Total Pageviews

Wednesday, 8 August 2012

Kad Raya Dari Malaysia


Dekat separuh hari hujan pada hari ni... Pagi-pagi selepas balik dari menghantar hubby ke Uninya, aku mengintai dari tingkap bila mendengar enjin motor posmen. Mana tahu ada surat ke alamat rumah aku. Aku tak nak nanti surat tu basah sebab masa tu hujan. 

Rupanya betul sangkaan ku... kebetulan je... selalu aku tak mengintai pun. Aku nampak posmen memasukkan surat ke peti pos pagar rumah aku. Terus saja aku keluar kerana tak nak surat itu basah nanti. Bila aku teliti surat itu... alamatnya bertulisan tangan... aku mengagak, tentunya kad raya. Tapi aku tunggu dulu untuk sama-sama membukanya dengan hubby bila dia balik petang nanti.....

Kiriman kad raya bermuzik dari keluarga di Wakaf Bharu mengunjungi kami setelah kali ke-4 ramadhan kami di Adelaide ini... Terima kasih semua... Kami juga sentiasa mengingati kalian....

Muzik lagu raya yang mengusik kalbu dalam memori....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment