Perancangan awal aku ke Sungai Petani dengan bermalam selama satu malam di mana-mana hotel atau motel atau mana homestay atau penginapan yang sesuai. Tak sangka pula 3 hari sebelum berangkat, tetiba kawan dari Kulim menelifon. Aku sebenarnya tidak terlintas langsung pada dia dek kerana mungkin terlampau banyak perkara yang bermain di kepala.
Dalam duk bercerita-cerita tu, aku bagitau lah program aku ke Sungai Petani. Apa lagi memujuk-mujuk la kawan ni untuk singgah ke rumah dia dan mengharap agar aku dapat bermalam di rumah dia. Bincang punya bincang, cubalah... boleh lah...
Jadi selepas selesai majlis yang aku lalui dalam entry sebelum ni, terus saja aku ke rumah teman aku yang pernah menetap sama-sama di Adelaide ritu. Berpandukan alamat yang diberikan dan dengan menggunakan GPS, tidak susah untuk menemui rumah kawan tu. Jadi tak perlulah dia keluar ke mana simpang untuk menjemput kami. Alhamdulillah....
Semasa baru sampai.....
Cuaca yang cukup panas dan kering musim sekarang ni tidak langsung menjejaskan keceriaan pertemuan. Banyak pulak cerita dan perkembangan. Sukanya aku tengok keadaan rumah kawan aku ni yang di lot tepi yang sangat luas aku rasakan dengan banyak juga pokok-pokok yang ditanamnya. Mangga, jambu mawar, ciku, pisang, rambutan yang tengah melebat dan bakal masak hujung tahun ini. Jadi atau tak menjadi buahnya, itu suku kira. Namun pokok-pokok tu dah tinggi-tinggi dan rendang kelihatannya. Katanya tak sempat diurus, maklumlah terlampau luas. Masa pun kurang.
Pada petangnya, dalam kesuntukan masa yang kami ada, dia bawa kami pusing-pusing daerah Kulim. Katanya nak makan capati. Tapi restoran yang ditargetkan tak beroperasilah pulak pada hari sabtu.
Tapi sebagai gantinya kami singgah minum petang di Restoran ini. Menu capati jugak. Tak kurang terkenal katanya.
Ini yang aku cuba. Jika sebelum ini capati bukanlah menu pilihanku, tapi kerana dah dikatakan di sini tempat glamour, jadi kena cubalah. Capati dengan kari daging sebagai pencicah pilihan. Memang kena dengan selera aku. Dah la kenyang makan di sini, malamnya kena lagi makan nasi kat rumahnya, kari ikan bawal emas menunggu kami.... :-) Amatla kenyang.... dan aku yang memang telah penat serta letih dengan urusan sejak semalam mudah saja melelapkan mata pada malam tu. Sudah aku berpesan awal-awal pada kawan aku ni, jika aku bercakap macam orang yang merapu-rapu, itu adalah kerana aku tengah pening, kepala pusing kerana tak cukup tidur... teruk betul rasanya.
Pagi esoknya, selepas dia orang menghantar anak-anak ke sekolah (anak-anak ke sekolah dengan mood kurang seronok sebab nak ikut program kita orang... kesiaaaan...), aku dibawa ke satu gerai yang selalu juga dia orang bersarapan di situ.
Singgah menikmati roti canai yang lembut dengan kuah dal sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.
Satu pusat reksreasi dengan pelbagai aktiviti, 'Sedim Rainforest Resort' Sungai Sedim, Kulim.
Tempat ni sebenarnya tidak berapa jauh dari rumah kawan aku tu.... ermm... dalam setengah jam perjalanan lebih kurang.
Berkebetulan pula pada hari aku berkunjung tu, ada beberapa group persatuan juga aktiviti sedang berlangsung. Jadi secara tak langsung aku dapat membayangkan tempat tu memang meriah suasananya. Cuma hari ini rezekiku hanya dapat meninjau seketika, bukannya untuk cuba mandi, berjunggle tracking ke apa. Tak cukup masa, insyaAllah lain kali boleh. Ok jom tinjau beberapa suasana....
Peserta lumba air sedang membuat persiapan....
Di atas satu jambatan yang merintangi alur sungai... menuju ke hutan....
Pandangan dari atas jambatan....
Sedang meninjau tempat untuk lepak seketika....
Seronok merendam kaki di air sejuk...
Seronok betul si kecil ni mandi dan bermain air.
InsyaAllah ada masa, ada jodoh, ada rezeki nanti... akan sampai lah aku ke sini lagi.
Ermm... ini pula, restoran 'Nasi Ayam Periuk Besar' (N.A.P.B)
Restoran ini merupakan salah satu cawangan (dari induk), tempat yang selalu juga dia pilih untuk menjamu selera.
Masa nak order tu kena beratur, ramai jugak orang masa ni. Waktu makan tengahari katakan. Sibuk nampaknya. Caranya juga ada perbezaan. Kita diberi 3 pilihan ayam, madu, black pepper dan satu lagi aku lupa. Ada lagi pilihan lauk-lauk lain seperti hati dan pedal goreng. Aku try juga secucuk hati goreng garing.
Selepas membuat pilihan ayam, kita gerak ke depan untuk ambil order. kita dihulurkan dengan nasi dan ayam pilihan tadi. Seterusnya set yang lain berkonsep layan diri. Kita kena ambil sup (bawang goreng dan daun sup letak sendiri jugak), sambal ayam juga air asam (jika nak) dan salad (yang berbeza rupa) sendiri dan boleh tambah. Ermm menarik. Cuma Air kicap aku tak nampak. Yang pelik sikit sebab ada air asam sebagai pelengkap setnya.
Lain dari yang lain.
Ini pula durian yang kami beli on the way balik dari Sungai Sedim tadi. Banyak juga peniaga durian. Tengah musim.Kenyang makan nasi ayam periuk besar tadi pun belum hilang, makan durian pula sebagai pencuci mulut.
Ha... Si Adam ni teramaaaatlah sukanya makan durian.
Sebelum berangkat pulang. Lebih kurang 24 jam dengan penuh aktiviti. Dalam kenyang dan ngantuk, macammana nak drive nih. Ermm... perjalanan kami masih jauh. Beria-ria benar kawan ni minta aku datang lagi. Hanya jawapan insyaAllah yang aku janjikan. Terima kasih la atas segala layanan, moga dapat bertemu mata lagi... insyaAllah sekali lagi...
Salam perkenalan. Jemput singgah blog saya http://alamwellness.blogspot.com.Tq
ReplyDelete