Total Pageviews

Tuesday, 29 October 2013

Day 4 : Trip JaKarTa - BanDung

Memulakan hari ke-4 aku di Tanah Besar Indonesia ini juga sepertimana 3 hari sebelum. Tidak pernah lewat, jam 7 pagi juga aku melangkah turun bersarapan. Menu pagi ini memang sangat-sangat berbeza dari menikmati sarapan di Bandung yang lebih kurang sama dengan sesetengah hotel di Malaysia. Tidak diberi pilihan langsung kerana hanya satu main menu dan satu jenis kuih sahaja yang ada. Itu pun pada hari pertama, tiada kuih yang aku lihat pada hari kedua.

Nasi goreng dan nasi putih berlaukkan telur sambal dan sayur kacang campur sedikit kubis cina. Semasa bertegur sapa dengan salah seorang kakak yang datang dengan rombongan lain, dia mengatakan selama 4 hari dia di hotel ini, beginilah sarapan yang dimakan setiap hari. Memang save bajetlah kiranya hotel ini. Jadi minat tak minat pun kena makan nasi juga lah sebab roti pun tak ada.

Jam 9 pagi, rombongan kami dibawa ke satu lagi tempat untuk bershopping yang disebut ITC Cempaka atau ITC Mangga 2. Sakan betul plan shopping. Nak kata shopping mall, harganya murah-murah. Tepat tak jika aku nak sebut perkataan pasar besar juga. Macam pasar besar Siti Khadijah Kota Bharu. Jika tak silap pendengaran aku, pasar ini lebih besar lagi dari Pasar Baru dalam 5 ke 6 kali ganda. Jika tak salah aku juga, ada 8 tingkat semuanya. Bermacam-macam barangan ada dijual di sini.

Sebelum masuk ke pasar ini, kami sekali diingatkan oleh tour guide supaya sangat-sangat menjaga bag, handbag semua. Juga passport. Orang akan tersangat ramai nanti dan macam-macam kemungkinan boleh berlaku. So faham-faham sendiri lah....

Jika nak beli handbag yang macam-macam pesen dan jenama pun, ha... di sinilah tempatnya. Ada yang murah ada yang mahal.... Ada yang ori, ada yang gred A. Itu yang peniaga duk sebut. Ada sorang peniaga tu kata pada aku masa bertanya tentang yang ori... "Jika yang ori tu, mahalnya juta-juta (rupiah), tapi kekadang yang ori pun, tak berapa nak ori". Nak tergelak pun ada. 

3 jam berada di sini dirasa hanya sekejap saja, bukan tidak puas bershopping, tetapi kerana belum habis meronda dek kerana keluasannya dan lebih-lebih lagi masa tu Mr Hubby pulak ada masalah sakit kaki... kesiannyaaaa.... Sehingga jam satu, rombongan berkumpul dan bergerak untuk makan tengahari dan solat.....

Pemandangan kawasan bandar....
Bank Negara Indonesia...

Jam 3 petang, rombongan menuju ke Grand Indonesia Plaza atau Plaza Indonesia, untuk melaksanakan projek pelajar UiTM di sini selama 3 jam.
 
Aku pun tak berapa nak ingat bangunan ni ada berapa tingkat, tapi bangunannya tinggi. Menurut kata tour guide kami, di sini menjadi tempat trend artis-artis Indonesia bershopping. Mahal......


Aku diajak rakan untuk menikmati ais krim glamour kat sini, yang kedainya berada ditingkat 6 bangunan ini. Samada betul atau tidak, aku diberitahunya bahawa ais krim ini hanya ada didua negara sahaja iaitu Amerika dan Indonesia ini..... antara percaya atau tidak, tetapi setakat untuk mencuba tu, bisa saja....

Ramainya queue nak masuk..... tidak cukup tempat duduk, so kena menunggu dulu... berapa lama..? Aku tak boleh nak kata. Rasa rugi masa lah pulak, tambah lagi aku bukanlah peminat aiskrim mana pun, 50 % je minat aku padanya. Baik aku meronda kawasan....

Tapi ambiklah peluang juga bergambar dengan replika ni.... buktikan yang aku dah sampai dekat kedai ais krim glamour ni.

Aku berjalan ke Pasaraya sebelah, bersambung dengan Plaza Indonesia tadi. Sini pun terkenal juga, malah barang-barang di sini juga murah-murah macam pasar harian saja.... macam bazar rakyat... dan apa yang aku pasti takkan lupakan ialah ketika peniaga-peniaga melihat saja kita melintasi ruang kedai mereka, semua mereka pasti akan berkata, "Bolleeh buu'...silla kaaan..." (cuba baca dengan lahjah atau sebutan mereka) sekali pun dalam keadaan mereka yang telah kepenatan, namun pembeli tetap cuba diraih :-).....
 
 
 
 
 
Motor roda 3 ini umpama teksi bandar. 

Ingat batik, ingat Tamrin City.....

Ketika kaki dah kepenatan sangat, aku berhenti lepak disalah satu kerusi dalam bazar Tamrin City ni... Sehingga hampir masuk waktu maghrib, sambil menunggu pelajar yang masih belum selesai dengan survey mereka tu, aku melangkah ke surau. 

Saja aku bercerita yang aku tersangat kagum  dengan kepatuhan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh anak-anak muda yang kelihatan rockers saja. Tetapi apabila azan berkumandang, mereka berduyun-duyun memenuhi surau pasaraya ini untuk bersolat jemaah. Alhamdulillah.... terpegun aku dengan fenomena ini.... 

Ok lepas ni rombongan bergerak ke tempat dinner dan kami melalui 'Tanah Abang', satu kawasan yang terkenal dengan pusat jualan borong. Tiada dalam jadual kami untuk singgah, sekadar tujuk tempat saja.... Penat dah nak menyinggah untuk hari ini....

To be continue di Day 5 : Trip Jakarta - Bandung.....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment