Total Pageviews

Thursday, 9 August 2012

My First Kuzi


Alhamdulillah... tercapai juga hasrat hubby nak makan kuzi di Adelaide ni....

Jika dekat Adelaide ni aku jumpa rempah kuzi, pastinya sudah lama hasrat hubby tertunai. Tapi sebenarnya nak buat rempah sendiri pun boleh aje. Cuma banyak bahan yang nak kena cari. Lagi pun aku tak pernah memasaknya sebelum ini, malah rasanya pun aku kurang pasti. 

Hubby suatu ketika pernah bercerita, jika time raya, salah seorang mak cik dia selalu masak kuzi... samada di makan dengan roti atau nasi minyak atau nasi putih sahaja. Kekadang tu mak cik tu buat kuzi kambing dan ada ketikanya dia terjumpa secebis hati kambing kat dalam kuzi tu dan alangkah lazatnya bila menggigit hati kambing itu.

Aku ni pantang juga bila mendengar hubby mengidam, sedaya mampu aku cuba nak masak sendiri apa yang dia idamkan. Mujur juga ada bantuan yang membolehkan ma mengirim rempah tu melalui seorang kawan. So terhasillah kuzi daging ni hasil percubaan pertama aku... Kerap juga menelefon dan mengganggu hubby dekat ofis hari tu, bertanya macam-macam padanya tentang rasa kuzi ni... yalah mana aku tahu rasa dia cammana... aku cuma ikut resepi, selebihnya tak tahulah... tapi alhamdulillah hubby kata menjadi dan macam tulah kecapannya... Rasanya lebih kepada manis... InsyaAllah lain kali kuzi kambing dan ayam pula bakal menyusul ya...

Jadi pada petang itu, kami pun meraikannya dengan mengajak tiga family kawan kami di sini untuk sama-sama berbuka puasa dan menikmati hidangan kuzi daging ini.

Suasana berbuka dan moreh.....
  
 

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang dan sudi memeriahkan suasana... 
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment