Total Pageviews

Wednesday, 13 February 2013

Berhati-Hati SeBelum MenGaTa

Sesekali bila dah tak tahu nak buat apa, dapat pulak settlekan kerja rumah awal..... berfikir dan termenunglah kerana kebuntuan idea. Teringat pula pada salah seorang teman rapat aku yang pernah bagitau aku, dia ada nak beli ikan kat salah satu satu gudang. Aku tahu dia pun telah menyiapkan awal kerja-kerjanya time-time macam ni lebih-lebih lagi waktu sekolah tidak bercuti.

Setelah mencapai kata sepakat, dia datang ambik aku kat rumah dan kami pun merondalah ke beberapa kedai dan akhir sekali kami ke Woolworths Supermarket. Selepas pusing-pusing shopping dan mencuci mata, minum-minum di Gloria Jean's Coffee shop, masa berjalan laju dan kami pun nak balik. Kawan aku tu pun kena balik untuk ambil anak dia dari sekolah jam 3 nanti.

Kami menuju ke tempat parking. Tadi masa sampai, kami parking di sebelah kereta Toyota Camry Altise gold colour. Masa kami nak balik, kereta tu pun tengah mengundur nak keluar juga dari parking, pastu masuk semula. Kereta tu macam ada masalah. Aku tengok seorang wanita berumur, berbangsa india yang aku fikir ibu atau mertua kepada pemandu kereta tu keluar dan berjaga di belakang kereta untuk melihat dan memberi arahan kepada cara parking anaknya sebagai pemandu. Banyak kali aku tengok kereta tu ke belakang dan ke depan balik bagi membetulkan cara parking berdasarkan arahan dari ibunya atau mertuanya (tak pasti). 

Aku dan kawan aku ni ada lah berkata-kata hal mereka sikit tapi tak adalah sampai mengutuk dia orang pun. Sebab tengok pelik je kan. Macam belum mahir bawa kereta, kenapa bawa kereta besar. Aku kata, "macam ada masalah je dia orang ni", kawan aku mejawab, " alaah... masih lesen L...", sambil merujuk pada huruf "L" besar tertampal pada cermin belakang kereta itu. Lepas tu kami pun punggah barang-barang shopping ke bonet kereta.

Sementara tu kereta tadi dah siap di parking setelah bersusah payah. Tiba-tiba tengah kami asyik memasukkan barang ke bonet, wanita india tadi datang menegur kami, "apa khabar..?" katanya. MasyaAllah terkejut besar kami. Mak Cik tu memperkenalkan diri dan bertanya juga hal kami. Rupanya dia juga orang Malaysia, india dari Penang. Nak cover malu, aku bertanya dia, "nak parking ke nak keluar?". Dia kata memang nak parking tapi susah sikit sebab new driver. 

Sebaik dia orang pergi, aku dan kawan aku masuk ke kereta dan kami tergelak geli hati mengingatkan peristiwa tadi. Entahlah dia orang dengar ke tidak apa yang kita orang cakap tentang mereka. Satu perkara lagi, rupanya berkebetulan saja kereta mak cik india tadi sama jenis dan sama colour dengan kereta yang kami parking di sebelahnya masa mula-mula sampai tadi.... :-) ....

Kesimpulan ringkasnya, berhati-hati apabila ingin mengomen tentang sesuatu keadaan atau orang yang berada di depan kita dengan sangkaan mereka tidak mengerti, sekali pun mereka bukan dari bangsa kita sendiri, kerana mungkin bahasa kita difahami..... :-(

No comments:

Post a Comment