Total Pageviews

Wednesday, 3 October 2012

Crabbing

Dekat sini ada satu aktiviti yang tidak pernah aku buat ketika di Malaysia. Aktiviti menangkap ketam yang dilakukan bila saja hampir menjelang musim panas. Hari yang di pilih untuk aktiviti crabbing ini bergantung kepada keadaan cuaca hari berkenaan. Jika siangnya cuaca cerah dan panas, insyaAllah akan mendatangkan banyak hasil ketam bila air pasang nanti.
Aku di ajak teman ke salah satu tempat yang terkenal untuk crabbing, mengail ikan dan sotong yang terletak kira-kira 150 km dari Adelaide. "Ardrossan Jetty" menjadi tempat tuju kami pada malam minggu lepas.
Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam dan kami bertolak selepas waktu maghrib. 
Silap perhitungan sikit hari tu. Dah tahu cuaca windy dan hujan, semestinya sejuk yang amat tapi group kami pergi juga sebab dah rancang. Tak kisahlah kerana jika rasa dah tak tahan sejuk tu, balik lah semula. Flexible je kami.
Inilah rupa pukat crabbing.


Proses memasang umpan berupa ikan atau isi ikan pada pukat. Umpan ayam tidak sekali-kali di benarkan kerana dibimbangi terhidu oleh ikan jerung yang mungkin membahayakan. Salah besar dan pasti di denda jika ditangkap oleh pihak berkuasa.

Telah bersedia nampaknya...

Hasil pertama dapat sotong besar, sepanjang kaki tu.....


Lepas tu menysul pula ketam. Jika nak dapat ketam lebih, kena sabar menunggu sampai pagi. 
Hanya hampir 30 ekor, cukuplah untuk kami yang berlima ni.

Tapi kerana dah tak tahan sejuk, group aku balik lebih awal. Aku kira masa tu hampir ke jam 2 pagi. Tapi lagi satu group lebih 20 orang, masih lagi bertahan sampai ke pagi.

 Sesampai di rumah kawan aku, selepas minum milo panas, seorang pun tak berani tidur walaupun semua mata dah berat dan badan pun penat. Bukan apa takut terlajak waktu subuh yang akan masuk waktunya dalam masa sejam lebih lagi. Bila dah masuk subuh tu, terus lah masing-masing tarik selimut dan tidur dengan nyenyaknya.

Esoknya .....
Proses menyiang dan memasak hasil semalam....

Lunch kami merangkap dinner juga pada hari minggu.... puas dapat makan ketam hasil tangkapan sendiri ni. Terasa sangat fresh isinya. InsyaAllah ada masa dan rezeki, boleh crabbing lagi....

No comments:

Post a Comment