Bila berusaha menghabiskan bahan....
Salam akhir Ramadhan.... dah hari ke 29 hari ni ya... cepat sangat rasanya. Belum puas lagi menikmati bulan puasa ni. Ramai yang yakin mengatakan esok adalah hari raya... Mungkinlah... Jika betul, hari ini adalah hari terakhir berpuasa untuk tahun ini... malam ini kira dah malam rayalah... sama-samalah kita banyak-banyak memuji kebesaran Allah subhanahu wa ta'ala.... Allahu Akbar...
Dikebanyakan masa dan keadaan, aku tidak dapat mengawal diri dari membeli stock barangan dapur. Ada saja yang berkenan di mata, hati mula nampak dan kepala mula merancang... yang ini nak masak itu, yang ini pulak nak try buat ini dan macam-macam lagi. Bila balik rumah, keinginan bertukar, tak jadi masak yang itu, pastu simpan dulu. Angan-angan terpadam, stock tu pulak lama tersimpan. Bila dah lama tak nampak di mata, lama-lama dah jadi expired... masyaAllah aku kekadang dah jadi seorang yang suka membazirlah pulak... Ampun ya Allah.... tak nak aku berkawan dengan syaitan... na'uzubillah. Tapi aku percaya... ramai yang bersikap begitu... sorry... :-) bukan berniat mengata orang... :-)
Ada satu ketika tu, bila belek-belek pantry, banyak lagi bahan masak yang perlu dihabiskan. Kekadang apa yang kita teringin nak makan hari ini, boleh bertukar 360 darjah pada esok hari. Itu pun menjadi salah satu faktor kenapa bahan yang kita beli tidak berganjak. Sebab kita selalu menangguh untuk memasak sesuatu yang kita pernah rasa nak makan sehinggalah selera telah bertukar. Sebaiknya bila terasa nak makan atau masak sesuatu, barulah boleh beli ketika itu dan terus masak.
Spaghetti, apa-apa perisa pun... dengan ikhlas sebenarnya bukanlah menjadi kegemaran ku, lebih-lebih lagi sekiranya yang sos atau kuahnya diletakkan sos tomato. Mungkin juga bau spaghetti itu sendiri yang membuatkan tekakku tidak selesa. Hakikatnya. Namun tidaklah aku melampau sehingga tidak boleh makan langsung. Ala-ala kadar saja. Masih boleh....
Ini pasal nak menggunakan bahan yang masih berbaki dalam pantry. Masih ada spaghetti yang telah lama dah dibeli, tapi belum expired lagi tau. Nak buat sos daging cincang dan tomato, tak berapa selesa nanti dengan baunya. Jadi buatlah apa yang tekak boleh terima, juga paling senang dan mudah... yang penting apa yang sedia ada....
Apa bahan-bahan yang aku pakai :-
- Sebungkus spaghetti (direbus empuk dan toskan serta digaul dengan sedikit minyak zaitun)
- Satu tin mackerel kosong (in oil or in spring water or in brine)
- Sebiji bawang besar (dihiris nipis).
- 3 ulas bawang putih (hiris atau ketuk).
- Sedikit serbuk lada hitam.
- Garam dan gula secukup rasa.
- Air lemon.
- Sedikit daun parsley (hiris nipis).
- Cili padi bagi yang suka pedas (potong halus).
- Sedikit air.
- Sedikit minyak zaitun.
Cara-cara aku :-
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
- Masukkan ikan mackerel dan hancur-hancurkan dengan menekan-nekan dengan senduk.
- Masukkan air, lada hitam, garam, gula, cili padi, air lemon dan daun parsley dan kacau untuk sebatikan rasa.
- Sesuaikan rasa ikan, masin, masam dan manisnya. Siap... dan boleh dihidangkan bersama spaghetti yang telah ditoskan serta digaul dengan minyak zaitun tadi.
Boleh dimakan bila-bila masa yang disukai samada sebagai sarapan pagi, makan tengahari, minum petang atau pun makan malam, terpulang.... ditambah lagi dengan minuman panas kegemaran... :-)
No comments:
Post a Comment