Total Pageviews

Friday, 7 December 2018

Ubat Selsema Buat Kucing Ku

Kali ni kucing aku kena selsema ketiga2 sekali, bermula dengan Prince. Disebabkan aku lepas bebas mereka bergaul bersama dan tidak mengasingkan Prince, maka agak mudah untuk berjangkit. Lebih2 lagi sejuk sekarang kerana musim hujan. 

Berat la juga mengangkut ketiga2 mereka serentak ke klinik.
Setiap mereka dapat 3 jenis ubat... antibiotik, anti radang dan ubat selsema semestinya. Semua ubat perlu dimakan untuk 5 hari.
Untuk kali ini, kos rm80+++ untuk ketiga2 mereka.
Ini ubat Adik Layona.
Budak ni la yang paling susah nak mkn ubat... kena bedung bagai... itu pun masih kuat meronta... siap bagi hadiah luka ke tangan ummi... 
Ini pula portion untuk Becca dan Prince. 
Becca... alhamdulillah mudah nak suap ubat kat dia. 
Bahagian Becca dan Prince....
Prince nampak ngantuk lepas mkn ubat... Prince pun agak mudah untuk makan ubat. Tapi macam berjaga2 je untuk lari....
Adakala terpaksa bancuh dengan air jika payah sangat nak makan ubat....
Lepas tu masuk picagari dan suap.... tapi aku rasanya laaaagi la susah jika ubat tu agak pahit. Berbuih2 mulut mereka lepas kena paksa masuk mulut...

Prince dan adik Layona sepatutnya dah sampai tarikh kena vaksin, tapi terhalang kerana mereka selsema. Kena sembuh kan dulu betul2.  

Semoga cepat sembuh ya sayang2 ummi.... jangan buat ummi risau... 

No comments:

Post a Comment