Park seperti tahun-tahun sudah, berpindah ke rumah salah seorang rakan kerana cuaca dan hujan yang tidak menentu.
Ke Uni...
Hari terakhir bertugas sebagai driver.....
Memenuhi harapan orang lama sehari sebelum berangkat....
Impian akhir untuk ke cafe pilihan kedua ini di malam terakhir berada di Adelaide. Cafe pilihan pertama ditutup pada setiap isnin. Terima kasih kepada 'pewaris' rumah sewa kami kerana belanja kami makan di sini. Terima kasih tak terhingga juga kerana banyak memudahkan urusan kami. Minta halalkan apa yang terkurang. Semoga happy berada di rumah ini sebagaimana kami juga happy sepanjang menyewa di sini. 

Di hampir tengah malam selepas inilah, kereta ku akhirnya terjual juga selepas aku hampir berputus asa daripada mengharap. Mafhum firman Allah Subhanahu wa ta'ala, "manusia merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang"
Alhamdulillah, impian untuk melihat kereta ku pergi di depan mata juga Allah tunaikan. Juga alhamdulillah dapat menggunakan kereta itu hingga ke hari terakhir di sana, sekalipun impian awal untuk menyewa kereta pada 3 hari terakhir tidak tertunai. 
Alarm berbunyi di tengah malam sebermulanya tarikh dan hari keberangkatan, kala aku sedang berkemas segala perkara.
Ke airport selepas subuh. Persediaan awal tidak menyebabkan berlakunya kekalutan. Santai-santai saja.
Terharu dengan si Maiko ni, terdatang lambat dikala aku dipanggil untuk menuju ke dalam flight, malah dia masih berada dalam bas. Selagi ada masa, aku cuba menunggu. Dia nak bagi kad dan gambar, tapi apa boleh buat, tunjuk saja melalui cermin. 
Selamat tinggal Adelaide, Aku bersedih bukan kerana meninggalkan orang-orangnya, tetapi aku hiba bila terpaksa meninggalkan bumimu....
Di sana terkenang di sini pun sayang..... 

Friday 23 August 2013

Supper Terindah

Sekadar renungan :

"Demi masa (1) Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" (3)
(surah al 'asr 1-3)
*************************************************************
Masih terkenang......

Pertama kali aku membuka blog ku di pagi ini selepas 3 hari berada di Malaysia. Ketiadaan kemudahan internet di awal-awal masa aku sampai adalah menjadi salah satu sebabnya, di samping aku juga bertungkus lumus membuat kerja-kerja pembersihan bermacam-macam di rumah ku dalam penuh kepenatan yang sangat-sangat terasa. Beberapa hari lalu, beginilah juga keadaan aku dengan rumah di Adelaide sana. Aku cukup berpuas hati dengan kerja-kerjaku dan penghargaan yang tuan rumah tunjukkan. Mereka sangat baik hati. Aku pulak tidak habis-habis dengan perasaan terharu yang sentiasa menghinggap. Dahlah menghinggap, dia bersarang pula di sanubari. Pasti tetap terukir kukuh dalam kenanganku.

Pagi tadi merupakan hari ke-3 aku membuka mata dari tidur yang sangat nyenyak di kala subuh hari di Malaysia (masih penat melampau). Ketika itu suara azan berkumandang dari masjid sana. Suasana yang sekian lama tidak aku alami. Seawal jam 5.50 pagi tadi, hujan turun agak lebat dan tiba-tiba aku terkejut bila mendengar bunyi guruh kuat yang seakan bunyi bom meletup aku rasakan. Tetapi tiba-tiba lagi, perasaan terkejut aku bertukar kepada perasaan terharu dan rindu pada sesuatu masa. Aku teringat pada malam salah seorang sahabat kami yang beria-ria benar ingin membawa kami ke suatu tempat bagi meraikan suasana pada 4 hari sebelum kepulangan kami.
Supper di meja yang berbumbung ketika hujan turun dengan lebatnya. Seolahnya mentafsirkan bahawa begitulah perasaan dalaman kami ketika ini. 

Masa ni aku dijemput dari rumah oleh mereka pada lebih kurang jam 9.30 malam ke salah satu cafe yang setahu aku dikenali sebagai 'Chocolatree' yang terletak di 25, O'Connel Street, North Adelaide SA. Aku belum pernah ke cafe tersebut sekali pun setiap hari, itulah merupakan laluan tetap aku pergi dan balik ke Uni semasa bertugas sebagai driver. Hanya terletak kira-kira antara 3 ke 4 KM sahaja dari rumah aku.

Menunya yang pelbagai dan aku tidak pandai pula nak membuat pilihan. Berserah saja pada sahabat kami membuat pilihan....dan apa yang kami pilih malam tu adalah.....
 Menu 1
 Menu 2
 Menu 3
 Menu 4
Menu 5 adalah pilihan si kecil
 Minuman kami.... Opppsss... satu lagi secawan kopi terlupa nak snap gambarnya....
Suasana ceria dalam hujan.... Pilihan tempat untuk meja kami adalah di ruang ke belakang cafe yang juga mempunyai ruang terbuka. Sejuuuuuk..... Tapi specialnya di cafe ini apabila mereka menyediakan kemudahan kain selimut kepada pengunjung-pengunjung cafe. Satu lagi keadaan yang belum pernah aku alami.
 Di rumah.... Terima kasih untuk ke sekian kali lagi..... 
From si kecil....
Semasa beraya akhir di rumah mereka.... Terima kasih kerana merialisasikan hasratku tercapai. Apa dia..? hanya kita yang tahu..... Teruskan perjuangan kalian......

Tuesday 20 August 2013

My Landlord - Selamat Tinggal

"Terima kasih segala jasa & kebaikan kalian..... Adakalanya lidah tidak mampu mengucapkan sepertimana hati yang mensyukuri, tapi aku pasti merindui kalian :'-(..."

Monday 19 August 2013

Final Inspection Hanya Sign Bond Letter

Mengimbas kenangan... Bermula sebulan lalu....

Menanti hari esok....
Dalaman dan...
 luaran rumah...
 
 
Tepi rumah, tingkap luar dan dalam...
 
Bekas habuk dan puntung rokok tetamu.... telah sampai masanya dan terpaksa dibuang akhirnya... Siapakah antara pengguna yang terkerap...? :-)
 
 Tempat sementara sebelum dipindahkan ke tepi jalan pada 3 september ini untuk dipungut oleh pihak city council nanti.
 Berehat di back yard selepas penat seharian...dahlah puasa 6 terakhir hari ni....

Pagi 18/8/2013

 
Hanya melihat dengan sambil lalu, tandatangan surat bond dan settle. Aku pun seakan terkejut kerana terlalu simple. Malah aku yang lebih meminta supaya dia check bahagian dapur dan kabinet sepintas lalu. Mestila kan... dah buat penat-penat. Pastu baru dia kata hanya nak tengok bilik air. Dah nampak bersih katanya serta mengharapkan orang yang selepas kami pun akan jaga macam ni juga.

Saturday 17 August 2013

PerMulaan Yang MaSih TerSimPan

Bila sambung-sambung mengemas..... 
Terjumpa beberapa perkara yang dianggap penting pada suatu lama dahulu masih tersimpan kemas. Tersengih sendiri mengenangkan detik-detik permulaan ketika sibuk dan detailnya membuat persediaan untuk datang ke Adelaide hampir 4 tahun dulu.
Dengan senarai detail setiap barangan yang akan dibawa, apa yang patut dideclarekan dengan terdapat sebahagian harga dan nilai barang juga ada dicatatkan. Takut kerana tahu banyak perkara yang dilarang sama sekali dibawa masuk ke Australia ini. Terbawa juga dalam 300 gram serunding daging (walaupun dah tahu tak boleh) demi mengenangkan itu adalah pemberian Mak Cik Sarah (Meru) yang baik hati. Tapi sepertimana yang dijangka, ianya dirampas.
 
Ukuran setiap luggage juga diambil kira dan dilakarkan.... :-)
Ok... yang ini tiket awal yang diprintkan......
 
Tiket penerbangan kali pertama ke Adelaide; 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430H.... Tercatat dalam kenangan Ahwaalulhayah... :-) 

Friday 16 August 2013

Indahnya Pengorbanan Di 1 Syawal

Sekadar mutiara kata :
"Beruntunglah sesiapa yang sibuk dengan ke'aiban dirinya sendiri berbanding dengan mencari ke'aiban pada orang lain"
************************************************
Lunch bersama supervisors selepas misi pertama complete.

Imbas kembali..... important mission :
Aidil Fitri yang membawa seribu makna pada setiap yang meraikannya. Banyak memberi pengertian sekalipun berbeza pada tafsiran setiap insan. Suka duka adalah perkara fitrah yang mewarnai corak kehidupan manusia... agar terlakar suatu sirah yang mempunyai jalan bergraf tinggi rendah dan bukannya sekadar mendatar yang memboringkan. 
Sangat berbaloi memakai baju raya tahun ini... complete 24 jam, bermula dari selepas subuh raya pertama sehingga ke selepas subuh raya ke-2.... :-)
Khamis 8/8/2013 :-
Selepas beraya separuh hari, stay kat Uni sehingga melebihi jam 4.00 pagi, tersasar jauh dari jangkaan awal yang disangkakan pada mulanya hanya setakat jam 12 malam. Selepas diprint, thesis dapat dibindingkan bermula pada jam 3.40 pagi untuk mendapat komen akhir dari supervisor.
Antara muka-muka depan....
Thesis dimasukkan ke pigeon hole kedua-dua supervisor yang berkebetulan terletak bersebelahan saja antara satu sama lain. Mengharap sepenuh hati supaya terus dapat disemak oleh mereka dan dapat meeting lagi pada hari Isnin nanti. Manakala selepas mendapat komen akhir dan selepas dibaiki lagi.....

Selasa 13/8/2013 :-
Approval email dari principal supervisor.
Ke kedai tempat membinding thesis yang terletak di 28, Dew Street, Thebarton. 
Rabu 14/8/2013 :-
Sebagaimana sebelum-belum ini, adalah menjadi tugasku untuk pick up thesis yang telah siap dibinding. Aku dah kerap kali sangat datang sini. Tapi kali ini amat-amat berbeza jiwa dan raga. Semangat aku pun lain juga dari selalu. Sangat istimewa kali ini kerana aku menghantar dan datang pick up untuk Mr Hubby sendiri. Datang hantar ngan dia, tapi pick up aku datang sendiri. Dua kali datang pulak tu. Punyalah excited. Kali pertama datang sebab on the way balik dari City. Janji pukul 3.00 pm tapi terdatang awal dekat sejam. Saja mencuba luck. Tapi belum siap juga. Kenalah datang dalam pukul 3 juga. Tak kisahlah kerana saja try menyinggah.... dan akhirnya....

Khamis 15/8/2013 :-
Borang penghantaran....
Seolah terlepas satu bebanan berat yang terpikul dibahu juga diminda selama pengajian ini bila dah dapat menghantar thesis pada semalam. Jelas keceriaan terpancar dari wajahnya dan aku yakin dihatinya juga begitu ceria ketika ini sekalipun keputusannya hanya akan diketahui selepas 3 bulan nanti, namun sekurang-kurangnya telah selesai peringkat cabaran yang pertama ini dulu. Allahu Akbar walillahilhamd.... bak kata tuan penasihatnya, "Itulah yang dikatakan takbir kemenangan..." :-)