Aku turun breakfast seperti yang terjadual. Di bawah belum ramai yang turun. Masih berkemas lagi agaknya mereka tu. Pagi ni rombongan kena bersiap dan berkemas semua untuk check out bilik masing-masing. Selepas beredar dari hotel ini, akan terus ke tempat-tempat terjadual dan malam nanti kami akan terus kembali ke Jakarta lagi sekali. Ready untuk sekali lagi berpenat hingga ke tengah malam.
Aku yakin, tempat ini amat familiar dah kepada pengunjung-pengunjung yang sentiasa suka melancong ke Bandung ini. Aku percaya tempat ini pasti didatangi. Pasar Baru Trade Centre, satu tempat besar menjual pelbagai jenis barang. Masuk saja dan tinjaulah ke mana saja selagi terlarat. Tapi aku percaya jika rombongan aku ni, mungkin untuk hari ini mereka mencari telekong, kain pasang yang cantik bersulam juga bermanik atau beberapa lagi cenderamata-cenderamata untuk keluarga atau rakan-rakan juga kepada pengirim-pengirim.
Di sini, Macam-macam peringatan diberikan oleh tour guide kami, ingatkan pasal handbag, beg galas ke, jangan galas di belakang, kena galas dari depan. Passport kena jaga betul-betul. Ya lah yang penting jangan tercuai. Dah berlaku macam-macam kes dah. Jadi, jaga diri dan barang sama-sama dan masing-masing. Kami diberikan masa meronda dalam Pasar Baru ni selama 3 jam. Lama tu....
Oleh kerana pasar ini sangat besar, luas dan aku rasa dalam tiga empat level jugaklah, tak berapa ingat, lebih lagi ke hah..... ya lebih kurang lah... nanti kira lain kali. Jadi rombongan kami ni berpecah kepada beberapa group dan setiap group tu ada dibimbing perjalanan mereka oleh seorang joki. Kita kan jika tak tahu nak beli itu kat mana, nak beli ini kat mana, jadi joki inilah yang akan bawa kita, tunjukkan kita, tunggu masa kita duk shopping tu. Kekadang kita tak minta diikut, tapi tetiba dia ada je belakang kita. Mereka ni sukarela. Kita tak bayar pun tak apa, jika hulur... berapa-berapa pun tak apa. Bagus juga sebenarnya. Sebab, jika banyak shopping, dia tolong bawakan segala barang kita tu. Jangan bawa lari dah lah.
Tunggu ahli group bershopping.... Nak jalan sendiri takut sesat.... Aku banyak cuci mata je... Jika pada gambar di atas sebelah kiri, pria yang berbaju tshirt biru dan belang hitam kelabu itu lah joki kami. Itu macam uniform group dia. Semua berbaju itu.
Keadaan dalam pasar memang sesak. Lapang sekejap je sebab kami sampai awal lagi. Dah makin tengahari tu makin ramailah pengunjung yang datang. Di sini banyak berlaku proses tawar-menawar. Banyak beli banyak dapat diskaun. Pandai menawar, dapatlah lembutkan hati peniaga tu nanti.
Dalam group aku ni ada 5 ke 6 orang je... tak termasuk kanak-kanak.. punyalah kami ni menepati masa. Janji jam satu, tepatlah jam satu kami keluar berkumpul depan pintu pasar. Sampai-sampai tak nampak muka sesapa pun lagi ahli rombongan yang dah ada kat situ. Tak cukup lagi agaknya masa 3 jam yang diberi... atau mungkinkah mereka tersesat.
Hasilnya dalam masa hampir satu jam menunggu mereka yang belum sampai, bas pun belum sampai tu.... kami rimas dikerumuni oleh peniaga-peniaga yang megusung barang masing-masing ini. Inilah suasana yang kita kena hadapi di Bandung. Pengemisnya pula, mencuit-cuit kita minta duit. Ada yang buat-buat kendong anak, padahal kosong je dalam kendongan tu. Masa meminta dengan kita, air muka dibuat-buat kesian, mata layu, leher senget, lidah dan suara semuanya lembik merayu.... Sekali masa bercakap sesama mereka, aktif cergas pulak suara itu berubah. Mereka ingat kita tidak nampak ke.... Sekali dihulur dengan RM, berkerumun pulak yang lain datang.... silap ni.....
Dah masuk dalam bas pun diserbu lagi..... Salah satu persembahan dari penyanyi jalanan yang masuk mohon simpati dalam bas. Sanggup mereka bergerak bersama kami dan turun di tempat lain pulak. Mungkin nak balik ke situ kena buat lagi persembahan dalam bas lain pulak. Alah... biarkan, itukan tempat mereka, tentu mereka tahu selok-belok jalannya.
Rombongan menuju ke tempat lunch dan solat.... lapar dah ni.....
Program seterusnya.... ke salah satu Shopping mall, 'Bandung Indah Plaza'. Di sini merupakan salah satu tempat yang terjadual dalam tugasan kerja yang perlu disiapkan oleh students.
Tour guide kami pesan, jika tersesat dan tak jumpa jalan keluar, cari saja pintu 'Lobby Sumatera' ni.
Sini tak boleh shopping, mahal sikitla... cuci mata je..... Tapi sambil dengan hubby meninjau-ninjau pelajar tengah buat kerja tu, terlihat yang ni. Nak la cuba sikit......
Jika ikut pada rasa yang ini, yang pernah aku makan sebelum ni di Malaysia lagi sedap. Ini pun sedap juga, cuma kureng sikit rasa krimnya.
Di hadapan pintu Lobby Sumatera, bersama sebahagian pelajar UiTM yang dah kepenatan membuat tinjauan.
On the way ke tempat dinner tu, sempat lagi tour guide membawa rombongan ke some factory outlet di Jalan Riau. Katanya kat sini pun boleh dapat barang branded dengan harga yang rendah. Sini pun aku hanya cuci mata je juga.
Kesibukan jalan pada malam hari yang mana kiri kanannya ada gerai-gerai jualan. Terlalu sibuk sehingga ada pepatah sana menyebut, "Kejamnya ibu tiri, tidak sekejam Ibu Kota". Maksud yang lebih kurang, sekejam-kejam ibu tiri pun, masih lagi memberi anaknya makan, tapi jika bandaraya ini jam, tiada langsung ruang dan laluan, kena tunggu je....
Dinner.....
Selepas je dinner.... rombongan terus bertolak ke Jakarta, bersedialah untuk lenguh kaki lagi dalam perjalanan selama lebih kurang 3 jam dengan bas.
Penat.... Check in selepas jam 12 tengah malam..... Esok pulaklah sambung cerita ya....nak berehat dulu...
To be continue di 'Day 4 : Trip Jakarta - Bandung'....
No comments:
Post a Comment