Total Pageviews

Wednesday, 15 August 2012

Kuih Biji Nangka


Antara kuih yang seolah menjadi sinonim dengan bulan puasa...

Bahan Kuah :-
800ml santan dalam tin
1 sudu besar halba
2 helai daun pandan
sedikit garam
gula seelok manis yang kita suka
sedikit air bancuhan tepung jagung
2 helai daun pandan

Bahan isi biji nangka :-
400 gram tepung pulut
sedikit perasa pandan (nak blend daun pandan pun boleh juga)
sedikit pewarna hijau
secubit garam
sedikit air kapur makan
Air secukupnya

Cara membuat kuah :-
Panaskan santan dalam periuk. Masukkan daun pandan, sedikit garam, bukan untuk masinkannya tetapi hanya untuk bagi dia rasa lemak manisnya. Masukkan halba dan gula. Sentiasa kacau agar santan tidak meruap. Rasakan manisnya. Bila sudah mendidih sebentar, matikan api dan tambah bancuhan tepung jagung bagi memberi kepekatan pada kuah.
Ada orang suka letak halia ke, serai ke...tapi hubby dah siap pesan...jangan letak apa-apa lagi kerana dia dah ok dengan rasa yang itu.

Cara membuat biji nangka :-
Masak kira-kira 2 liter air dalam periuk hingga mendidih. Sediakan satu bekas, masukkan tepung pulut, garam, air kapur, pewarna dan perasa pandan. Masukkan air sedikit-sedikit sambil di uli. Jika dah jadi doh (tidak melekat kat tangan), ambil secubit doh sebesar hujung jari kelingking dan bulatkan memanjang macam bentuk biji nangka. Jangan buat besar sangat kerana ia akan kembang dalam air mendidih nanti. Dah bentukkan terus campak dalam air mendidih dan tunggu sehingga ia terapung menandakan ia dah masak. Cedok dan sejatkan airnya serta masukkan ke dalam kuah. Buat sehingga doh habis.


Salah satu kuih tradisional negeri Kelantan.

Pernah sekali aku diminta oleh kawan satu negeri ku untuk menyediakan kuih ini semasa dia menjemput aku berbuka puasa di rumahnya baru-baru ini. Bersama kami dalam majlis itu ada seorang rakan dari Serawak yang belum pernah merasa kuih ini. Bila di pelawa makan kuih biji nangka ini, dia begitu teruja ingin mencuba. Disangkanya betul-betul biji nangka, tapi kenapa lembut katanya. Kami ketawa tetapi sebenarnya dia menyukai rasa kuih itu.....

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment