Total Pageviews

Tuesday, 3 July 2012

KiriMan BaJu RaYa


Terharu sekali dengan kiriman baju raya dari Malaysia ni.

Beberapa minggu lalu, salah seorang my sister menelifon bertanyakan alamat aku kat sini. Kenapa pulak dengan alamat? Rupa nya dia kata nak poskan baju raya untuk aku. Aku serba salah jadinya, kesian kat dia pun ada, terharu dan sebak pun ada.

Teringat kepada peristiwa raya dua tahun lepas, dia pos laju kan baju raya untuk aku menggunakan pos laju antarabangsa tanpa bertanya aku dulu. Lebih rm100 belanja pos sahaja, lebih mahal daripada harga baju tu sendiri, nak buat cammana, jika tanya dulu, aku akan suruh pakai pos biasa sahaja. Lambat sampai sikit tak apa sebab raya ada sebulan dua lagi masa tu.

Lalu aku mohon bantuan dari seorang kawan aku yang sering berulang-alik dari Adelaide ke Malaysia dua minggu sekali untuk bawakan. Adik aku telah poskan baju tu ke alamat wife dia di UTM KL dan dia bawakan ke Adelaide. Alhamdulillah... sekarang aku sudah terima kirimannya pada pagi ahad dua hari lalu. Terima kasih banyak-banyaklah adinda....

Baju hubby yang memang susah nak dapat saiz. Jadi nak mudah kena cari untuk dia dulu. Bila dah ada yang hubby punya, baru boleh survey untuk aku pulak. Senang nak cari sama warna nanti. Sepasang baju melayu siap dengan butangnya sekali... :-) ...

Haaa.... inilah aku punya. Ada tudung juga. Aku tak pilih warna, semuanya adik aku yang pilihkan. Orang nak bagi tu, tak boleh lah nak ngada-ngada kan....

Hihihi.... Nama pada beg plastik ni lebih kurang sama dengan nama dia pulak.... Entah-entah memang dia dah bukak bisness tak? 

Lepas tu dalam kotak kiriman tu, ada pulak jumpa kerepek ni. Sorry... aku tak tahu nama....

 
Lepas tu ada lagi kerepek ni dua bungkus. Kecil-kecil serpihannya. Bila aku teliti kerepek ini namanya 'sarang tebuan'. Dah hancur rupanya. Tapi rasanya tetap jelira.

Buat Gie, terima kasih yang tak terhingga atas kiriman ini, Moga Allah sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih daun keladi.... :-)....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment