Total Pageviews

Monday, 20 August 2012

Persiapan Sebelum Raya

Semua orang pun ada urusan masing-masing. Masing-masing sibuk dengan urusan dan perancangan sendiri. Aku juga tidak ketinggalan. Banyak benda yang perlu dibereskan. Dahulukan mana yang penting. Kekadang aku punya problem suka bertangguh walaupun aku sendiri tidak suka dengan sikap itu. Semua kerja siap dalam masa last minute orang kata. Ok.... apa yang aku sediakan sebelum raya tahun ini.....
Berkenaan nak menjahit dan membaiki baju raya. Padahal aku dah terima kiriman baju raya lama dulu. Tapi punyalah sikap bertangguh aku tu... hingga dua tiga hari nak raya barulah aku buat. Itupun kerana ada salah seorang kawan hantar baju dia untuk aku repair sekali. Masa tu aku masih dalam keadaan demam tapi kenalah gagahkan juga diri untuk buat.

Ini ok... Ini persediaan membuat tapai. Yang ini standardlah. Dekat Adelaide, raya tahun ini masih jatuh dalam musim sejuk, jadi tapai perlukan suhu untuk masak atau akan ambil masa yang lama sikit. Jadi aku kena buat tiga empat hari lebih awal berbanding hanya dua malam sahaja jika dibuat di Malaysia. Kali ini aku buat sedikit pembaharuan atas permintaan Mr Hubby. Dia minta buatkan tapai pandan. Yang bewarna hijau itulah tapai pandan.
Kuih tradisi aku kala raya. Ambon yang dikukus.
 
Sate goreng dan kuah kacang juga menu tradisi aku setiap kali raya.
Persedian untuk masak goat kuzi bersama sedikit hirisan hati lamb. Pertama kali menjadikannya menu raya aku tahun ini.
 
Pada tengah malam raya, siap sedia aku mengatur segala tempat dan bekas yang akan diisi dengan menu-menu raya pada esok pagi.

Punyalah teruja nak raya, segala penat dan lelah diharungi. Hati terasa lega dah dapat menghubungi Family kat Malaysia walaupun hanya sebentar kerana talian begitu sibuk di malam raya. Di rumah mak & ayah, adik-beradik aku sibuk juga memasak kari kambing untuk santapan pagi raya. Manakala di rumah ma pun agak sibuk dengan urusan kemas mengemas. 

Ok ESOK HARI RAYA....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment