Total Pageviews

Sunday, 5 August 2012

Sup Isi Ketam, Ayam Dan Cendawan

Sup ini sebagaimana pada tajuk yeng merangkap namanya tu... itulah juga isi kandungan atau bahan-bahannya. Aku membuatnya dengan hanya menumis biasa tanpa ada rempah sup pun. Tapi kerana ia berkuah, itu yang namanya sup tu... kan...

Lagi satu aku nak letak suhun dalamnya, tapi masa tu aku tak ada stok suhun. Ganti jelah dengan beberapa urat mihun. Kononnya dengan letak suhun tu nak bagi nampak macam sharks fin soup, kononyalah.... Tapi bila letak mihun sekalipun sedikit, dah kembang pulak.... dan nampak macam mihun sup lah pulak.
 
Ini aku jadikan entree masa berbuka puasa.... Dalam cuaca sesejuk begini, sangat berselera menghirup sup panas. Alhamdulillah... sila cuba....

No comments:

Post a Comment