Berhujung minggu di Festival Aidil Fitri...
Di adakan pada raya ke-4 bertempat di Bonython Park, ....
Disebabkan tidak pernah menghadirinya sebelum ini, maka pada raya yang terakhir kali di sini, terpaut hati pulak rasa macam nak melihat suasana dan keadaan.... Masukkan gambar-gambar sebagai pencerita suasana....
Memang plan datang awal, mengalahkan budak-budak pulak, tapi percayalah bukan terancang pun. Saja... ingatkan itu waktu biasa. Rupanya aku mendapat tahu waktu itu masih lengang dari kehadiran pengunjung. Masih mudah melihat suasana dan keadaan samada di mana-mana game, tidak perlu beratur panjang-panjang samada ketika membeli tiket, ketika nak join game atau membeli serta melihat hasil pameran. Semuanya lapang sahaja tetapi kemeriahan tetap terasa.
Pengunjung masih relax dan santai ke sana kemari....
Suasana tempat tumpuan bagi kanak-kanak, masih kelihatan lengang dari pengunjung cilik.
Orang dewasa pun teringin juga nak main.... best sangat terutama bila ada geng. Seronok naik Ali Baba ni, tak setakut mana berbanding semasa naik roller coaster yang ditolak oleh Superman di gold coast dulu.... :-) kenangan.....
Ke suatu gerai kitab-kitab dan al-quran.... yang mana boleh mengambil mana-mana buku yang diminati dengan percuma. Aku tertarik pada satu al-quran ini.... dan aku dihulurkan pula dengan yang biru satu lagi tu untuk terjemahan sahaja kata si pemberi. Syukran jaziilan....
Menarik perhatianku kerana ia memerlukan pembaca yang arif dan bukan untuk tahap awal pada kebiasaan pembelajaran kita..... Cuba perhatikan tulisannya.....
Adakalanya huruf nun yang mati atau yang berada di akhir kalimah tidak mempunyai titik. Sesetengah kalimah tidak bersabdu sebagaimana bacaan lazim masyarakat kita. Huruf qaf diletakkan satu titik sepertimana huruf fa, manakala huruf fa pula tiada mempunyai titik di atasnya tetapi diletakkan satu titik di bawahnya.Tanda-tanda baris untuk mudah membacanya juga kekadang tidak dimasukkan dan beberapa lagi perbezaan yang boleh diperhatikan sendiri.
Cuba perhatikan huruf fa yang mempunyai satu titik di bawahnya. Ketika ini teringat pulak kepada seorang rakan yang berbahasa arabnya, ketika dia menyebut air 'pepsi' menjadi 'bebsi' bunyinya... :-)
Boleh perhatikan lagi beberapa perbezaan dari segi tulisan. Sebelum ini aku hanya mendengar sahaja perbezaannya dengan belum pernah dapat memegang satu mashaf lengkap sebegini....
Suasana masih lengang ketika aku meninggalkan kawasan festival ini, semasa suara azan zohor sedang berkumandang.
No comments:
Post a Comment