Total Pageviews

Friday 23 August 2013

Supper Terindah

Sekadar renungan :

"Demi masa (1) Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" (3)
(surah al 'asr 1-3)
*************************************************************
Masih terkenang......

Pertama kali aku membuka blog ku di pagi ini selepas 3 hari berada di Malaysia. Ketiadaan kemudahan internet di awal-awal masa aku sampai adalah menjadi salah satu sebabnya, di samping aku juga bertungkus lumus membuat kerja-kerja pembersihan bermacam-macam di rumah ku dalam penuh kepenatan yang sangat-sangat terasa. Beberapa hari lalu, beginilah juga keadaan aku dengan rumah di Adelaide sana. Aku cukup berpuas hati dengan kerja-kerjaku dan penghargaan yang tuan rumah tunjukkan. Mereka sangat baik hati. Aku pulak tidak habis-habis dengan perasaan terharu yang sentiasa menghinggap. Dahlah menghinggap, dia bersarang pula di sanubari. Pasti tetap terukir kukuh dalam kenanganku.

Pagi tadi merupakan hari ke-3 aku membuka mata dari tidur yang sangat nyenyak di kala subuh hari di Malaysia (masih penat melampau). Ketika itu suara azan berkumandang dari masjid sana. Suasana yang sekian lama tidak aku alami. Seawal jam 5.50 pagi tadi, hujan turun agak lebat dan tiba-tiba aku terkejut bila mendengar bunyi guruh kuat yang seakan bunyi bom meletup aku rasakan. Tetapi tiba-tiba lagi, perasaan terkejut aku bertukar kepada perasaan terharu dan rindu pada sesuatu masa. Aku teringat pada malam salah seorang sahabat kami yang beria-ria benar ingin membawa kami ke suatu tempat bagi meraikan suasana pada 4 hari sebelum kepulangan kami.
Supper di meja yang berbumbung ketika hujan turun dengan lebatnya. Seolahnya mentafsirkan bahawa begitulah perasaan dalaman kami ketika ini. 

Masa ni aku dijemput dari rumah oleh mereka pada lebih kurang jam 9.30 malam ke salah satu cafe yang setahu aku dikenali sebagai 'Chocolatree' yang terletak di 25, O'Connel Street, North Adelaide SA. Aku belum pernah ke cafe tersebut sekali pun setiap hari, itulah merupakan laluan tetap aku pergi dan balik ke Uni semasa bertugas sebagai driver. Hanya terletak kira-kira antara 3 ke 4 KM sahaja dari rumah aku.

Menunya yang pelbagai dan aku tidak pandai pula nak membuat pilihan. Berserah saja pada sahabat kami membuat pilihan....dan apa yang kami pilih malam tu adalah.....
 Menu 1
 Menu 2
 Menu 3
 Menu 4
Menu 5 adalah pilihan si kecil
 Minuman kami.... Opppsss... satu lagi secawan kopi terlupa nak snap gambarnya....
Suasana ceria dalam hujan.... Pilihan tempat untuk meja kami adalah di ruang ke belakang cafe yang juga mempunyai ruang terbuka. Sejuuuuuk..... Tapi specialnya di cafe ini apabila mereka menyediakan kemudahan kain selimut kepada pengunjung-pengunjung cafe. Satu lagi keadaan yang belum pernah aku alami.
 Di rumah.... Terima kasih untuk ke sekian kali lagi..... 
From si kecil....
Semasa beraya akhir di rumah mereka.... Terima kasih kerana merialisasikan hasratku tercapai. Apa dia..? hanya kita yang tahu..... Teruskan perjuangan kalian......

1 comment: